Bab 2 : Penyerapan Kuasa

1.5K 126 7
                                    

Kami tidak sempat mengelak dari tahi bintang kosmik itu, ia terus menghempas kami, sebaik sahaja ia menyentuh kulit kami, jirim ia berubah dari pepejal menjadi gas. Gas-gas itu berbahagi warna dan setiap dari kami terkena warna gas yang berbeza.

Aku terkena gas yang berwarna biru, manakala Habib terkena gas berwarna hijau, Safi gas berwarna merah dan Anif terkena gas berwarna putih.

" korang tak apa-apa ke ? " Safi bertanya tanpa mengetahui ada api di penghujung rambutnya.

" S-Saf-Safi rambut k-kau ada a-api " kata Habib dengan gagap.

" Haa ?! tolong padamkan ! tolong ! " teriak Safi ketakutan.

Dengan secara paniknyaa, aku menggerakkan tangan aku ke arah rambut Safi dan tiba-tiba air terkeluar dari tangan aku dan terpancut mengala ke rambut Safi sehingga api di rambutnya terpadam. Kami semua tergamam seketika, kami melihat muka antara satu sama lain dan mengerutkan dahi menandakan kehairanan.

" A-apa dah jadi ni ? " tanya Anif.

" Aku ada k-kaji tentang tahi bintang kosmik, tahi b-bintang kosmik membawa empat el-element bersamanya, t-tapi a-aku tak sangka cerita tu b-betul " kata Safi dengan gagapnya.

" J-jadi s-setiap dari kita ni ada k-kuasa b-baru dan kita belum lagi berumur 18 tahun ?! " Kata aku dengan perasaan teruja.

" Jadi kalau Afizie dapat kuasa air, Safi api , aku dan Habib kuasa apa ? " kata Anip dengan perasaan ingin tahu.

Anip melepaskan lelah, udara hembusan dari mulutnya mengeluarkan angin yang tersangat-sangat kuat sehingga menolak kami kebelakang tak tertahan. Habib digerakkan ke belakang oleh angin hembusan Anif dan dia melangkahkan kakinya kebelakang, setiap langkah kakinya yang dijejakkan ke tanah membuatkan tanah di sekeliling kakinya timbul. Oleh prilaku itu membuatkan semua orang sedar.

" KUASA ANIP DAN HABIB ADALAH ANGIN DAN TANAH ! " kata aku dan Safi.

" Tampaknnya kita ada kuasa luar biasa yang baru dan hebat ! " kata Anif dengan megahnya.

" Tapi, kita kena ingat, ini cuma rahsia antara kita, orang lain tak boleh tahu pasal ni, diorang mesti tidak akan bersetuju jika mengetahui hanya kita sahaja yang mempunyai kuasa baru dan kita masih lagi belum berumur 18 tahun ! " kata aku dengan muka yang tegas.

"Baiklah" Kata persetujuan dari yang lain.

" Nampaknya kita kena belajar mengawal kuasa kita ni memandangkan ni merupakan kuasa baru di dunia ni, tapi kita kena berlatih di lain hari, hari dah semakin gelap, ayahnda dan ibunda mesti risau nanti " kata Safi kepada kami.

" Betul Tu ! Kita jumpa esok ye semua ! " kata kami.

Kami semua terbang ke rumah masing-masing.

*Aku terasa begitu teruja dengan kuasa baru aku ni*

Aku mempraktikan kuasa aku di rumah secara senyap di bilik aku, aku mengambil segelas air dan letakkan dihadapanku dan cuba membuat bebola air dengan menggunakan air di dalam cawan , dan aku dapati susah untuk aku mengawal kuasa aku ini. Aku berhenti dan terus masuk tidur.

keesokkan paginya
(Di sekolah SMK Kerajaan Awan)

" Korang ! " Safi menyapa.

" Aku dah baca buku sejarah tentang tahi bintang kosmik, nampaknnya, di Dunia Alionik seluruh rakyat di dunia itu mempunyai kuasa untuk mengawal element air, tanah , api dan udara dan element itu merupakan kuasa asas di dunia itu " penjelasan dari Safi.

" Ha ! Kita boleh berlatih kuasa kita di sana dengan mencari guru di sana, memandangkan esok dah bermula cuti akhir tahun dunia kita, kita boleh berangkat ke sana esok ! " cadangan yang dilontarkan oleh Habib.

" Bagus juga cadangan Habib tu " Aku membalas dengan meraut senyuman diwajah.

*lonceng berbunyi*

" Aku kena masuk kelas dah ni, kita jumpa habis sekolah nanti ye, bye " Kata Safi dan berlalu pergi.

.......(Bersambung)


*Penulis*
Jangan lupa untuk vote , komen dan share cerita ni ! =D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now