BAB 13

1.4K 34 7
                                        

SEJAK beberapa hari ini dia agak sibuk menguruskan tentang perkahwinannya. Tiga bulan yang berlalu terasa amat sekejap. Pejam celik, pejam celik, hari pernikahan dan persandiangnya bakal berlaku sebentar lagi. Disebabkan lokasi rumah keluarganya tidak jauh dengan lokasi rumah keluarga pengantin perempuan, dia telah memilih untuk mengadakan majlis resepsi atau persandingannya di Grand Ballroom Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Dia perasan, sejak tadi Ery terus menahan gelaknya.

"Kalau kau nak gelak, tak payah nak tahan-tahan," ujar Saffarin pada Ery yang sedang membetulkan simpulan sampin songket pada pinggangnya. Selain pengapit, Ery juga yang akan menguruskan pakaiannya sepanjang hari ini.

"Macam manalah dia boleh fikir kau ni, 'sesuatu'?" tanya Ery selepas tawanya reda.

"Mungkin dia fikir, aku ni fashion designer kut? Kalau aku askar mesti dia tak fikir aku macam tu," hanya itu tanggapan yang logik di fikiran Saffarin.

"Tak kan kau tak tanya kut, kenapa dia fikir kau 'sesuatu'?"

"Malas aku nak tanya. Kang aku tanya lebih-lebih, jawapan merepek dia bagi dekat aku. Patutlah dia tak risau masa aku cakap dia kena tinggal dengan aku dekat kondo aku nanti. Rupa-rupanya selama ni dia ingat aku ni 'sesuatu'."

"So, sekarang ni dia dah tahu kau tak 'sesuatu' dia takutlah?"

"Itu aku tak tahulah. Tak ada pulak aku menanya."

Ery menghabiskan lagi sisa tawanya.

Tanjak di atas katil dicapai lalu diletak perlahan-lahan di atas kepala Saffarin.

"Tak apalah Farin, yang penting hari ni status bujang kau akan melayang. Lepas tengah hari nanti kau akan jadi suami orang. Aku jugak yang masih membujang sampai sekarang." Ery sambung berbual.

Saffarin tidak terus menjawab. Dia melangkah menuju ke hadapan cermin untuk melihat dirinya sendiri yang sudah siap memakai pakaian nikahnya yang direkanya sendiri.

Apakah dia sudah bersedia menempuhi alam rumah tangga? Soalan itu yang selalu bermain di mindanya

Tanpa sedar dia terlupa yang tanggung jawab seorang suami itu tetap perlu dilaksanakan walaupun perkahwinan ini atas dasar keterpaksaan. Selepas sah dia menikah Hania nanti, secara automatik, tanggungjawabnya akan bertambah dan dosa yang ditanggung bukan hanya dosanya sahaja.

"Apa kau menungkan tu? Kau tengah fikir-fikir nak lari ke apa?" tanya Ery sambil memakaikan dokoh pada leher Saffarin.

"Kau rasa kalau aku lari, akan selesaikan masalah ke?"

"Tak, akan menambahkan masalah lagi adalah. Bereapa ramai wartawan dekat dewan tu? Mahunya esok jadi topik muka depan surat khabar kalau kau lari."

"Tahu tak apa," Saffarin mengiakan sambil membetulkan kedudukan dokoh di dadanya.

"Kau terima ajelah perkahwinan ni, Farin. Nak atau tak nak, kau kena terima juga. Lupakan ajelah fasal model tu," pesan Ery sambil membetul-betulkan lipatan pada sampin Saffarin yang disimpul mawar di bahagian kiri perutnya.

"Eh, kau dah lupa fasal syarat aku dengan dia?" soal Farin. Tanjak di kepalanya dibetul-betulkan.

"Kau masih nak teruskan syarat-syarat tu? Kau tak rasa membazir ke? Kau dah berhabis dekat ratusan ribu untuk majlis kahwin kau ni, tapi kau..."

"Dahlah Ery, kau pun tahukan macam mana perkahwinan ni boleh berlaku? Apa yang dah aku habiskan untuk perkahwinan ni, anggaplah pengorbanan aku."

"Pengorbanan untuk apa? Atau... untuk siapa? Untuk model yang belum tentu boleh terima kau kalau kau jumpa dia tu?"

Encik Suamiku HipsterTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang