BAB 18

875 83 3
                                    

Yura bersiap dengan malasnya untuk ke pejabat. Boleh tak aku nak cuti hari ni. Aku nak luangkan masa dengan kai. Dia kan nak balik esok.

Haih! Fikir pasal kai rasa sedih la pulak. Selama ni dia lah yang buat aku ketawa, geram, marah dsb. Lepas ni siapa nak buat aku ketawa lagi? Siapa nak temankan aku tengok night movie? Kai!!! Janganlah pergi.

Tapi itu semua takkan terjadi. Kai dah pulih. Dia pun ada kerja dia sendiri. Aku kena kuat! Fighting yura!!

"Oit! Mak cik" panggilan itu mengejutkan yura yang sedang nenuruni tangga. "Awal bangun??" Yura baru sedar akan kehadiran kai di kerusi malas. Kai bangun menghampirinya. Apesal si tembikai ni pakai cantik-cantik. I mean, pakaian dia macam nak keluar dari rumah bukannya bersolek macam clara.

"Kau nak pergi mana ni?" Yura menggigit bibir bila kai tak menjawab pertanyaannya. Takkanlah dia dah nak pergi? Kata lusa?

"Aku...aku nak ajak kau...dating dengan aku. Boleh?" Perlahan-lahan kai mencapai tangan yura. Waktu itu jantung yura seperti hendak meletup. Kalau lah dia boleh pergi memang dah lama dia pergi. Masalahnya dia ada meeting dari pagi sampai ke petang.

"Kerja..." lirihnya. Kai tersenyum sambil mengangkat jari telunjuknya dan digerakkan ke kiri dan kekanan. "Meeting awak ditunda" yura terkejut. "Hah! Meeting tu penting tau tak. Yabg awak ni pandai-pandai menunda meeting saya ni pesal?" Suka hati limpa dia je nak tunda meeting orang.

"Shhh..." kai meletakkan jari telunjuknya di bibir yura. "Jal tunda-menunda tu awak tanya PA awak ye. Dia yang aturkan semuanya" sambung kai.

Kening yura terangkat. Ooohh...tu pasal la yang dia mintak nombor PA aku tu. Nak menunda meeting rupanya. Punyalah aku fikir dia nak main nombor ekor.

"So, sekarang ni kau kena ikut aku" kai menarik tangan yura. "Nak pergi mana?" Tanya yura blur. "Datinglah!"

*skip*

"Wah!! Longgar lutut aku berjalan satu hari" yura terduduk di sofa kepenatan. Kai di sebelahnya juga kelihatan penat. Mana taknya, dari pagi sampai ke malam berjalan tak ingat dunia. Makan, shopping, pergi museum, taman, amusement park macam-macam lagi lah.

"Kau penat eh? Jap aku buat kan air" yura mahu bangun menuju ke dapur sebelum tangannya di tarik oleh kai. Akibatnya di terduduk kembali dan kai pantas memeluknya.

"Kai, kenapa ni?" Yur mengusap perlahan belakang kai apabila sedar lelaki itu sedang menangis. "Yura...aku tak nak pergi. Aku nak tinggal sini" kata kai dalam sedu nya.

"Janganlah macam ni kai. Kau kan kena kerja balik. Kesian kawan-kawan kau. Kesian peminat kau. Balik eh?" Yura menenangkannya.

Kai menegakkan badannya, merenung mata yura yang sedikit pun tidak menangis. "Kau memang suka kan kalau aku pergi?" Tanya kai. Yura serba salah. Dia tak pernah meminta kai untuk pergi. Dia tak mahu lelaki itu pergi dari sisinya.

"Ini untuk kebaikan kau" jawab yura terketar-ketar. "Tapi kalau aku pergi tinggalkan kau, bermaksud aku tinggalkan perasaan aku pada kau jugak!" Suara kai mula meninggi. "Perasaan? Perasaan apa yang kau cakap ni?"

"Kau ni bodoh atau pura-pura bodoh? Aku cintakan kau, yura! Aku tak sanggup nak tinggalkan kau. Tolonglah faham" yura bagaikan menelan pasir. Kai cintakan dia? Kalaulah kau tahu yang aku pun cintakan kau.

"Kau...tak cintakan aku...ke?" Tanya kai dalam tangisan. Yura menggigit bibir. Dia mahu menahan tangisannya dari terhambur. "Jawab yura" kai menggoncang badan yura apabila tiada jawapan daripadanya.

"Janji dengan aku, walau apa pun jawapan yang akan aku beri, kau tetap akan tinggalkan aku. Ok?" Yura masih menenangkan diri. "Aku janji"

"Aku cintakan kau" kai memeluk yura erat. "Aku takkan tinggalkan kau" kai menggumam. "Tapi tadi kau dah janji..." yur semakin pening. Kejap nak pergi, kejap tak nak pergi. Mana satu yang dia nak ni?

"Pergi tak semestinya aku patut tinggalkan kau" kai akhirnya mampu tersenyum. Yura makin blur. Apesal lah dia ni cakap berbelit-belit macam ular kena palu?

"Be my girlfriend?" Yura terkesima. Ooh! Baru aku faham. Kai maksudkan yang dia akan pergi dari rumah ni tapi kitorang masih bersama. Gitu? Asal faham lah!

Yura mengangguk laju. Satu kucupan hangat dihadiahkan di dahi yura cukup untuk membuatkan gadis itu tersipu.

"Dah, pergi masuk tidur" yura menolak kai ke bilik kai. Sebelum menutup pintu kai sempat mengacah "tak nak tidur sama ke?" Yura merona.

"Pergilah!" Yura menghalau kai. "Yura!" Kai menghampiri yura dan mengaut pinggangnya. "I love you" bisiknya. Seraya itu satu kucupan penuh bermakna dihadiahkan di bibir munggil yura. Lama bibir itu bertaut. "I love you too"

[C] Wahai Encik Sotong!Where stories live. Discover now