BAB 08

1.2K 35 4
                                    

"YA mama, nanti bila dah tiba masanya, Farin call dia. Sekarang ni Farin memang betul-betul tengah busy nak siapkan koleksi terbaru Farin," beria-ia Saffarin menjawab. Sesungguhnya dia memang benar-benar sibuk ketika ini. Dia dan Ery sedang berusaha menyiapkan koleksi Hipster by Hairy Saffarin Couture yang bakal dilancarkan bulan hadapan.

"Dah dekat dua minggu kamu dengan dia bertunang, kamu belum ajak dia keluar dating? Mama dah bagi nombor telefon dia lama, kan? Ke, kamu tak save?" Terkejut Puan Zaidah bertanya di hujung talian.

"Savelah mama. Cuma Fahrin tak ada masa aje lagi nak call dia ajak dating."

"Banyak sangat ke kerja kamu tu sampaikan tak boleh nak bercuti sehari pun? Bangla kerja buat bangunan tu pun, ada cuti tau?"

"Tu Bangla ma, bukan Farin."

"Mama tak kira, dalam minggu ni jugak mama nak kamu ajak bakal menantu mama tu keluar dating. Dah dua minggu bertunang, kamu masih belum kenal siapa tunang kamu, kan?"

"Ya, baik mama. Dalam minggu ni jugak Farin cuba call dia ajak dating ya mama?" Saffarin tabur janji.

"Okey, kamu jangan nak tipu mama. Kalau kamu tipu mama, jangan terkejut kalau mama nak kamu menikah dengan dia minggu depan," ugut Puan Zaidah, geram.

"Ya mama, Farin call dia hari ni juga ya?"

"Okey, assalamualaikum," balas Puan Zaidah lalu menamatkan panggilan.

Saffarin terkejut bila mamanya menamatkan panggilan sebelum sembat dia menjawab salam mamanya.

"Waalaukumussalam. Marah banar nampaknya," ujar Saffarin sambil meletak telefon pintarnya di atas meja kerja yang bersepah dengan kain perca di sana sini.

"Kau masih belum jumpa perempuan tu sejak kau dengan dia bertunang hari tu?" tanya Ery di meja sebelah yang turut sedang memotong kain untuk rekaannya.

"Belum. Macam mana aku nak jumpa? Kita kan banyak kerja. Lepas dari majlis tunang aku hari tu, benda ni jugak kita hadap sampai sekarang, kan?"

"Alah, boleh aje kalau kau nak cuti sehari luangkan masa jumpa tunang kau tu. Bukannya kita nak cepat pun, kan?"

"Mana sempat, banyak kerja aku tau?"

"Sebenarnya bukan tak sempat. Masa terluang kau sebelum ni kau bazirkan untuk cari di mana model tu. Lastly, tak dapat pun. Lagipun, kau tu cuma buat baju lelaki. Aku ni kena buat baju perempuan, finishing lagi banyak tau?" balas Ery.

"Mana ada. Walaupun baju lelaki ni finishing tak banyak, tapi kekemasan jahitannya penting. Yang nampak ringkas tulah orang akan teliti betul-betul." Tetap Saffarin tidak mahu kalah.

Ery hanya mengeleng. Malas dia hendak berbalah lagi.

"Kau masih mengharap yang kau boleh cari model tu?" tanya Ery selepas perbualan mereka tergendala untuk seketika.

"Tak salahkan, kalau aku masih cari model tu? Aku baru bertunang, belum nikah lagi."

Ery geleng kepala lagi.

"Kau pelan nak putus tunang selepas kau jejaki model tu ke apa?"

"Kalau itu yang terbaik?"

"Senang kau cakap, kan? Kau tak fikir macam mana penerimaan mama kau? Apa perasaan tunang kau tu bila dengan tiba-tiba kau minta putus?"

Saffarin mengabaikan kerjanya lalu memberi fokusnya kepada Ery di meja sebelah.

"Dah tu? Tak kan aku nak korbankan kebahagiaan aku pada perempuan yang aku tak boleh cintai kut?"

Encik Suamiku HipsterWhere stories live. Discover now