'Sabar. Hajat kau bakal tertunai'
Amar menyarung batang tubuhnya yang terzahir dengan kemeja merah-hitam sambil menyemat dirinya di hadapan cermin kaca. Wajahnya dibelek-belek dan didandan selayaknya persis sang putera penambat hati wanita. Wangian Issey Miyake semerbak bergentayangan di segenap ruang kamarnya. Hari itu jugalah jatuh hari temujanjinya yang pertama setelah dua minggu mengenali si gadis kampung, Rohani. Dia perlu tampak hebat, gagah dan tampan kerana kali ini mangsa yang bersamanya bukan calang orang. Semestinya umpan yang digunakan perlulah terbaik dari ladang.
Kunci Honda Civic dicapai lantas kaki melangkah pergi dan bersedia untuk menjemput mangsanya.
***
"Bel, tengoklah. Okay tak baju aku pakai ni?" Rohani berpusing-pusing menayangkan pakaian yang melekat ditubuh di hadapan rakan serumahnya, Nabila.
"Okay tu memanglah okay. Tapikan, kalau aku cakap kau jangan terasa tau," Nabila mempamer riak resah, serba salah yang terencam di wajah.
"...."
"Mana ada orang pergi date pakai baju kurung kain cotton dengan tudung labuh."
"Habis tu orang pergi date pakai apa?"
'Naif betul budak kampung ni' Nabila menggaru-garu kepalanya. "Meh sini ikut aku," Nabila menarik lengan Rohani lantas dibawa ke biliknya. Almari dibuka dan segera Nabila membelek satu persatu persalinannya.
Satu persatu persalinan pakaian dipadankan ke tubuh Rohani sehingga sepasang kurung kebaya merah jambu dilihat bersesuaian dengan tubuh si genit itu.
"Hah, baju ni sumpah aku cakap memang sesuai dengan kau. Kau putih, muka lembut, warna pun kena lembut. Memang kenalah dengan gaya kau," Nabila dengan cerianya menolak persalinan itu ke dada Rohani. Rohani memeluk persalinan itu dengan riak tersentak.
"Tapi aku tak pernah pakai baju macam ni."
"Rileks, lama-lama nanti kau akan biasa dengan benda yang kau tak biasa. Kau tukar baju, kejap lagi turn muka kau pulak aku nak touch up bagi ada seri sikit," Nabila melangkah pergi meninggalkan Rohani yang masih kekakuan.
Kurung kebaya fabrik chiffon itu diperhati dengan wajah yang meresahkan.
***
"Kau tak bosan ke hidup mereput dengan kerja? Hari minggu kau datang kedai aku, hari lain kau berniaga dengan Din Perlis jual burger kat tepi jalan," Nawi membuka bual sambil ralit memerhati Rizal yang ghairah menyusun, mengangkat barang-barangan di kedai runcit miliknya.
"Aku bosan duduk rumah tu. Dah lah duduk sorang, kawan takde, duit tak masyuk. Bagus apa cuti-cuti ni aku buat benda berfaedah. Bukannya aku plan ajak orang datang kedai kau nak merompak. Pahala dapat kot tolong member sendiri."
"Kau tolong aku tak bergaji. Aku pulak yang jadi serba salah. Kau baliklah, berehat."
"Aku bukan harapkan sesen dari kau. Aku buat semua ini sebab aku suka. Badan pun sihat, cergas. Banyak benda aku boleh buat dari berehat. Kau kawan aku, memang tanggungjawab aku untuk membantu. Tengok." Rizal menepuk bahunya lalu mempamerkan bisepnya yang gagah.
"Haih, kau ni memang degil lah."
"Cakaplah apa kau nak cakap. Pendirian aku macam tu juga."
Nawi hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sudah berkali-kali dinasihati namun pendirian Rizal tetap serupa - membantu tanpa mengharapkan ganjaran.
'Ikut kau lah, Jal'
Nawi lantas menuju ke setor belakang kedainya.
***
YOU ARE READING
SAKIT
Misterio / SuspensoAkibat kematian abang dan rakan tersayang, Amar menyimpan rasa benci terhadap kaum Hawa. Wanita hanya dijadikan tempat melampiaskan nafsu. Pertemuan semula dengan Rizal menyebabkan luka lama berdarah kembali. Amar menyalahkan Rizal yang menjadikan p...