BAB 5

10.6K 123 21
                                    


Gadis-gadis kipas seramai lima orang yang terdiri daripada Nora, Siti, Mila, Nelly dan diketuai oleh Tisha itu berjalan dengan langkah catwalk menuju ke arah mereka semua. Tangan mereka sentiasa mengipas-ngipas sepanjang hari tak kira tempat dan masa. Tak kisahlah hujan, panas, pagi atau petang. Berkipas saja. Sebelum sekawanan mereka digelar 'Amoi Kipas', geng-geng merenyam ini telah ditubuhkan sejak darjah empat lagi. Cuma dahulu nama kumpulan masih tiada.

Semuanya berpunca semasa mereka berlima mengikuti rombongan sekolah ke Langkawi ketika di tingkatan dua. Kipas tangan dibeli oleh mereka sebagai tanda kenang-kenangan. Sayang seribu kali sayang, kejakunan mereka yang asyik menayang kipas ke hulu ke hilir dan acah-acah terkenal menyebabkan gelaran 'Amoi Kipas' melekat. Gelaran tersebut menguatkan lagi perangai celaka mereka yang suka mengipas guru-guru yang ada di sekolah itu.

Geng Amoi Kipas menghampiri kerusi yang mereka berdiri. Tisha tersenyum gedik mundar-mandir sambil memeluk tubuh dan tangan kanannya masih mengipas memandang wajah mereka bertiga. Sementara gengnya yang lain hanya berdiri dan melihat gelagatnya itu. Lalu dia berhenti di hadapan Fauzi. Hujung kipasnya menggesel goda ke peha Fauzi. Amar dan Rizal terbelalak lantas berpandangan sesama sendiri.

"Dah sangap sangat eh? Tak malu ek orang tengok?" Fauzi separuh berbisik dengan nada marah. Dia khuatir sekiranya dia menempik Lisa, keadaan menjadi buruk. Di tengah-tengah keramaian manusia di kantin, ramai yang menjadi saksi akan menyalahkan Fauzi. Malah boleh memberi kesan lain kepada rakan-rakannya sekelasnya juga. Barangkali denda mereka akan ditambah. Ikutkan hati barannya mahu saja dia penangan si perempuan itu pakai penampar Jepun.

"Janganlah marah bang.. Nanti cepat tua.."

Fauzi menjeling.

"Emmmm... Sombongnya abang sekarang.. Tegur pun dah tak boleh. Tak kesian ke kat sayang ni?" rengek Tisha menggoda dengan mencuit-cuit peha Fauzi.

Amar berang melihat aksi dewasa Tisha yang bertaraf pelacur jalanan kelas bawahan itu. Dengan riak menyinga dia menempik, "Kalau nak jual badan, kau pergi kat Lorong Haji Taib tu. Bukan kat sini. Sini bukan tempat kau. Sini untuk orang berakal macam kami. Kalau lorong tu reject kau, kau pergi kat Tanjung Rambutan tu. Tu pun tempat kau jugak. Gila!"

Tempikan Amar menutup keriuhan yang gamat di kantin itu. Hampir separuh memerhatikannya. Merah padam terus muka Tisha tatkala diperlaku begitu. Dahinya berpeluh. Kipasnya dikipas-kipas laju untuk menyejukkan dirinya yang kian panas dan malu.

"HAHAHAHAHA! Eh, you ni menyampuk kenapa? I tak cakap dengan you pun kan? Nama you Fauzi ke? Dasar mulut puaka," ketawa Tisha mengilai-ngilai lalu menepuk perut Amar mengguna kipasnya. Memang tak tahu malu betul.

Dari kejauhan, mata Rizal menangkap kelibat Cikgu Murugan yang menuju ke arah kantin.

'Kamu semua buatlah suka hati kamu kat sini. Kalau saya dapati awak tak buat pape, kamu semua berdiri kat sini sampai balik!'

Tak semena-mena terngiang-ngiang teriakan Cikgu Murugan di telinga Rizal. Ia memberikan ilham kepadanya untuk menyelamatkan diri dari situasi yang penuh celaka. Sudahlah didenda, terpaksa menghadap pula Amoi Kipas si kaki kipas ini. Semak.

'Inilah masanya'

Satu senyuman menitip di bibirnya.

Rizal menarik nafas dalam-dalam lantas mengangkat tangannya separas bahu sambil meneriak "UP!"

Kesemua pelajar kelas 6 Atas Fizik itu bagai dipukau mengangkat tangan mereka sama seperti Rizal. Pelajar, guru malah makcik pakcik kantin yang berada di situ serta merta menoleh ke arah mereka. Cikgu Murugan segera menghampiri mereka dan menanti apa jenis hukuman yang mereka jatuhkan atas kesalahan masing-masing.

SAKITWhere stories live. Discover now