"SO, kau setuju dengan rancangan dia?" tanya Marsha agak terkejut selepas Hania menceritakan semula apa yang telah berlaku di antara kawan baiknya itu dengan encik tunangnya.
"Dah tu, pilihan apa yang aku ada?" tanya Hania semula sambil mengunyah kacang tanah goreng salut tepung yang ada di dalam balang di ribanya.
Marsha yang duduk di sebelah Hania.
"Banyak okey, pilihan yang kau ada."
"Pilihan apa yang aku ada?" tanya Hania lagi dengan wajah selamba. Sebiji demi sebiji kacang tanah goreng salut tepungnya dicampak ke dalam mulut.
"Kau boleh suruh encik tunang kau tu, putuskan pertunangan. Tak adalah mak kau macam marah sangat, kan? Kalau encik tunang kau tu tak nak putuskan pertunangan dia dengan kau, kau buat dia benci kau sampai dia nak putus tunang."
Hania tergelak kecil.
"Kau cakap senanglah," keluah Hania sambil meletak balang berisi kacang tanah goreng salut terpung di atas meja kopi selepas ditutup penutupnya.
"Apa yang dia alami, sama seperti apa yang aku alami." Wajah Hania berubah sedikit keruh berbanding tadi.
"Apa maksud kau?" Marsha tidak mengerti.
"Dia pun macam aku, terpaksa suruh mama dia carikan jodoh untuk dia sebab dia dah penat nak dengar mak dia membebel fasal bila dia nak kahwin."
"Laaa... sama macam kau jugak?"
Hania angguk.
"Disebabkan kita orang tak nak mak masing-masing naik hantu bila kita orang buat keputusan nak putus tunang, sebab tu dia cipta syarat tu. Tapi okey apa syarat-syarat tu, kan? Lepas nikah, bila aku atau dia dah jumpa orang yang boleh dicintai dan saling mencintai, kita orang bercerailah. Kalau memang dah tak ada jodoh, tak kan mak atau mama dia nak marah, kan? Dah tak ada jodoh, betul tak?" jelas Hania panjang lebar mengenai rancangan encik tunangnya, beberapa hari lalu.
"Tapi, kenapa nak menyusahkan diri? Kau tahu tak, kalau kau dengan dia bercerai, kau akan dapat status janda. Kau rasa kalau kau jumpa lelaki cute yang dah tolong ala-ala selamatkan kau dekat tepi jalan tempoh hari, lelaki tu boleh terima kau?" soal Marsha, serius.
"Ala, tak semestinya jodoh aku dengan lelaki yang dah tolong aku dekat tepi jalan tu, kan? Manalah tahu tiba-tiba muncul lelaki idaman aku yang selama ni aku tunggu-tunggu? Masa tu aku ada hak untuk mintak dia ceraikan aku. Kalau dia jumpa perempuan yang dia cintai terlebih dahulu, kira bonus untuk akulah single sebelum aku jumpa lelaki idaman aku."
"Ewah, senang kau cakap kan? Kau rasa ada lelaki yang boleh terima seorang janda dengan mudah walaupun kau dengan encik tunang a.k.a bakal suami kau tu tak buat apa-apa atau tak sentuh kau langsung lepas kahwin nanti?" Marsha meluahkan kemungkinan lain.
"Tak semua lelaki boleh terima janda tau? Kebanyakan lelaki zaman sekarang ni nak aanak dara sunti. Walaupun sebenarnya dia orang tu taklah suci mana. Hakikat hidup yang kau kena terima dan fikirkan tau?" tambah Marsha lagi.
"Ala, pandai-pandailah aku nak selindungkan status janda aku tu nanti," balas Hania, sambil lewa. Padanya, itu bukan masalah besar.
"Kau rasa kalau kau dengan bakal lelaki yang kau sayang nanti nak buat sijil nikah atau apa-apa sahaja berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, kau rasa dia orang akan ungkit tak, yang kau pernah berkahwin sebelum ni?" Marsha masih tidak puas hati. Dia merasakan Hania tidak berfikir panjang sebelum menerima bulat-bulat rancangan encik tunangnya.
"Eee... kau ni sengaja buat aku tertekan, kan? Susah-susah, kalau ada lelaki suka dekat aku nanti aku mengaku ajelah yang aku janda, habis cerita. Kalau dia tak boleh terima aku, aku cari ajelah lelaki lain. Apa susah? Kalau masa tu aku dah kena cerai, tak kan mak aku masih nak bising suruh aku kahwin lagi, kan?"
YOU ARE READING
Encik Suamiku Hipster
RomansaMengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. "Aku dah tak ada pilihan...