PROLOG

20.8K 259 7
                                    

Gadis itu lena dengan mata yang sembab sambil lengannya diletakkan di dahi. Dia lelah, kepenatan. Sehari suntuk dia mencari makanan untuk mengalas perut yang lapar. Baju kurung lusuh dan tudung berwarna merah yang terdapat kesan comot masih lagi dipakai. Dengan berbantalkan beg pakaian dan hamparan surat khabar sebagai gantian toto narita, di kaki lima stesen kereta api itulah menjadi saksi tempat tidurnya pagi itu.

Sayup-sayup kedengaran laungan azan bergema di situ. Minda separa sedarnya mendengar seruan ilahi namun badannya terasa berat untuk bangkit. Benar kata orang, subuhlah waktu di mana Sang Azazil berbisik kepada manusia untuk memilih tidur daripada menghadap Rabbul 'Alamin.

Bahunya terasa disentuh, digerakkan perlahan-lahan. Dia yang dibuai lena mengalihkan tubuhnya ke sebelah kiri. Ngantuk. Bahunya digerakkan sekali lagi.

"Assalamualaikum. Nak, bangun. Subuh."

Kedengaran suara seorang nenek tua membuatkan dia sedar dari tidurnya serta-merta. Dia cuba membuka matanya. Berat. Dia bangkit lalu duduk sambil memisat-misatkan matanya. Matanya dibuka luas.

Dia tersentak. Pandangannya pelik. Dia meraba-raba wajah yang berada di depannya. Ya, derianya menangkap gambaran di hadapannya adalah seorang nenek tua tetapi tidak jelas. Dengan kaget dia meraba-raba dinding dan lantai di sekitarnya. Seluruhnya ditancap, disentuh baik tiang, kedai-kedai runcit, pokok dan sekelilingnya dilihat dalam keadaan berwarna merah, biru, hijau serta pelbagai warna lagi. Pendek kata ianya abstrak!


SAKITWhere stories live. Discover now