Selepas aku dan Benji meluahkan segala perasaan yang sudah lama terbuku di dalam hati kami, Benji membawa aku ke sebuah hotel yang berhampiran. Disebabkan kami berdua sudah basah kuyup dengan air hujan, dia mengajak aku untuk bermalam di hotel itu. Tak mungkin lah kami berdua nak naik kereta api untuk pulang ke rumah dengan satu badan basah kuyup. Habis lecak nanti kereta api.
Apabila masuk saja ke bilik hotel, aku dan Benji bertukar giliran untuk mandi. Takut juga kalau kami berdua demam panas nanti akibat basah kuyup dengan air hujan tadi. Benji juga menghubungi Encik Shuib dan memberitahunya yang kami berdua sedang berada di hotel sekarang ini. Benji meminta Encik Shuib untuk membawa pakaian kering untuk aku dan dirinya.
Sementara menunggu Encik Shuib datang membawa pakaian kering itu, Benji memesan makan malam untuk dihantarkan ke bilik hotel itu. Perut aku pun dah bernyanyi girang minta diisi. Kami berdua bersembang panjang malam itu sambil mengisi perut kami yang kelaparan. Selepas selesai saja makan, kami berdua berpelukan lama dia atas katil.
"Dino, kau masih sayangkan aku banyak-banyak lagi tak macam dulu?" soal Benji tiba-tiba sambil mencium kedua-dua kelopak mata aku.
"Tak" jawab aku ringkas saja nak mengusik Benji. Dia berhenti mencium kelopak mata aku. Aku pun membuka mata aku dan memandang Benji yang sudahpun mencebikkan bibirnya seperi budak kecil itu. Hati aku rasa lucu pula.
"Kenapa?" soal Benji dengan nada suara sedih.
"Sebab aku lagi cintakan kau banyak-banyak" jawab aku sambil tersenyum lebar. Benji hanya ketawa saja memandang aku tersenyum sebegitu.
"Banyak mana?" soal Benji lagi. Aku sudah boleh baca apa yang dia cuba untuk lakukan.
"Banyak ni" balas aku lalu mencium mulut Benji. Dia kelihatan terkejut dengan kelakuan aku itu. Mesti dia tak sangka yang aku akan mula menciumnya dulu.
"Eleh, aku cintakan kau lagi banyak daripada tu" ujar Benji bukan main berlagak lagi selepas aku berhenti mencium mulutnya.
"Ohhh, berlagak ye! Hah, banyak mana kau cintakan aku?" soal aku pula.
"Banyak ni" balas Benji lalu dia mengigit dan menjilat leher aku. Aku terjerit kecil. Aku sumpah tak sangka pun yang dia akan menggigit aku sebegitu.
"Benji! Kau memang nak kena kan" jerit aku sedikit geram dengan perangai Benji. Dia hanya ketawa saja memandang muka aku.
"Sorry. Sakit ke aku gigit?" soal Benji sambil membuat muka tak bersalah. Dia hanya tersengih saja seperti kerang busuk.
"Tak pun. Tapi geli" jawab aku. Memang tak sakit pun dia gigit. Tetapi aku sumpah rasa geli-geleman. Tempat yang Benji gigit aku itu masih lagi terasa hangat.
Mendengar saja jawapan aku itu, Benji mula mencium seluruh muka aku. Daripada dahi, mata, hidung, pipi dan sampailah ke dagu aku. Muka aku mula merah padam. Tetapi aku hanya biarkannya saja. Selepas itu, Benji mula mencium mulut aku sedalam-dalamnya. Aku rasa ciumannya kali ini lebih dalam lagi daripada ciumannya yang dulu. Walaupun dia berhenti mencium aku beberapa kali untuk membiarkan aku menarik nafas, tetapi selepas itu dia sambung mencium mulut aku lagi. Semakin lama, semakin dalam. Dia tak berhenti mencium mulut aku dengan lama. Sampaikan bibir aku mula terasa kebas.
Sampailah loceng bilik hotel itu berbunyi, barulah Benji berhenti mencium mulut aku. Mungkin Encik Shuib sudahpun sampai membawa pakaian kering untuk kami berdua. Benji hanya tersenyum saja memandang muka aku yang sudah merah padam itu. Dia nampak seperti sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri. Lalu, dia mencium dahi aku sebelum dia pergi membuka pintu bilik hotel itu. Aku tercungap-cungap mencari nafas aku semula. Aku memegang bibir aku yang terasa kebas itu. Aku mula tersenyum apabila teringat semula macam mana Benji mencium mulut aku tadi. Hati aku berbunga-bunga seperti taman.
ANDA SEDANG MEMBACA
Benji (BL Malay)
General FictionNama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup aku, aku tak pernah tahu macam mana rasanya disayangi oleh seorang ayah ataupun mak. Rupa ayah dan mak aku macam mana pun aku sudah tak ing...
