Masa berlalu begitu pantas sekali. Sekejap saja sudah hampir hujung tahun. Aku pun sudah siap menulis novel baru aku. Tinggal nak edit saja oleh editor novel aku. Aku mula berasa lega dan lapang apabila aku sudah siapkan penulisan novel aku. Aku mengambil masa cuti aku itu untuk berehat seketika daripada menulis. Sepanjang hari cuti aku itu, aku pergi menjenguk Pak Ali dan Pak Ajis di rumah kontena mereka berdua, aku menonton beberapa cerita di televisyen rumah aku dan aku juga membaca beberapa buah novel yang penuh di almari rumah aku. Aku tak sangka aku boleh buat banyak sangat aktiviti hanya dalam beberapa hari saja aku bercuti itu.
Sedang aku terbaring di sofa sambil membaca sebuah novel itu, aku terdengar sayup-sayup suara orang memanggil nama aku di luar rumah. Aku pun bangun daripada sofa dan mula berjalan untuk membuka pintu rumah aku. Aku sebenarnya rasa sedikit takut setiap kali ada orang datang ke rumah aku tanpa menelefon untuk memberitahu aku dulu. Mungkin sebab aku selalu terbayang orang jahat nak datang merompak rumah aku. Inilah hasilnya bila terlalu banyak sangat membaca buku novel pasal jenayah.
Aku pun perlahan-lahan membuka pintu rumah aku. Tetapi aku hanya membuka sedikit saja pintu rumah itu. Lalu, aku cuba mengintai siapa yang memanggil nama aku tanpa henti daripada tadi. Aku terkejut melihat Benji rupanya yang sedang berdiri di luar rumah aku itu. Dia hanya tersenyum saja apabila melihat aku mengintainya daripada pintu. Jantung aku mula berdegup kencang melihat senyumannya yang manis itu. Entah mengapa hati aku rasa nak menangis pula. Mungkin sebab perasaan rindu yang terpendam lama di dalam sudut hati aku ini mula membuak-buak selepas aku dapat melihat muka Benji setelah sekian lamanya.
Aku tak tahu mengapa Benji tiba-tiba saja datang ke rumah aku hari ini. Setelah berbulan-bulan lamanya dia tak datang ke rumah aku hanya sebab nak menunaikan janjinya dengan aku selama ini. Apabila melihat saja muka Benji, aku baru teringat pasal janji aku dengannya. Aku memang merancang untuk berjumpa dengan Benji selepas aku sudah siapkan penulisan novel baru aku itu. Tetapi aku belum sempat nak menghubunginya lagi, Benji sudahpun datang ke rumah aku.
"Sorry, Dino. Aku datang ni bukan sebab nak mungkir janji kita. Tetapi aku datang sebab nak bagi kau tiket ni" ujar Benji sambil menunjukkan tiket di tangannya. Aku tak berapa nampak dengan jelas tiket apa yang ditunjukkannya itu. Lalu, aku pun mula keluar dan membuka grill pintu rumah aku. Aku mengajak Benji untuk masuk ke dalam rumah.
"Tiket apa ni?" soal aku selepas aku mengajak Benji duduk di sofa ruang tamu rumah aku.
"Aku ada buat pameran untuk koleksi lukisan baru aku di galeri seni esok. Tiket ni untuk masuk ke galeri seni itu nanti. Aku nak jemput kau datang tengok pameran koleksi lukisan baru aku esok. Itupun kalau kau sudi lah" ujar Benji sambil menghulurkan tiket itu ke tangan aku.
Aku sedikit terkedu. Aku tak sangka pula dia sanggup datang ke rumah aku semata-mata nak bagi aku tiket untuk ke pameran koleksi lukisan barunya itu. Benji hanya memandang saja aku seperti sedang menunggu aku untuk mengambil tiket itu daripada tangannya. Aku termenung seketika sebelum tangan aku mula mengambil tiket itu daripada tangan Benji.
"Aku tak paksa pun kau datang. Tetapi aku harap sangat kau akan datang" sambung Benji lagi sambil tersenyum. Aku tahu sebenarnya dia nak sangat aku datang tengok pameran lukisannya itu.
"Aku akan cuba datang" balas aku dengan suara yang mendatar. Padahal jauh di dalam sudut hati aku, aku dah nak melompat dah sebab aku rasa sangat teruja. Akhirnya, aku dapat pergi tengok pameran koleksi lukisan baru Benji dengan mata aku sendiri. Benji hanya tersenyum saja mendengar jawapan aku itu.
"Terima kasih, Dino. Sebab kau masih lagi sudi untuk mencuba" kata Benji. Aku terdiam seketika. Entah mengapa aku rasa sebak pula mendengar kata Benji itu.
