Bab 15 : Peperangan

925 61 3
                                    

Tampaknya, peperangan akan tercetus, pelbagai kemungkinan mampu berlaku. Kata aku di dalam hati dengan keadaan gentar dan gelisah.

Semua askar-askar dari Puak Angin, Tanah, dan Air telah bersiap sedia untuk pertarungan, mereka siap memakai pakaian berperang yang rapi dan kemas. Mereka berkumpul di kawasan Puak Air.

Puak Tanah memiliki askar yang berjumlah hampir tiga ribu orang, manakala Puak Angin lima ribu orang dan Puak Air 18 ribu orang. Kebanyakkan rakyat Puak Angin dan Puak Tanah telah ditangkap oleh Puak Api. Rakyat Dunia Alionik dari Puak Air, Tanah dan Angin yang berumur 24 tahun ke bawah tidak dibawa berperang.

Di Bilik Perbincangan Diraja Puak Air

" Korang ! berkumpul rapat dengan aku " panggil aku kepada rakan-rakanku.

" Ada apa ? " kata Habib sambil berjalan menuju kepada aku disertai dengan Anif.

" Kita akan mendahului peperangan nanti, lebih baik kita hantarkan surat kepada ibunda dan ayahnda, kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan " kata aku kepada mereka berdua dengan nada yang perlahan.

Lantas, aku, Anif dan Habib mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dan menulis surat untuk ibunda dan ayahnda kami.

Aku menulis surat dengan kata-kata yang datang dari hati. " Ibunda, Ayahnda maafkan anaknda jika selama ini anaknda ada menyusahkan ayahnda dan ibunda. Anaknda sekarang sedang menetap di Dunia Alionik. Anaknda selamat di sini, usahlah ibunda dan ayahnda risau, anaknda dan rakan-rakan anaknda perlu mendahului peperangan, kami Pahlawan The Suit seperti dalam ramalan kerajaan Puak Air di sini, anaknda perlu menjalankan tanggungjawab anaknda disini. Sekali lagi anaknda ingin meminta maaf, anaknda sayangkan ibunda dan ayahnda, doakan yang terbaik untuk anaknda. Terima kasih kerana ibunda dan ayahnda telah menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknda. "

Aku menyiapkan surat aku dan memasukkannya ke dalam sampul surat lantas diikuti oleh Habib dan Anif. Kami menyerahkan surat itu kepada penghantar diraja untuk dihantarkan kepada ibunda dan ayahnda kami di Dunia Sakti.

" Saya dah bahagikan kepada tiga koloni, Afizie awak ketuai koloni pertama, Habib ketuai koloni kedua dan Anif ketuai koloni ketiga " Celah Ratu Pavi selepas kami menyerahkan surat kepada penghantar diraja.

" Baiklah ! " jawab kami bertiga dengan penuh semangat namun gentar sedikit.

Kami semua menuju ke kawasan lapangan di mana kesemua askar berkumpul dan mereka sudah siap berdiri mengikut formasi yang telah ditetapkan.

" Baiklah ! Mari kita ketuk pintu Istana Puak Api, apa yang penting di sini adalah ! kita perlu sentiasa melindungi Pahlawan The Suit kita ! MARI KITA BERGERAK DAN MEMBAWA KEMAJUAN UNTUK DUNIA ALIONIK ! " Kata-kata yang dilontarkan oleh Ratu Pavi dengan nada yang bersemangat kepada askar-askar sekalian.

Kami semua sudah bersiap sedia untuk bergerak. Secara tiba-tiba Adilya datang berlari menuju ke arah Anif.

" Anif, tolong berhati-hati, jangan tinggalkan saya yea " kata Adilya lalu mencium Anif.

" BAIKLAH ! KITA AKAN BERTOLAK ! " jerit aku dengan nada yang lantang.

Adilya kembali ke posisinya sebaik sahaja diberi arahan oleh aku untuk bergerak. Kami berpecah mengikut formasi masing-masing mengikut rancangan di mana koloni satu akan menyerang Puak Api di sebelah barat dan koloni kedua menyerang di sebelah timur dan koloni ketiga di belah selatan.

