Rizal melabuhkan punggung di atas tembok belakang asrama dengan wajah yang pucat. Nafasnya ditarik dalam-dalam lantas kakinya dilunjurkan ke bawah. Dengan berhati-hati sepasang kakinya mendarat ke permukaan tanah.
'TAPPPPPP'
Tapak kakinya sakit. Lututnya diketuk-ketuk dan diurut-urut untuk menghilangkan sengal. Tertempang-tempang dia berjalan menuju ke satu-satunya jalan pintas yang menghubungkan pekan terdekat iaitu lorong belakang asrama. Mujurlah dia tidak kantoi oleh mana-mana guru terutamanya cikgu angkasawan itu. Sambil berjalan, dia tergelak kecil bilamana mengingat kembali peristiwa didenda secara berjemaah di kantin sebentar tadi. Baginya, walaupun mengaibkan tetapi ianya tetap lucu. Itulah pertama kalinya dia melafazkan ikrar paling aneh dalam hidup. Yang penting isinya langsung tak sama dengan bacaan ikrar ketika perhimpunan rasmi sekolah.
Langkahnya dimatikan saat dia melihat jalan tar diselaputi minyak petrol. Aroma petrolnya sangat menusuk rongga hidung. Setahunya, tak pernah lagi jalan itu ada kenderaan berat lalu lalang. Dia berhipotesis barangkali ada penunggang motosikal membeli minyak petrol yang disimpan di dalam tong kemudian tertumpah di jalanan. Sayup-sayup telinga menangkap suara teriakan tetapi tidak tahu dari mana arahnya. Telinga difokuskan sekali lagi. Firasatnya kuat menyatakan suara itu datang dari bawah cenuram tersebut.
"Heyyy. Siapa tu?" teriaknya inginkan kepastian.
"Tolong! Tolong! Tolongggg!" lolongan itu tidak disangkal memang tepat seperti jangkaannya. Sepantasnya dia menuruni lereng cenuram itu dengan penuh cermat. Lereng cenuram itu sarat dipenuhi dengan akar-akar kayu pepohon, duri-duri semak dan batuan tajam.
"Auchhhhhhh!" bahunya tersangkut duri menyebabkan bajunya terkoyak sedikit kerana direntap. Dia tidak pedulikan lagi tentang seragam sekolahnya yang koyak. Fokusnya kini adalah nyawa manusia yang ingin diselamatkan.
Matanya tertumpu pada sebuah basikal yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Tanpa berlengah dia bergegas menuju ke arah basikal itu. Ditancapnya basikal itu penuh teliti. Sepertinya dia mengecam gerangan pemiliknya.
'Eh, macam kenal. Macam Ina je ni. Errrr... Mustahil'
"Haloooo. Siapa tu?" Jeritnya.
Zurina yang berada di celah batuan besar terdengar sahutan itu. Pantas Zurina membalas kembali, " Sini! Dengar tak? Haloooo."
Rizal menoleh ke arah suara tersebut. Dia yakin, suara itu datang dari sebelah barat cenuram.
"Inaaaa ke tu!!! Mana kau?" teriaknya lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Kat sini!"
Tebakannya mengenai koordinasi suara itu tepat. Jadi, jarak Zurina semakin dekat dengannya. Langkah diteruskan lagi sehingga dia menemui sebatang sungai. Lehernya dipanjangkan ke segenap arah mencari manalah tahu Zurina berada di situ.
'Gedebukkkkkkkkkk!'
'Okay, tak syak lagi memang Ina.'
Kali ini dia yakin kerana kakinya berlanggar dengan sebuah beg sekolah berwarna merah jambu bunga-bunga putih. Dan beg itu hanya Zurina seorang saja pelajar yang memakainya. Dari kejauhan matanya menangkap sosok manusia yang terbaring di celah batu tebing sungai.
'Fuh, jumpa jugak akhirnya.'
Segera dia berlari mendapatkan Zurina yang terbaring itu. Dilihatnya kaki Zurina tersepit di antara batu-batu.
"Errrrr... Ina, macam mana kau....." kata-katanya mati melihat Zurina yang basah kuyup sehingga menampakkan imej pakaian dalam. Seksi.
"Jangan banyak tanya. Sekarang kau kena tolong aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
SAKIT
Детектив / ТриллерAkibat kematian abang dan rakan tersayang, Amar menyimpan rasa benci terhadap kaum Hawa. Wanita hanya dijadikan tempat melampiaskan nafsu. Pertemuan semula dengan Rizal menyebabkan luka lama berdarah kembali. Amar menyalahkan Rizal yang menjadikan p...