Aku bangun daripada sofa dan mula membuat air teh untuk Benji. Walaupun Benji kata aku tak perlu bersusah-payah untuk membuatkannya air, tetapi aku buatkan juga. Sebab aku rasa kekok pula kalau aku dan Benji duduk saja tanpa bercakap apa-apa. Dulu, aku tak pernah rasa kekok sedikit pun walaupun aku dan Benji hanya duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Cukup lah kami berdua berada di satu tempat yang sama, aku sudahpun rasa gembira. Tetapi sekarang, mungkin sebab sudah lama tak berjumpa, aku rasa semua benda aku dan Benji buat, aku akan rasa kekok.
"Mmm.... Kau sihat?" soal Benji selepas lama mendiamkan diri. Aku rasa dia pun rasa kekok sekarang ini. Dia hanya cuba mencari topik untuk bersembang dengan aku.
"Terlebih sihat. Kau?" soal aku pula. Aku pun tak tahu nak bersembang apa dengan Benji.
"Aku pun terlebih sihat jugak" jawab Benji. Aku berjalan membawa dulang yang berisi air teh dan biskut manis ke ruang tamu. Lalu, aku hidangkan air teh dan biskut manis itu di atas meja dan menjemput Benji untuk menjamu selera. Dia pun mula menghirup air teh sambil mengunyah biskut.
"Air teh yang kau buat selalu sedap, Dino" puji Benji tiba-tiba. Muka aku mula merah padam mendengar pujiannya itu. Aku rasa dia nak jaga hati aku saja. Aku hanya ketawa hambar cuba menutup malu. Benji pula hanya tersenyum saja memandang aku.
Selepas Benji menghabiskan air teh yang aku buat itu, dia pun meminta diri untuk pulang. Aku hanya melihat saja dia pergi sampai kelibatnya mula hilang daripada pandangan mata aku. Kalau ikutkan hati aku, aku nak saja memeluk erat tubuhnya tadi bagi melepaskan segala rindu yang terpendam lama di dalam hati aku ini. Tetapi apabila aku dapat melihat mukanya saja, aku sudahpun merasa cukup untuk melepaskan sedikit rindu aku kepadanya.
Pada malam itu, aku seperti tak senang duduk. Berkali-kali aku menukar pakaian sebab nak memilih pakaian yang sesuai untuk aku pakai esok. Aku tak nak nampak macam aku terlalu teruja sangat kalau pakai berlebihan. Aku cuba duduk untuk menenangkan diri aku. Aku sedang dilema sama ada nak pakai baju kemeja ataupun baju kosong saja. Setelah berfikir panjang, aku memilih untuk memakai baju kosong saja esok.
Aku gantung siap-siap baju dan seluar yang aku nak pakai esok. Kasut pun aku sudah siap pilih. Aku memilih untuk memakai kasut bertutup yang selesa untuk berjalan jauh. Sebab esok aku ingat aku nak naik kereta api saja untuk ke galeri seni itu. Kalau naik teksi nanti takut jalan sesak pula. Memandangkan esok juga merupakan hari hujung minggu, mesti ramai gila orang yang nak pergi ke galeri seni itu. Maklumlah, Benji kan ramai peminat.
Malam itu, aku tak boleh tidur. Aku pusinglah beberapa kali pun badan aku, mata aku tetap tak boleh lelap. Aku tak boleh berhenti fikir pasal hari esok. Aku rasa tak sabar lagi nak tengok pameran koleksi lukisan baru Benji itu. Aku boleh dapat bayangkan betapa cantiknya lukisan-lukisan Benji yang akan dipamerkan esok. Mesti terperinci dan halus hasil tangannya itu. Aku rasa rindu pula nak tengok Benji melukis. Nak tengok muka handsomenya yang selalu serious ketika dia sedang melukis, bulu matanya yang sangat melentik dan senyumannya yang sangat manis bila dia memandang muka aku. Aku juga sangat rindu dengan ciuman dan pelukannya yang selalu menghangatkan aku.
Memori lama aku dan Benji di loteng kediaman Dato' Bakri dulu mula bermain di fikiran aku. Entah mengapa air mata aku mula jatuh membasahi pipi. Walaupun banyak memori sedih yang berlaku di dalam kediaman itu, tetapi banyak lagi memori indah yang tercipta di kediaman itu. Daripada kediaman itu jugalah aku mula berjumpa dan jatuh cinta dengan Benji. Siapa sangka aku dan Benji akan mula menjalinkan hubungan cinta kami setelah kami berdua berjumpa di kediaman itu. Walaupun hari-hari kami bersama sangatlah singkat, tetapi hari-hari itulah merupakan hari yang paling membahagiakan untuk aku sepanjang hidup aku. Tetapi kini, aku tak tahu sama ada aku dan Benji mampu menjalinkan semula hubungan cinta kami berdua lagi seperti dulu. Perlahan-lahan mata aku yang basah itu mula terlelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Benji (BL Malay)
Fiksi UmumNama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup aku, aku tak pernah tahu macam mana rasanya disayangi oleh seorang ayah ataupun mak. Rupa ayah dan mak aku macam mana pun aku sudah tak ing...
