Bab 1 : Tahi Bintang

2K 110 17
                                    

Aku berada di laci bukuku di sekolah sedang mengemas buku aku untuk matapelajaran seterusnya, tiba-tiba..

" Afizie ! " kedengaran nama aku dipanggil dari belakang, lantas aku menoleh.

" Ouh Safi, ada apa ? " Aku membalas selepas melihat individu yang memanggil ku.

*Safi merupakan teman wanitaku, dia berumur 15 tahun sama denganku, dia mempunyai rambut yang panjang, berkulit putih dan mempunyai mata berwarna coklat, dia seorang yang romantis dan penyanyang*

" Afizie, tadi Safi berjumpa dengan Prof Syaidi untuk tanya bila tahi bintang kosmik akan lalu di atas dunia kita, beliau berkata dia akan lalu pada tengah malam ini ! Jom datang rumah Safi dan saksikan sama-sama ! " Safi memberitahuku sejurus dia berdiri dedepanku.

" Boleh Sayang, macam mana dengan Habib dan Anif ? Nak ajak diorang sekali tak ? " Balas aku sambil memegang buku untuk matapelajaran seterusnya.

* Anif dan Habib merupakan kawan baik aku Sejak kecil lagi, dioranglah teman sejati aku , sehidup dan semati *

" Okay je, ajaklah diorang sekali, kita jumpa dekat rumah Safi eh ! " dia berkata sambil memberikan senyuman lalu beredar.

Lonceng berbunyi aku segera masuk ke kelas.

4 Jam Kemudian

Waktu persekolahan telah tamat, aku menunggu Habib dan Anif di penghujung awan sekolah untuk beritahu diorang tentang rancangan aku dan safi pada malam ini, selepas beberapa minit aku menunggu, akhirnya mereka keluar sekolah, aku segera terbang menuju mereka.

" Habib, Anif ! " teriak aku memanggil mereka.

Mereka menoleh lalu berkata " Ouh Afizie, Ada Apa ? " mereka membalas.

" Safi dengan aku rancang nak tengok tahi bintang kosmik dekat rumah Safi malam ni, kitaorang nak korang join sekali, korang nak tak ? " tanya aku kepada diorang.

" Aku boleh je " jawab Anif.

" Aku kena tanya Ayahnda aku dulu, malam nanti aku melleri kau " jawab Habib.

" Okay , jangan lupa melleri aku malam ni tau ! " balas aku .

Aku terbang pulang ke rumah, terus menuju ke bilik aku. Aku terasa teruja sangat untuk malam ni, aku segera mandi dan makan, aku memberitau ibunda dan ayahnda aku tentang perancangan tentang malam ni dan mereka bersetuju.

Aku membuka melleri aku dan melihat terdapat satu pesanan dari Habib, aku membuka dan mambacanya.

" Afizie , Aku tanya ayahnda aku tentang malam ni, nampaknya dia bersetuju, kita berjumpa di rumah Safi ye "

Malam Menjelma

Malam telah pun tiba, aku memberitahu ayahnda dan ibunda aku untuk keluar dan terus terbang menuju ke rumah Safi. Setibanya aku di rumah Safi kelihatan Anif, Habib dan Safi sedang baring sambil melihat bintang di langit, aku segera ikut turut serta.

" Afizie dah sampai " sapa Anif.

" Sayang kenapa lewat ? " tanya Safi.

" Maaflah tad-" Kata-kata ku terhenti kerana disampuk oleh Habib.

" Tu ! Lihat tahi bintang kosmek " Habib berkata sambil menunding jari ke arah tahi bintang itu.

" Haih ? Tampaknnya dia bukan kelihatan seperti lalu sahaja di dunia kita, tapi-" kata-kata Anif disampuk oleh kami.

" TERHEMPAS ? " sambung kami.

" Jom cepat ! kita boleh pergi ke tempat dia hendak mendarat ! " kata Safi

Kami semua segera terbang menuju ke tempat ia hendak mendarat. Setibanya kami di situ, tahi bintang kosmek hanya beberapa jarak sahaja dari kami. Tahi bintang itu tidak begitu besar, hanya sebesar kereta sahaja, dia kelihatan berwarna warni diselaputi warna merah, hijau, biru dan putih.

Sekedip sahaja aku mengedipkan mata aku, aku membuka lalu melihat tahi bintang itu sudah ada di depan kami, tidak sempat mengelak..... (Bersambung)

*Penulis*
Nantikan sambungannya. :)

Read , Vote , Comment , Share ! =D

Melleri = Laman Web Perbualan Di Dunia              Sakti

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now