Bab 17 : Penamat

1.2K 71 15
                                    

Gnusmas itu terus menerus membesar sehingga saiznya melebihi bagunan istana itu, pembesarannya itu menghancurkan separuh daripada bagunan istana. Pertarungan diluar istana terhenti sebaik sahaja mereka melihat gnusmas itu membesar dan memecahkan separuh daripada bagunan istana.

Mereka semua berlari jauh dari situ. Kami di dalam istana pun segera keluar dari istana untuk menggelak dari terkena runtuhan, kami membawa Safi keluar bersama kami sekali. Kami berjaya keluar dari istana dengan selamat, lantas disapa oleh Harith.

" Kalau kerabat diraja boleh menggunakan chi mereka sebegitu pasti Ratu Pavi juga mampu membuat begitu ! " cadang Harith kepada kami.

Kami segera mencari Ratu Pavi dan menjumpainya yang sedang berlindung di bawah kubah ais bersama Alissa dan beberapa orang tentera air.

" RATU PAVI ! " teriak kami semua dari jauh sambil berlari ke arahnya.

" Abang ! " jerit Alissa kepada Harith lantas memeluknya sebaik sahaja kami tiba.

" Ratu Pavi ! Ratu pasti tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni dan pasti Ratu Pavi tahu apa yang hendak dilakukan " kata Anif dengan nada lelah kerana berlari tadi.

" Ye saya tahu, tapi saya tidak mampu menggunakan kuasa saya untuk itu sebab saya telah memberikan separuh daripada chi keturunan Diraja Puak Air saya kepada Afizie. Kalau Pahlawan The Suit bersatu, awak semua mampu menggunakan chi awak semua untuk membagunkan sesuatu seperti gnusmas tetapi ia dipanggil enophi, roh chi gabungan Pahlawan The Suit, sekarang segeralah bertapa untuk menyatukan chi awak semua." kata Ratu Pavi dengan tenang walaupun keadaan sedang dalam huru hara.

" Tapi, ma-macam mana dengan Safi ? " tanya Habib kerisauan.

" Mmm, jangan risau, Afizie mampu untuk mengeluarkan racun dari dalam badan Safi" kata Ratu Pavi sambil senyum memberikan semangat.

" Sa-saya boleh ?" kata aku.

" Ye, awak boleh, percayalah pada diri awak " kata Ratu Pavi memberikan semangat kepada aku dengan lebih lagi.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, aku menghalakan tangan aku ke badan Safi, aku cuba untuk merasakan racun itu, aku terus fokus, sehinggalah aku merasakan satu cecair asing yang berada di dalam saluran darah Safi.

Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus mengandaikan bahawa itu adalah racun itu, aku terus segera cuba membawa racun itu keluar. Seketika kemudian, Gnusmas datang menuju ke arah kami, manakala aku masih belum menyembuhkan Safi lagi.

" Tak apa, jangan risau " kata Habib selepas melihat kedatangan gnusmas ke arah kami.

Habib memejamkan matanya, lalu mengangkat tangannya, lantas menutupkan tanah ke atas kami, dan menurunkan kami ke dalam tanah. Gnusmas itu datang ke kami, dan menghentak-hentak kakinya di tanah di mana betul-betul di atas kedudukan kami.

Tanah bergoyang-goyang, namun aku tetap fokus mengeluarkan racun dari badan Safi, selepas beberapa minit, aku berjaya mengeluarkan racun dari badan Safi, dia tersedak mengeluarkan racun itu dan tersedar.

" A-apa aku dah buat ? aku dah belot korang semua ... " kata Safi sebaik sahaja dia tersedar dengan reaksi muka bersalah.

" Itu bukan salah kamu Safi, racun tu yang menjadikan kamu seperti itu, sekarang kita ada perkara yang lebih penting, semua diam dan hanya mendengar arahan saya. duduk bersila dan membentuk bulatan dambil memegang tangan satu sama lain. " kata Ratu Pavi lantas diiyakan sahaja oleh kami.

Kami lakukan sepertimana yang disuruh, manakala mulut Ratu Pavi berkumat kamit membacakan ayat untuk menyatukan chi kami. Secara tiba-ii, mata kami bercahaya dengan begitu terang sekali, aura-aura chi kami berempat keluar dari badan kami, dan bergabung.

Kami semakin lama semakin membentuk chi kami menjadi bentuk manusia, lantas chi kami terus membesar dan membesar memecahkan tanah di atas kami. Akhirnya kami sebesar gnusmas Ratu Nad.

Transformasi kami kepada enophi telah pun selesai. Sekarang adalah waktu untuk beraksi, Ratu Pavi dan askar-askar yang lain berserta, Alissa, Harith dan Adilya bereedar dari kawasan istana, meninggalkan enophi dan gnusmas berdua sahaja.

Kini, enophi dan gnusmas sedang berdepan muka bertemu muka. Tanpa kata-kata gnusmas menyerang kami, dia menghalakan tapak tangannya ke arah kami dan menembakkan cecair api, kami cuba menggelak dengan membuat bulatan ais gergasi di depan kami sebagai perlindungan.

Cecair api gnusmas itu sungguh kuat, perlindung kami tidak mampu bertaham dengan lebih lama lagi.

" Menyerah sahaja enophi ! kau tak setanding dengan aku, aku akan menguasai Dunia Alionik, seterusnya seluruh alam semesta, hahahahaha" teriak gnusmas itu lantas disambung dengan ketawa yang begitu menjengkelkan.

" Aku tidak akan mengalah" kata-kata kami semua yang dilafazkan oleh enophi.

Enophi mengangkat tangan kirinya ke atas lantas diikuti dengan air yang mengikut pergerakkan tanggannya. Kami cuba untuk membekukan seluruh badan Gnusmas, air itu mengalir naik ke atas badan gnusmas itu dan mula membeku.

Ais kini telah menutup kedua belah kakinya. Gnusmas cuba memberhentikan prilaku kami, dia menghembuskan nafas api yang begitu panas ke arah enophi, kami menggelak terbang ke atas, dalam kami menggelak, ais yang kami bina itu terhenti.

" Hahahaha, kau ingat dengan membekukan aku, boleh memberhentikan aku ? " kata Gnusmas itu dengan bongkaknya.

Dengan mudah sahaja dia mencairkkan ais di kakinya itu. Dia menembak enophi dengan bebola api dalam kadar yang banyak. Kami cuba menggelak, kami terbang setinggi yang mampu untuk mengelak serangannya.

Secara mengejutkan, Gnusmas itu juga boleh terbang seperti kami.

" Mana kau ingat kau boleh lari ? " kata gnusmas itu sambil merautkan senyuman sinis.

Gnusmas itu menggomolkan kedua tapak tangannya, dan kelihatan bebola api yang kecil berada di antara kedua tapak tangannya. Bebola api itu semakin membesar sehingga menghasilkan naga api, lantas naga api itu terbang menghala ke arah enophi.

Kami cuba menepis tetapi kami terlambat, naga itu melanggar dan terus melanggar tubuh enophi,kami diserang sehingga kami berempat menjadi begitu lemah dan enophi rebah jatuh ke daratan.

Lekuk besar terhasil di tanah kesan daripada enophi yang terjatuh rebah dari langit. Kami berempat pengsan akibat kejatuhan itu lalu chi enophi kami mula menghilang dan hanya tinggal kami berempat yang sedang dalam kesakitan berhadapan dengan gnusmas Ratu Nad.

" Sekarang korang semua dah kalah ! Inikah pahlawan the suit ? heh, Siap sedialah dunia ! kerana korang semua akan menghadap Raja yang baru, Hahahaha ! " kata Gnusmas itu apabila melihat kami rebah pengsan di tanah.

Gnusmas itu menuju ke arah kami dan cuba untuk memijak kami, kaki gergasinya benar-benar di atas kami, aku tefikir sejenak di dalam hati, mungkin inilah penamatnya untuk riwayat hidup aku... (bersambung)

*Penulis*
#Comeback Busy Bersekolah. Sambungan Bab. Apa Agaknya Yang Bakal Terjadi Kepada Afizie Dan Lain-lain ? Mati Dilenyek ? Nantikan Di Bab Seterusnya.

READ, VOTE, COMMENT, SHARE =D


The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now