BAB 15

2.3K 45 20
                                    

SELESAI mengeringkan rambut, getah rambut di atas meja solek dicapai lalu rambutnya diikat satu di belakang. Hari ini dia sekadar mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jean sahaja.

Sebelum keluar sempat dia menyembur beberapa pam minyak wangi ke tubuhnya.

Seperti yang diduga, terhidang makanan di atas meja makan yang betul-betul berhadapan dengan biliknya. Kelibat Saffarin tidak ada di situ, pasti suaminya itu masih di dapur. Dia keresahan. Ikutkan hati dia tidak mahu makan bersama lelaki itu.

Perlahan-lahan dia jalan menjinjit bagai pencuri menuju ke arah pintu utama kondominium itu.

"Eh, awak nak ke mana tu?"

Pertanyaan itu membuatkan langkah Hania mendadak terhenti. Perlukah dia meneruskan langkah sambil buat-buat tak dengar akan pertanyaan itu? Sudahnya dia berpaling memandang Saffarin dengan sengih kerang. Pantas dia melarikan pandangan ke arah lain bila melihat Saffarin hanya bersinglet. Mujur lelaki itu memakai apron.

"Saya nak ke butik Marshalah."

"Kalau ya pun, sarapanlah dulu, saya dah siapkan ni."

Saffarin meletak pinggan berisi dua keping roti di atas meja. Satu untuk dia satu untuk isterinya.

"Emm... tak apalah, nanti saya sarapan dekat..."

"Duduklah, saya dah sediakan sarapan banyak ni? Siapa nak makan?"

"Err..."

"Awak nak saya tarik awak dan paksa awak duduk ke apa?" ugut Saffarin, terpaksa.

Terus meremang bulu roma Hania bila Saffarin mengugutnya sedemikian. Ugutannya itu bukan dengan nada marah atau garang. Sebaliknya dengan senyum lirik dan pandangan yang penuh makna. Sumpah! Dia seriau yang teramat sangat ketika ini.

"Tak apa, saya boleh duduk sendiri," pantas Hania membalas sambil menelan liur, kesat. Teragak-agak dia melangkah ke meja makan lalu duduk di atas salah satu kerusi yang ada.

Saffarin tersenyum lega.

"Nak kopi, teh, coklat panas atau....?"

"Apa-apa pun boleh."

"Okey, tunggu sekejap ya? Jangan nak lari pulak?" pinta Saffarin lalu melangkah ke dapur dengan senyuman paling ikhas di bibir.

Hania terus disapa rasa pelik dan aneh.

Kenapa dia pelik sangat ek, sejak semalam? Layan aku baik gila dah macam dia betul-betul nak kahwin dengan aku. Eee... seriau aku, bebel Hania di dalam hati.

"Sorry lambat, ni airnya."

Saffarin meletakan gelas berisi jus oren di hadapan Hania. Dan satu lagi di hadapannya.

"Tadi awak tak ada sebut pun, jus oren?"

Saffarin tersengih luas.

"Dah awak kata tak kisah air apa pun. Saya bawalah air ni. Tapi kalau awak nak air lain saya bancuhkan."

"Eh, tak apa - tak apa. Jus oren pun bolehlah."

Saffarin tersenyum lega. Apron dibuka lalu disangkut pada belakang kerusi. Punggung dilabuh di atas kerusi yang berhadapan Hania.

Terus Hania melarikan pandangannya ke arah lain bila melihat Saffarin hanya bersinglet ketat dan berseluar jean. Terserlah bentuk tubuh sasa Saffarin dengan lengan yang pejal, dada yang bidang dan six packs di perutnya. Yang membuatkan dia rasa lain macam dan tidak selesa bila dia terlihat bulu tipis yang melapisi dada Saffarin. Terus jantungnya berdetak laju.

Encik Suamiku HipsterWhere stories live. Discover now