Mereka bertukar salaman.Sudah dua bulan Ariena melahirkan.Ma dan abahnya susah ingin pulang ke kampung.
Encik Marzuki dan Puan Nazurah diiringi hingga ke pintu.Beg pakaian mereka dimasukkan kedalam bonet kereta.
"Hati-hati jalan" pesan Puan Atikah.
"Iya.Awok pun.Molek jugok neh" balas Puan Nazurah.Puan Atikah hanya angguk senyum.
"Doh mari ah.Kekgi lambat pulok sapa kitani" kata Encik Marzuki.Puan Nazurah hanya menggangguk.
Dia pergi ke arah cucunya.Pipi montel Luth dicuit sedikit.
"Kekgi kita jupe pulok meh Luth" pipi Luth dicium.
"Kekgi ma dengan aboh mari lah pulok" kata Ariena.
"Betul, boleh main dengan Luth" sokong Adrien.
"Doh deme lah pulok balik kampung" balas Encik Marzuki.
"Ha betul tu, kamu dah lama tak balikkan" kata Puan Atikah pula.
"Ya, insyaAllah nanti Adrien dengan Ariena sampai sana bah" ucap Adrien.
"Balik dulu, assalamualaikum " ucap Encik Marzuki.Semua menggangguk.
Luth diletakkan di atas katil.Pipi gebu milik anaknya dicium.Tangan milik isterinya pula di usap perlahan.
"Love fikir apa tu?" tegur Adrien.Ariena berpaling ke arah suaminya.
"Takdok mende lah" jawab Ariena.
"Iyeke?Ha! Ke tengah fikir nama untuk anak kedua kita nanti" kata Adrien dengan sengihan.
"Mende awok ngarut ni.Bukanlah!" Ariena beri jelingan.
"Habistu fikir apa?" soal Adrien ingin tahu.
"Takdok mende lah, ni bila awok masuk kije?" tanya Ariena pula.
"Ha ni lah yang saya nak cakap ni..." Adrien sengih.
"Ha bakpe?" Ariena kerutkan dahi.
"Sebenarnya tadi leftenan ada call , dia cakap ada ops lagi dekat Lubnan.Saya dah sedaya upaya tenaga saya cakap taknak pergi.Tapi..." ayat Adrien tergantung disitu.
"Dakpe saya faham" Ariena angguk.
"Hah?!"
"Awok gi jelah, saya dakpe je" Ariena beri senyuman.
"Tapi saya berat hati nak tinggal awak dua orang ni.Haih" Adrien me gelun panjang.
"Ish awok ni mikir mende gok.Beso lake doh.Luth tu ramai je boleh jaga dalam rumoh ni.Yang penting kerja awok tu.Gi jelah" kata Ariena.
"Betul love bagi El pergi ?" tanya Adrien.
"Iye , pergilah" Ariena angguk sekali lagi.
"Okay, apa jaminannya?" sengaja Adrien.
Tiba-tiba pipinya dikucup perlahan.Hembusan nafas isterinya terasa.Adrien terkejut serta merta.
"Hah?Tak mimpi ke ni?Jap-jap.macam terkejut sangat la cuba sekali lagi" Adrien sengih.
"Takdok ulangan, sekali je" terus sahaja Ariena baring dan tarik selimut.
"Alaa.." Adrien muncungkan mulut.
LUTH bertukar tangan.Adrien menyerahkan Luth kepada isterinya.
"Bye-bye anak baba,lagi 3 bulan kita jumpa ea" pipi montel anaknya dicuit beberapa kali.
"Berat hatinya Umi nak pergi kalini" Adrien menunduk kebawah.
"Takpe, Ien jangan risau ye.Ifa dengan Luth Umi boleh jaga" Puan Atikah mengusao bahu anaknya itu.
"Betul tu bang, Luth tu aku pun boleh jaga" Ayden angkat kening.
"Eleh boleh percaya je kau tu hah?" Adrien kecilkan mata.
"Apa ingat aku ni tak berwawasan?" Ayden beri jelingan tajam
"Tibe wawasan, bagi kang" Adrien menunduk isyarat penumpuk.
"Ehh, sudah-sudah la tu.Asyik gaduh aje" Puan Atikah gelengkan kepala.
"Dah Ien pergi dulu" Adrien memeluk uminya.Dipeluk pula isterinya.Dan yang paling akhir,melaga siku dengan Ayden.
"Assalamualaikum semua, bye anak abi" Adrien melambai.
TBC.
sorry guys tak update huhu
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
Non-FictionAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...
