MAJALAH hiburan di tangan dicampak kasar ke atas meja di hadapannya. Artikal tentang pengumum Saffarin mengenai majlis pernikahan dan persandingannya yang bakal berlangsung minggu hadapan benar-benar buat hidupnya tertekan dan dilanda ombak marah.
"Eh, kau ni dah kenapa?" tanya Tasha di sebelahnya.
"Terkejut aku. Tiba-tiba aje majalah yang tak bersalah, jadi mangsa keadaan," sambungnya.
"Semua rancangan aku tak berjaya. Video yang aku sebarkan tu, gigih Farin nafikan. Aku ingatkan wartawan dah dapat tahu yang tunang dia tak pandai bergaya, dia malu nak mengaku kemudian putuskan tunang. Aku tak sangka, dia masih boleh terima perempuan tu walaupun wartawa dah tahu perempuan tu macam mana. Siap ada wartawan yang bela dia lagi, katanya taste dia unik," luah Fazira, sambil menahan geram.
Tasha mengeluh halus.
"Ira, kan aku dah banyak kali pesan dekat kau, lupakan Farin tu. Tapi, kau tetap nak berharap pada dia. Sekarang, kau jugak yang merana, kan?" ungkit Tasha, sayu nadanya.
"Kau cakap senanglah, Tasha. Yang menanggungnya aku tau? Kau tahu kan, betapa dalamnya cinta aku pada Farin? Selepas bertahun-tahun aku tak cintakan lelaki. Bila aku mula jatuh cinta dengan dia, aku terus serahkan jiwa dan hati aku pada dia. Aku ingatkan dia jodoh terbaik aku. Tapi aku tak sangka yang dia..." Fazira merintih sedih.
"Ira..." Tasha menghampirkan tubuhnya mendekati Fazira lalu tubuh kawan baiknya itu dipeluk erat.
"Aku tahu kau sakit. Tapi, kau dah tak ada pilihan lain, Ira. Dia dah nak kahwin minggu depan. Kau lupakan sahajalah dia, Ira."
"Entahlah, Tasha. Aku rasa macam aku nak buat dia menderita kecewa seperti yang aku rasa. Aku ingatkan aku masih ada peluang untuk raih cinta dia. Aku cuba nak berubah jadi perempuan seperti yang dia nak. Tapi, belum ada sebulan dia buang aku, tiba-tiba dia dah bertunang. Dan sekarang, dalam tempoh empat bulan, dia dah nak kahwin pulak minggu depan. Kalau dengan perempuan yang lebih cantik dari aku tak apalah juga. Ini?"
Dalam sedu sedan, sempat lagi Fazira mengeji.
"Sabarlah Ira. Tak semua yang kita nak dalam dunia ni, kita akan dapat. Kau kena kuat dan reda dengan takdir kau. Kalau kau tak mampu reda, kau pasrahkan aje apa yang berlaku ni. Selagi kau terus simpan dendam, selagi tu kau akan sakit, Ira. Aku tak nak tengok kau terus dalam keadaan macam sekarang. Selalu moody, susah nak senyum. Aku dengar dari pihak agenci, dah ada yang mengadu fasal kau, tau? Dia kata kau selalu marah-marah dekat set."
Tasha cuba menenangkan dan memberi kesedaran pada Fazira.
Fazira menjauhi kepalanya dari terus terletak di bahu Tasha. Air mata yang masih mengalir laju diseka berkali-kali.
"Aku benci perempuan tu!"
"Perempuan mana pulak ni?" tanya Tasha, hairan.
"Yang dah rampas Farin dari aku tulah."
Tasha mula disapa rasa risau. Wajah sinis Fazira ketika ini mengundang seribu satu rahsia yang sukar nak ditebak.
"Kau jangan buat perkara bukan-bukan, Ira," pesan Tasha.
Fazira hanya tersengih sinis. Satu rancangan mula terangka di kepalanya.
**********
SELESAI membeli barang kemas di Bvlgari Jewellery Suria KLCC, Saffarin telah membawa Hania ke Coffie Bean & Tea Leaf yang berada di aras dua.
Hania menghenyak punggung di atas kerusi yang ada dengan wajah geram lagi sinis.
"Eh, muka tu dah kenapa? Baru kena penampar dengan kuntilanak ke apa? Dari tadi asyik tarik muka aje," tegur Saffarin.
YOU ARE READING
Encik Suamiku Hipster
RomansaMengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. "Aku dah tak ada pilihan...