Pameran

7 3 0
                                        

          Pada keesokan harinya, aku bangun lambat sebab tak boleh tidur malam tadi. Aku buka saja mata aku, matahari sudahpun tegak di atas kepala. Cepat-cepat aku bangun mandi dan bersiap. Disebabkan aku teruja sangat semalam, aku sudah lupa di mana aku letak tiket yang Benji berikan kepada aku semalam. Aku mula kalut mencari tiket itu. Habis satu rumah aku berselerak sebab aku tak jumpa di mana tiket itu. Aku sudah mula rasa cuak. Kalau tiket itu hilang, aku tak boleh masuk ke galeri seni itu nanti. Mesti Benji sedih kalau aku tak datang ke pameran koleksi lukisan barunya itu. Tak boleh jadi. Aku mesti kena cari juga tiket itu. Lalu, aku pun teruskan mencari.

          Setelah puas aku mengumbah satu rumah aku mencari, akhirnya aku jumpa juga tiket itu di dapur rumah aku. Rupanya semalam aku terlupa yang aku letak sekejap tiket itu di atas meja dapur semasa aku membuat air teh untuk Benji. Hati aku terasa lega semula setelah jumpa tiket itu. Aku sudah tak sabar lagi nak melihat pameran Benji itu. Dengan pantas aku memakai kasut dan keluar daripada rumah. Sebenarnya, aku sudah lambat. Aku pun mula berlari laju untuk ke stesen kereta api yang berhampiran dengan rumah aku.

          Nasib baik aku sempat kejar kereta api yang baru sampai itu. Kalau tidak, habislah aku kena tunggu lagi dua puluh minit untuk kereta api yang seterusnya. Perjalanan untuk ke galeri seni itu agak jauh juga daripada rumah aku. Mungkin dalam setengah jam. Aku hanya membuat anggaran. Keadaan di dalam kereta api itu sangat sesak dengan orang yang ramai. Aku tak jumpa tempat duduk yang kosong untuk aku duduk. Jadi, aku hanya mampu berdiri saja sepanjang perjalanan itu.

          Apabila sampai saja di stesen kereta api yang berhampiran dengan galeri seni itu, aku pun mula turun. Lalu, aku berlari pantas menuju ke galeri seni itu. Cuaca yang tadi panas terik tiba-tiba saja bertukar menjadi mendung. Langit kelihatan sangat gelap pada ketika itu. Aku rasa tak lama lagi mungkin hujan akan mula turun. Aku harap sangat aku sempat sampai di galeri seni itu sebelum hari mula hujan. Walaupun nafas aku sudah mula tercungap-cungap, aku tetap berlari laju tanpa henti.

          Sampai saja aku di depan pintu galeri seni itu, hujan pun mula turun dengan lebat sekali. Nasib baik aku sempat masuk ke dalam galeri seni itu. Kalau tak, habislah basah kuyup badan aku. Masuk saja ke dalam galeri seni itu, aku berhenti dan berdiri seketika. Nafas aku masih lagi tercungap-cungap akibat penat sangat berlari laju tanpa henti tadi. Perlahan-lahan aku menarik dan menghembus nafas aku. Aku cuba menenangkan jantung aku yang penat mengepam laju itu.

          Selepas nafas aku kembali normal semula, barulah aku berjalan ke arah kaunter untuk menunjukkan tiket aku kepada pekerja yang menjaga kaunter itu. Aku baru perasan yang ada nama samaran Benji tertulis di tiket itu, 'Sincerely, Hantu'. Aku hanya tersenyum saja membaca nama samarannya itu. Entah mengapa hati aku rasa lucu pula. Pelik-pelik saja Benji ni kadang-kadang. Selepas pekerja itu mengambil saja tiket itu daripada tangan aku, dia membawa aku masuk ke bilik pameran koleksi lukisan Benji.

          Bilik pameran itu sangat luas dan besar. Reka bentuk dalamannya juga sangat cantik. Aku rasa kagum melihat seni bina bilik pameran itu. Perlahan-lahan aku mula berjalan untuk melihat pameran koleksi lukisan Benji. Namun, jantung aku yang baru saja mula tenang, kembali berdegup kencang semula apabila aku melihat lukisan-lukisan Benji yang tergantung di seluruh bilik pameran itu. Dada aku naik dan turun. Mata aku mula berkaca.

          Rupanya pameran koleksi lukisan Benji kali itu adalah lukisan-lukisan potret gambar aku. Bilik pameran itu penuh dengan muka aku. Hati aku mula terasa sebak. Aku teringat kembali lukisan potret gambar aku yang Benji hadiahkan kepada aku dulu. Lukisan potret itu aku tak sempat selamatkan daripada dibakar oleh Tuan Brian. Perasaan sedih dan kecewa yang sudah terbuku lama di dalam sudut hati aku selama ini, mula muncul kembali. Aku rasa kejadian itu juga merupakan asbab mengapa aku mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan diri aku sendiri.

Benji (BL Malay)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang