UJIAN KEHAMILAN ditenung lama.Masih satu line.Wadina menghembuskan nafas panjang.
"Tak apa lah,bukan rezeki kita lagi kan" bahunya dipaut.Luqman cuba memujuk si isteri.
"Hm, Ariena nak beranak dah pun saya dok ngandung lagi" Wadina melentokkan kepala di bahu suaminya.
"Tak apa lah sayang.Bukan rezeki kita lagi.Nanti sampai masa Allah bagi lah" pujuk Luqman lagi.
"Tapi anak kan rezeki" kata Wadina.
"Iya sayang, anak memang satu rezeki.Tapi, belum sampai masa untuk kita.Kita kena sabar dan redha aje" kata Luqman lembut.Tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk hati si isteri.
"Orang lain kahwin kejap terus ngandung.Bakpe saya tak macamtu pun" Wadina mengeluh.
"Jangan sama kan kita dengan orang lain.Setiap orang lain-lain rezeki dia.Janganlah cakap macamtu.Tak apa, kita usaha lagi ya?" kepala Wadina diusap.
Wadina hanya mendiamkan diri.Betul juga apa yang suami dia cakap.Belum rezekinya lagi...
ZIPPER ditarik.Bawak baju macam nak pergi bercuti.Penuh satu beg.
"Ha barang-barang semua dah cukup?Baju baby,lampin,sarung tangan baby,baju love,baju saya.Ada nak tambah lagi?" tanya Adrien sambil sengih.
"Ish awokni, saya ni nok duduk hospital bukan nok gi bercuti" jawab Ariena sambil menggelengkan kepala.
"Tak ada lah, incase kalau ada apa-apa senanglah.Baju semua dah cukup" kata Adrien.
"Awok, saya masuk hospital bulan depan bukannya esok" Ariena angkat kening.
"Awal tak kalut.Cuba kalau tiba-tiba lusa sayang nak terberanak,ha macam mana.Sebabtu lah El kemas siap-siap nanti zap terus ambik je beg ni.Takpayah bazir masa" Adrien buat muka berlagak.Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
"Iyelah, ni awok doh pikir ke nama anok kita?" tanya Ariena.
"Sayang dah fikir?" Adrien beri jawapan dalam soalan.
"Eh kita tanya dia, dia tanya kite pulok.Saya dok tahu la nok wi nama nape" kata Ariena.
"Okay takpa, jangan risau.El dah ada nama untuk anak kita" kata Adrien laju.
"Yedok?Nape nama ye.Nok tahu" kata Ariena dengan nada ingin tahu.Ingin tahu juga nama apa yang suami dia ini rancang untuk anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
"Eh mana boleh kabo, suruh ye tubik dulu" kata Adrien dalam lobghat Terengganu.Amboi, dah boleh berloghat Terengganu sekarang.
"Ish awokni, ni pun anak saya tau" perutnya diusap perlahan.Adrien hanya beri sengih.
MARIAM senyum lebar.Tak lama lagi dia bakal dapat anak buah baru.
"Hm, along jadi tak sabar pulak nak timang anak buah baru" teruja Mariam.
"Eleh along ni,along la tambah lagi hehe" sakat Adrien sambil mendukung Zarith.
"Amboii, menyakat orang nombor satu eh kau" Mariam hanya berikan jelingan tajam.
"Gurau pun tak boleh.Touching nya mama awak ni Zartih" pipi anak buah nya dicubit.
"Abiiiiiii!" jerit satu suara kecik dari arah tepi.
"Eh anak abi" balas Adrien.Terus Misya berlari memeluk lengan Adrien.
"Herm, manja sangat dengan abi dia ni.Mica, nanti abi dah ada anak Mica dah tak boleh macamni tau" kata Mariam kepada anaknya.
"Nape pulak, anak abi tula takyeh kawan ngan abi.Mica kawan ngan abi dulu " kata Misya dengan muka sedih.
"Eh mana ada, takpayah dengar cakap mama tu.Pandai-pandai je.Nanti Misya boleh kawan dengan baby sama-sama okay" pujuk Adrien.Kepala anak buahnya diusap.
"Abi, Mica nak main dengan umi Ifa.Mana dia?" soal Misya.
"Misya nak main dengan umi Ifa?" balas Adrien dengan soalan kembali.
"Yelah, Mica boleh tolong jagakan baby dalam peyut dia" ucap Misya sambil tersengih.
"Amboi, nak jaga baby orang.Diri sendiri pun tak terjaga lah budak oi" kata Mariam sambil menggelengkan kepala kepada anaknya.
"Alaa boyeh la mamaa.Abi boleh kan?" tanya Misya dengan muka comel.
"Eeee geramnya budak ni.Okay pergilah dekat umi Ifa sana" kata Adrien sambil mencubut kedua belah pipi anak buahnya.
"Yeyyy!" ucap Misya dengan teruja.Dia berlari menuju je arah Ariena dengan riang hati.Dahla comel lari terkedek-kedek.
TBC.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
Non-FictionAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...