Kami semua berarak menuju ke kerajaan Puak Api. Berbatu-batu jauhnya kami berjalan menuju ke Puak Api, akhirnya sudah tiba. Kami merancang untuk menyerang hendap. Puak Tanah menghancurkan tanah kepada debu dan Puak Angin meniupkannya supaya menjadi ribut pasir dan menghalang pandangan Puak Api dari kami.

Kami memasukki ke dalam kerajaan Puak Api. Sebaik sahaja kami memasuki ke kawasan Puak Api, kelihatan dari jauh askar-askar Puak Api telah pun bersiap sedia dalam posisi mereka untuk kedatangan kami.

" Tak Guna ! Mesti Puak Api telah menghantar spynya untuk memerhatikan pergerakkan kita, mereka tahu kita bakal menyerang mereka ! " kata Ratu Pavi dengan nada yang marah.

" Mari Kita Serang ! " jerit Habib dengan memberanikan diri mendahului serangan itu.

Puak Api memembak api ke arah koloni dua. Puak Air dari koloni dua segera menghalang dengan dinding ais. Keadaan mula tidak terkawal. Jumlah Puak Api melebihi jumlah kami. Semua koloni kini mula menyerang. Keadaan begitu huru hara. Namun kami tetap menyerang dan bergerak dan semakin hampir ke Istana Puak Api.

Kelihatan seperti kami semakin banyak kekurangan askar, aku segera berlari menuju ke Ratu Pavi.

" Keadaan tak terkawal ! Tampaknya mereka mula kelihatan seperti akan memenangi peperangan ini ! Perlu kita berundur ? " kata aku kepada Ratu Pavi dengan nada yang begitu panik sekali.

" Tidak, kita perlu berlawan sehingga semuanya tamat " kata Ratu Pavi dengan pasrah.

Kami tetap bertarung, kelihatan api, tanah, angin, air semua dilontar di sana sini, askar kami semakin lama semakin berkurangan, untuk memenagi peperangan ini kami perlu menghilangkan kuasa Ratu Nad The Firelord, tapi kelihatan mustahil untuk menembusi askar-askar Puak Api yang melindungi Istana dengan jumlah kami semakin berkurangan.

Tiba-tiba kelihatan di langit sebuah kapal Angkasa besar muncul di atas kami.

" I-itu ! Kapal angkasa Dunia Sakti ?! " kata aku sambil menunding jari ke arah kapal angkasa tersebut.

Kapal angkasa itu membawa askar-askar dari Dunia Sakti, askar-askar itu terbang menuruni kapal angkasa itu dan mula bertarung untuk pihak kami. Tiba-tiba seseorang terbang menuju ke arah, rupanya ayahndaku.

" Ayahnda datang sedia membantu, sebaik sahaja ayahnda mendapat surat dari anaknda, ayahnda terus berjumpa dengan Raja Dunia Sakti untuk meminta bantuan dari segi askar. Sekarang ! Mari kita tamatkan peperangan ini " kata Ayahndaku lantas menurut serta dalam pertarungan. Aku tersenyum terharu atas bantuan Ayahnda ku.
Kini kami semakin mula untuk membangkit, pintu Istana Puak Api kini telah berjaya kami buka. Lantas aku segera memanggil Anif, Habib, Adilya dan Harith.

" Kita kena cari Ratu Nad di dalam dan hilangkan kuasanya " kata aku kepada mereka lantas terus berlari menuju ke dalam istana diikuti Adilya, Anif, Harith dan Habib.

Kami memasuki ke dalam istana Puak Api sementara peperangan masih lagi berlaku di luar istana. Kami berlari dan berlari mencari Ratu Nad. Akhirnya kami terjumpa Ratu Nad bersama Putera Aiman dan Safi di pusat Latihan Puak Api.

" Tengoklah siapa yang dah jumpa kita " kata Ratu Pavi sambil menaikkan sebelah keningnya dan menggunakan nada sinis.

" Berhenti berborak ! Mari tamatkan semua ni ! " teriak Adilya kepada mereka.

(Bersambung)

*Penulis*

Peperangan Dah Bermula Siapa Yang Akan Menang ? Nantikan Di Bab Seterusnya.

Maaf sebab bab ni tak berapa detail penceritaannya.

READ, VOTE, COMMENT, SHARE :'D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now