"Kai...?" Aku menolehkan kepala melihat ke arahnya. Aku tak sangka yang sekarang ni kai sedang tidur memeluk aku.
Kai menenyeh mata yang masih mengantuk. 'Comelnya!!' Fikir yura. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia ni.
"Awak kata nak balik Seoul kan hari ni? Cepatlah siap. Flight dalam pukul 10. Saya dah suruh PA saya tempah semalam" yura berganjak sedikit untuk turun dari katil. Dia mahu mandi dulu sebelum kai.
Kai juga beralih ke tirai katil. Dia melurut rambut aslinya yang serabai.
Yura mengambil tualanya di sangkut di tingkap manakala kai mengeluarkan tuala dari begnya. Yura menuju ke bilik air tapi kai dah masuk ke dalamnya. Akibat ketidaksedaran yura yang melampau tu, dia main redah je bilik air dan...
"Arghh!!!!!" Jeritnya. Padan muka kau, yura. Mamai bebenor pepagi buta macam ni.
"Woi! Woi! Apesal jerit-jerit ni?" Kai meluru ke arah yura dan menutup mulutnya. Yura sesak nafas. Bukan sebab mulutnya ditutup tapi dia dan kai begitu rapat sekali dalam keadaan kai melengging (topless).
"Cubalah rileks sikit. Ni baru nampak aku bukak baju, belum..." belum sempat kai menghabiskan ayatnya, yura menolak kai jauh darinya. Dia menggeleng-gelengkan kepala dengan muka cuak.
'Kalau topless pun aku dah sesak nafas, apatah lagi...' sekali lagi yura menggelengkan kepala dengan apa yang difikirkannya.
Yura melihat ke arah kai yabg sedang tersenyum sumbing. Malunya...rasa macam nak menyorok bawah katil je.
Dengan laju yura melangkah keluar dari bilik air menuju ke katil. Badannya dihempaskan dan kepalanya diselubung dengan selimut.
Kai menjengah dari bilik air. Dia ketawa melihat gelagat yura yang cuak. "Yura, kau tak nak mandi sekali dengan aku ke? Dapat tengok freeshow. Jomlah!" Kai mengacah.
Tanpa mengangkat muka, yura mencapai bantal lalu membalingnya ke arah kai. "Diamlah, pervert!!!" Kai sempat mengelak bantal tersebut dan ketawa terbahak-bahak.
"Siot lah kau encik sotong!!!" Jerit yura apabila sedar yang dirinya digelakkan. "Apa kau panggil aku?" Kai meluru ke arahnya.
Sekali lagi yura cuak. Dia nak buat apa ni. Dah lah datang sini tak pakai baju. Kot ye pun sarunglah singlet dulu ke...
"Kau panggil aku sotong?!" Kai menarik selimut yang digunakan yura untuk menutup kepalanya. Yura mahu turun dari katil tetapi kai pantas menarik kakinya. Akibat tak dapat melepaskan diri, dia digeletek sampai tak cukup nafas dibuatnya.
"Ka...ka...kai!! Sto....p!!" Rayunya pada kai. Kai memperlahankan geleteknya tapi masih mencucuk perut yura.
"I'm sorry kay? Sorry" kedua tangannya di satukan tanda merayu. Dia tak nak digwletek lagi. Geli woo!! Itu memang kelemahannya.
"Jahat betul kau ni kan? Tau la dulu aku menyamar jadi perempuan. Tapi tak payah lah panggil aku sotong" bebel kai dengan tidak mengubah posisi iaitu dia di atas manakala yura di bawahnya. Jarak antara mereka dipisahkan dengan tangan kai yang menampung badannya.
Yura berfikir sejenak. Menyamar eh? "Kau bukan menyamar jadi perempuan la. Kau memang betul-betul jadi perempuan!" Apa yang difikirnya pantas dicakapnya.
Dan sekali lagi akibat mulut lancang yura...
Dia kena geletek.
"Dah. Dah. Kau pergi mandi cepat! Nanti tertinggal flight pulak" arah yura apabila dia berjaya mengelak serangan kai , betul-betul berdiri di hadapan pintu bilik air.
Kai berhenti apabila yura berkata begitu. Di meluru ke arah yura dan memeluknya dari belakang. "Baiklah sayang..." satu kucupan diberi di leher yura sebelum langkah kakinya diayun ke bilik air.
Yura tergamam. Terpaku. Terkesima. Dan ter ter yang seangkatan dengannya. APA YANG DIA BARU BUAT DEKAT AKU?!
Kai dengan selambanya masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu. Muka je salamba badak, tapi jantung ni dah macam bunyi dram yang chanyeol selalu practise.
'Maigodd! Kai, kau dah gila ke hapa? Anak dara orang tu. Uishh!' Kai merenung cermin di bilik air itu. Dia fokus kepada bibirnya yang telah mencium leher yura sebentar tadi. Perlahan-lahan bibir itu mengukir senyuman.
"Mungkin aku gila...gilakan dia" perlahan dia bersuara.
YOU ARE READING
[C] Wahai Encik Sotong!
FanfictionDia kacak? Dia maskulin? Dia ada six pack? Kisah apa aku! Mengisahkan seorang wanita yang 'terpaksa' menjaga seorang idol pujaan rakan-rakannya. Memang pada mulanya dia rasa terharu dapat menjaga seorang idol pujaan dunia. Tapi perkara ini jadi te...