BAB 01

2.9K 55 3
                                    

BUNYI telefon pintarnya yang memekik sejak tadi benar-benar menganggu fokus kerjanya. Terganggu kosentrasi untuk mereka koleksi terbaru untuk butiknya.

Ery, rakan baik merangkap pereka kedua yang duduk di kerusi sebelah juga terasa terganggu dengan bunyi pekikan telefon pintar itu.

"Apa kata kau silentkan telefon kau tu kalau kau berhajad tak nak jawab? Menganggu betul," saran Ery sambil jeling siling. Meluat!

Sebagai pereka fesyen kedua di butik Hairy Saffarin Couture, dia memerlukan fokus dan kosentrasi yang tinggi untuk mencurah idea bagi koleksi terbaru Hairy Saffarin Couture yang bakal dilancarkan beberapa bulan lagi.

Saffarin hanya menjeling sekilas ke arah Ery sebelum kembali menyambung kerjanya. Telefon pintarnya yang memekik sejak tadi kembali senyap untuk entah ke berapa kali!

Ery hanya mengeleng. Dia tahu siapa yang sejak tadi menghubungi kawan baiknya itu.

Senyap seketika. Masing-masing fokus pada rekaan sendiri. Selepas hampir berbulan-bulan mereka berbincang dan mencari idea baru untuk koleksi terbaru butik Hairy Saffarin Couture, akhirnya mereka bersepakat memilih konsep hipster sebagai konsep utama koleksi terbaru mereka.

Hipster adalah sebutan untuk menggambarkan anak muda yang tinggal di kota besar, berada dalam kelas ekonomi menengah dan ke atas yang tertarik dengan produk budaya yang bukan 'mainstream' seperti fashion, muzik Indie, filem Indie atau apapun asalkan lain dari yang lain.

Istilah hipster biasanya diberikan kepada orang tertentu, diantaranya mereka yang suka tampil berbeza. Baik soal berpakaian, gaya rambut atau yang lainnya. Jika pakaian atau gaya rambut yang mereka gunakan sudah popular, mereka akan mengabaikan gaya itu dan mencari gaya yang lebih baru dan belum menjadi ikutan. Itulah gaya golongan hipster jika diikutkan dari istilahnya.

Memang kelihatannya agak susah untuk membezakan golongan hipster dan golongan bukan hipster. Apa-apa pun, hipster itu hanya satu gaya hidup untuk mereka yang sukakan sesuatu atau ingin tampil lain dari yang lain.

Itulah konsep yang telah dipersetujui oleh Saffarin dan Ery. Walaupun agak sukar untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang menyerlahkan konsep hipster, mereka berdua akan cuba menghasilkan sesuatu yang nampak menarik dan bersesuaian dengan konsep yang dipilih.

Telefon pintar Saffarin memekik lagi. Ery yang sedia tertekan dengan nada dering bunyi telefon lama yang telah diharmonikan itu semakin bertambah rasa tertekannya bila dia melihat tiada tanda-tanda Saffarin mahu menjawab panggilan itu.

"Eh, kenapa kau tak jawab call tu? Dah berpuluh kali kut, telefon kau tu memekak?" tanya Ery, sudah tidak mampu menahan sabar.

Tiada jawapan dari Saffarin. Lelaki itu kelihatan masih fokus pada rekaannya. Bergema ruang kerja itu dengan bunyi telefon dari pembesar suara telefon pintar Saffarin.

"Fazira yang call, kan?" tebak Ery bila melihat Saffarin masih buat-buat endah tidak endah.

Saffarin angguk dengan wajah tanpa riak.

Keluhan halus, Ery helakan dengan memek wajah bosan. Tebakannya mengena.

Telefon pintar di atas meja itu berhenti memekik. Beberapa saat kemudian, bertimpa-timpa bunyi 'bip' menandakan ada mesej baru di aplikasi WhatsApp.

"Kau dah tak suka dia ke?" uji Ery yang sudah hilang fokus mahu meneruskan kerjanya. Berkarya memerlukan fokus yang tinggi. Jika fokus terganggu, pasti hasilnya tidak memuaskan.

"Aku dah rimas dengan dia. Dahlah bimbo, over gedik pulak tu. Aku ingatkan dia tu muka matang, perangai pun matang. Bila aku cakap aku cuba try terima dia sebagai girlfriend aku, terus terserlah perangai bimbo gedik dia. Aku rimas!"

Encik Suamiku HipsterWhere stories live. Discover now