BAB 7

7.8K 136 24
                                        



Amar menanti kelibat Rohani dengan penuh sabar. Tidurnya dikorbankan. Semuanya demi menjayakan rencana jahatnya. Ternyata dia bersungguh-sungguh kali ni. Selalunya, dengan wajahnya yang tampan dan disertakan sedikit ayat semanis gula-gula, pasti akan tersangkut dua tiga gadis yang dahagakan cinta yang tidak menjaminkan Jannah – Sama ada di dunia nyata mahupun dunia maya yakni Myspace, Friendster apatah lagi berbekalkan nama samaran 'Pujangga Tampan' di Mirc, pastinya agak kacang untuk dia mendapatkan habuan. Ramalannya, Rohani bukan sasaran mudah.

Tingkap kereta dibuka. Sebatang rokok diapit ditepi bibir. Hujungnya ditala dengan pemetik api. Ditemani lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word gandingan bersama kumpulan Blue dengan Sir Elton John di corong radio cukup membuatkannya bersenandung mengikut alunan muzik. Hampir setengah jam dia memerap di dalam kereta setelah diparkir jauh sedikit dari kawasan pasar. Segalanya demi memerhatikan gerak geri Rohani.

Kepulan asap memenuhi ruang ketika dia menghembuskan asap rokok. Dari jauh matanya menikam tajam menancap ke arah sasarannya. Dia hairan dengan perilaku Rohani. Seperti ada yang tidak kena disebabkan jalannya tergesa-gesa. Kemudian disusuli pula beberapa orang lelaki mengekori langkahnya menuju ke jalan kecil berhampiran pasar itu.

Amar bingkas keluar dari perut kereta lantas menghempas kuat pintu keretanya tanpa sengaja. Rokoknya dibaling jauh. Dia mengekori gerak-geri mereka dengan berhati-hati.

Amar tersalah langkah. Ranting dipijak. Sumpah seranah berhambur di hati akibat cuai. Cepat-cepat dia sembunyikan diri dicelah rimbunan pohon. Geng penyangak itu lekas-lekas menoleh. Mujurlah kelibat Amar tidak dikesan.

Di sebalik pohon itu Amar meneliti. Mengira jumlah geng-geng tersebut. Semuanya termasuk lelaki gempal itu adalah seramai lima orang.

Amar menyambung langkah mengekori gerak-geri mereka. Dilihatnya Ain sedang terduduk dikepung beramai-ramai. Hatinya membara. Dia berlari sepantas kilat lalu sebijik penendang hinggap ke belikat lelaki bertubuh kerempeng.

Penyangak itu terpempan kerana terkejut ada juga yang mengekori mereka. Kakinya pantas melayang ke arah perut lelaki gempal itu. Lelaki gempal itu tertunduk kesakitan. Berang. Lalu dia menjerit dan cuba menyerang Amar dengan menghayunkan penumbuk. Tetapi berjaya ditepis Amar. Lelaki gempal itu mengangkat kening memberi isyarat kepada konco-konconya. Amar dikepung.

'PAKKKKK!!!'

Amar terjatuh. Belakangnya sakit akibat dipukul dengan kayu hoki oleh salah sorang konco lelaki gempal itu. Dia menggelupur kesakitan. Lantas kedua-dua tangannya digenggam erat oleh dua orang konco lelaki gempal tersebut. Tubuh Amar kemudian dipaksa duduk dalam posisi melutut di hadapan lelaki itu.

"Well, well, well. Pucuk dicita ulam mendatang. Tak sangka ada hero berlagak Sivaji The Boss datang potong stim kitorang. Kau nak apa masuk campur ni syaithoooon?" soal lelaki berbadan gempal yang sengaja menebalkan makhraj 'th'.

Amar hanya diam seribu bahasa. Tangannya digenggam kuat menahan marah.

"Kau bisu ek? Aku tanya jawablah!" gertak lelaki berbadan gempal lagi.

"Dia bini aku."

Rohani tersentak. Pertama kali dalam sejarah hidupnya seorang ajnabi mengaku menjadi seorang yang halal buat dirinya.

"Kesah pulak kitorang kalau dia ni bini kau. KAHKAHKAH!"

Pandangan Amar terisi dendam menatap penyangak-penyangak yang sakan bergelak ketawa melihat keadaan dua manusia berlawanan gender menjadi tawanan mereka. Tembok keegoan dan kelakiannya tercalar bilamana melihat mereka semakin galak mentertawakannya. Fikirannya mencari akal untuk menyelamatkan diri dari terus diperlekeh sedemikian rupa.

SAKITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang