BAB 11

1.2K 35 3
                                    

"APA? Kau nak keluar dengan encik tunang kau sekejap lagi? Dia datang sini jemput kau?" tanya Marsha, terkejut.

"Haah. Kalau aku ada kereta sendiri garenti aku terus jumpa dia dekat butik dia."

Marsha bangun dari terus duduk di sofa lalu melangkah laju menghampiri Hania yang masih membelek wajahnya di hadapan cermin panjang tidak jauh dari ruang santai itu.

"Encik tunang kau datang sini jemput kau?" tanya Marsha teruja sekali sambil memegang lengan Hania.

Berkerut dahi Hania memandang Marsha di sebelahnya.

"Eh, yang kau macam perempuan meroyan baru dapat suami ni kenapa? Aku cakap dia datang sini nak jemput aku tadi, kan? Aku siap dah send location butik kau ni lagi pada dia melalui WhatsApp. Kau dengar jawapan aku lain ke tadi?"

"Maknanya dia nak datang sini, jemput kau?" ulang Marsha masih teruja.

"Ya, Cik Marsahanda. Kau ni dah kenapa?" jawab Hania, tertekan bila Marsha masih menanyakan soalan yang sama berulang-ulang kali.

Marsha terus disapa gelisah dan mula melangkah ke hulu ke hilir di hadapan Hania.

"Eh, yang kau tiba-tiba gelisah ni apa hal?"

"Gila tak gelisah? Pereka fesyen terkenal lagi popular mencemar duli ke butik aku yang tak seberapa ni kut? Kau rasa sempat tak aku nak renovate butik aku kasi besar dan cantik?"

Terbatuk-batuk Hania mendengar kata-kata merepek Marsaha itu.

"Hey, apa kau merepak ni, perempuan! Encik tunang aku tu, pereka fesyen aje kut? Bukannya sultan pun?"

"Kenalah fikir semua tu. Buatnya dia sampai nanti dia pandang jijik lagi hina dekat butik aku macam mana? Mesti lepas ni dia tak nak datang butik aku lagi dah."

"Ala.. lantaklah dia nak fikir apa pun, kan? Yang penting butik kau ni meletup. Ala Marsha, tak perlulah kau nak risau. Bukannya dia ada share dengan kau pun untuk buka butik ni, kan?" Hania cuba menenangkan kegelisahan Marsha.

Marsha berhenti dari terus melangkah ke hulu ke hilir dalam kegelisahan.

"Tapi, kalau difikirkan dari sudut positifnya, ada baik juga kau bertunang dengan idola aku tu. Boleh jugak aku pergunakan kau. Betul tak?"

Bigitu jujur dan telus sekali kata-kata Marsha ketika ini.

"Apa maksud kau?"

Marsha melangkah menghampiri Hania lalu dia duduk di atas sofa bersebelahan Hania.

"Nanti, bila dia sampai, kau kenal-kenalkanlah dia dengan aku. Mana tahu, bila dia tahu fasal butik aku ni, dia akan promote butik aku ni dekat majalah-majalah fesyen yang ada dekat Malaysia ni? Tak pun dengan tiba-tiba dia nak buat kolebrasi dengan butik aku ni untuk koleksi dia akan datang. Tak ke, meriah hidup aku nanti? Kiranya aku pergunakan kau untuk majukan dan popularkan butik aku nilah. Boleh kan?" bersungguh-sungguh sekali Marsha menjelaskan idea yang baru sahaja terlintas di fikirannya.

"Motif kau nak pergunakan aku demi kesenangan kau? Bab-bab busines kau ni aku malas nak masuk campur. Aku memang buta tuli bab-bab semua ni. Aku hanya boleh kenalkan kau pada dia aje. Bab-bab promote dengan kolebrasi tu, kau bincanglah dengan dia sendiri, okey? Sila sediakan name card kau untuk bagi pada dia sekejap lagi."

Selepas Hania menghabiskan kata-katanya itu tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Terkejut mereka berdua dengan bunyi yang secara tiba-tiba itu.

"Alamak, dia call," ujar Hania, sambil mencapai telefon pintarnya yang masih memekik. Kelihatan nama 'Encik Tunang' senang membuat panggilan.

Encik Suamiku HipsterWhere stories live. Discover now