Ariena menjerit kuat.Rasa macam nak tampar aje muka doktor ni.Suruh sabar-sabar,yang sakitnya dia.
Tangan Adrien dari tadi digenggam.Tidak lepas sekejap pun.Adrien juga mengusap dan membaca ayat-ayat suci di telinga isterinya.
"Puan,sikit lagi puan.Dah nampak kepala" beritahu Doktor Syazana.
"Boleh sayang boleh.Chaiyokkk!" Adrien cuba beri semangat.
Jeritan Ariena semakin kuat.Gelabah Adrien dibuatnya.Perit benar dia melihat isterinya sekarang ini.
"Hah puan,boleh puan sikit aje lagi" kata Doktor Syazana.
Selepas beberapa minit, terjerit satu tangisan bayi.
"Alhamdulillah puan, bagus.Lelaki" ucap Doktor Syazana.
"Alhamdulillah ya Allah" ucap Adrien lega.Ariena terbaring lemah.Penat tau meneran.
"Terima kasih sayang dah lahirkan anak kita" ubun-ubun Ariena dicium.Air matanya mengalir sedikit.
"Encik boleh potong" panggil jururawat.Lalu, Adrien memotong tali pusat anaknya.
"Alhamdulillah, dah boleh tambah baru" gurau Adrien.Dalam masa ini pun boleh dia bergurau.Semua jururawat mengerling Adrien.
"Sayang nak berapa pulak?Nak kembar tak?" gurau Adrien lagi.Sengaja,risau saja dia lihat isterinya terbaring lemah begitu.
"Amboi Encik,isteri awaktu baru je selamat melahirkan.Jangan nak macam-macam" Doktor Syazana mengerling Adrien.
Lalu,Adrien dipinta untuk mengazankan anaknya.Terus sahaja Adrien mengendong anaknya dan azan di tepi telinga.
Syukur ya Allah semuanya selamat.Selamat datang ke dunia my baby boy!
Semua orang dihadapan bilik kecemasan menunggu kelahiran.Masing-masing terlihat sungguh cemas.
Selepas satu jam lebih,Adrien keluar dari bilik kecemasan dengan senyuman lebar.
"Ha macam mana Ien?" terus sahaja Puan Atikah menyoal.
"Alhamdulillah, semua selamat.Kami dapat baby boy" Adrien sengih panjang.
"Yeke? Alhamdulillah umi tambah cucu lelaki lagi" ucap Puan Atikah.
"Alhamdulillah, dapat cucu laki pulok harini" ucap Puan Nazurah pula.
"Alhamdulillah,kejap je Ariena duduk dalam tu kan" kata Mariam pula.
Semua orang tersenyum dengan berita yang Adrien baru sahaja sampaikan.
"Tahniah Ien" ucap Luqman pula.
"Okay, Ien nak masuk dalam jap.Settle apa yang patut.Kejap lagi Ariena dah turun wad biasa" pinta Adrien.
Semua mengganguk.Lalu terus sahaja Adrien masuk je dalam bilik kecemasan.
Pipi bayi dicuit perlahan.Comel sungguh,putih gebu.Encik Marzuki sengih panjang.Dapat cucu lelaki lah katakan.
"Comel betul anak kau ni Ien,eee geram aku.Kecik-kecik dah hensem macam aku.Uncle dia" kata Luqman.Adrien hanya angkat kening.
"Eh apa pulak bang, mestila muka dia ikut macam muka Iz masa kecik dulu.Comel,hensem.Package" sampuk Ayden pula.
"Eh-eh mana ada.Tak nampak ke muka dia macam abang Luq?" Luqman cuba menafikan.
"Eh, korang gaduh ni dah kenapa.Anak aku kot" kata Adrien pula.Sedap-sedap je cakap muka anak dia macam muka dorang dua ni.
"Okey soryyyyy" kata Luqman meleret.Puan Atikah hanya menggeleng kepala dengan perangai anak-anaknya itu.
"Ni wi nama doh ke.Nama nape" tanya Encik Marzuki.
"Ifa ikut Ien je aboh" jawab Ariena.
"Ha Ien dah ada nama ke?" soal Puan Atikah pula.Adrien menggangguk.
"Dah, Luq yang tolong bagi nama" jawab Adrien.
"Kau nak letak nama yang aku bagi ke?" tanya Luqman teruja.
"Yelah,hehehe" Adrien tersengih.
"Apa namanya?" soal Ayden.
"Luth Raizen" jawab Adrien.Ariena senyum lebar.Pandai betul Luqman pilih nama.
"Wah, sedap nama tu" puji Puan Atikah.
"Baby luth" panggil Encik Marzuki kepada Luth.
Geram, comel sungguh si budak Luth ni.Menangis pun tidak, senyum aje manjang.
PINTU rumah dikuak besar sedikit.Ada penghuni baru!.Ariena masuk kedalam dengan lenggang kangkung.Anak dan barang-barang semua suaminya yang urusakan.
"Takpe sayang duduk sini dulu eh" kata Adrien.Ariena hanya angguk.Membiarkan Luth dalam gendongan suaminya.
"Alo tomey-tomey ni.Shayang baba ni" hidung anaknya dicuit.
"Abi!Zarith nak main dengan dia"pinta Zarith.Dari semua sampai dirumah lagi dia sudah menerhati ahli baru didalam rumah tokma nya ini.
"Misya pun nak main dengan baby!" ucap Misya pula.
"Eh mana boleh.Baby ni kecik lagi.Kamu dua tak boleh lagi main dengan dia.Nanti tunggu dia besar sikit" beritahu Adrien.Risau juga jikalau terjadi apa-apa kepada anaknya ini.
"Ariena nak berpantang dekat sini ke?" soal Puan Atikah.
"Ariena dok kesoh pun ma.Mana-mana pun okay je" jawab Ariena.
"Dah alang-alang dekat sini je.Berpantang dekat sini ajelah.Lagipun bilik dalam rumah ni banyak, Rah tidur sini jelah ye" cadang Puan Atikah.
"Kita boleh je hok mana-mana.Ikut je" jawab Puan Nazurah.
"Kalau macamtu Ariena berpantang dekat sini lah ye.Nanti Umi panggil orang untuk jaga Ariena dalam pantang.Dulu Kak long pun umi panggilkan orang tu jaga dia" beritahu Puan Atikah.Ariena hanya angguk akur.
"Adrien setuju dok?" soal Encik Marzuki.
"Eh boleh blake aboh.Ien ikut je yang mana-mana" jawab Adrien pula.
"Doh kalu padang ikut blake gitu.Ikut jelah dok?Ke guane?" soal Encik Marzuki.Ariena angguk laju.
"Sayang nak naik atas?Jom El bawak" kata Adrien.
"Eh-eh, kalau Ariena nak masuk bilik takpayah suruh dia naik atas.Tu,umi dah sediakan bilik Ariena dengan bilik baby" beritahu Puan Atikah.
"Umi siapkan bilik untuk Ariena dengan baby Luth?" soal Adrien.Lalu, Puan Atikah menggangguk.
"Iya, dah pergi masuk bilik sana.Jangan naik atas" kata Puan Atikah.
Lalu, terus sahaja Adrien memimpin isterinya masuk bilik sambil mengendong anaknya.
"Ha, anak tu meh la sini aku peganggkan kejap" pelawa Luqman.
"Takpayah-takpayah.Boleh ni,jangan risau" Adrien sengih.
"Haih, tak boleh berenggang" geleng Puan Atikah.
TBC.
vote for next
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
No FicciónAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...
