Bab 14 : Perbincangan

919 66 3
                                    

" Baik korang lepaskan kami, sebelum korang tercedera " kata aku kepada askar-askar Puak Api untuk cuba melepaskan diri tanpa berlawan.

" Korang fikir korang siapa nak cederakan kitaorang ha ? " kata salah satu askar Puak Api tu.

" Kitaoranglah Pahlawan The SUIT ! Enam lawan dua puluh dua ? Mmm, cukup adil rasanya memandangkan kami ni Pahlawan Lagenda " gertak aku kepada askar-askar Puak Api itu.

" Mmm, Pahlawan The Suit haa ? Ratu Nad mesti suka dengan apa yang kita bawa balik nanti ! SERANG ! " Teriak askar Puak Api itu lalu mula menyerang.

Mereka mengepung kami dengan membuat bulatan sekeliling kami dan kami berada di tengah-tengah. Mereka masing-masing menggerakkan tangan mereka, memusingkannya lantas api pun keluar disekeliling tangan mereka. Mereka memfokuskan tangan mereka pada kedudukan kami dan mereka melepaskan api di tangan mereka itu kepada kami.

Dengan segera aku cuba untuk menepis, aku menggerakkan tangan aku ke atas, air berdiri dan aku membekukan air tersebut untuk membentuk dinding yang pejal, namun tak cukup besar untuk melindungi kita semua, Habib turut membuat dinding diperbuat daripada batu melindungi kita semua. Kini kami tertutup dengan dinding batu dan ais keadaan menjadi gelap dan muram. Kami berbincang untuk melepaskan diri.

" Dengan siapa untuk aku nak tipu, kita takkan dapat kalahkan diorang, kita perlukan plan untuk lepaskan diri " kata aku dengan nada cemas dan perlahan.

Dinding batu dan ais berdentum-dentum dihempas api tembakan askar-askar Puak Api.

" Apa-apa yang kita nak buat, kita kena buat dengan cepat ! dinding ni takkan bertahan lama " kata Adilya dalam ketakutan.

" Apakata, daripada kita melepaskan diri dengan terbang, kita lakukan sebalikn- " Kata-kata Harith disampuk Habib.

" Kita bergerak melalui bawah tanah ! " sampuk Habib atas penjelasan Harith.

" Hmm, yeaa, menyampuk blabla je " kata Harith dengan begitu perlahan.

" Kalau begitu kita ikut rancangan itu " kata aku.

" Kita kena berdiri rapat-rapat sebab keadaan akan jadi sedikit sempit, Alissa, Habib ikut pergerakkan aku ni " kata Harith dengan tenang.

Kami bergerak rapat, Harith membuat pergerakkannya, lantas diikuti oleh Alissa dan Habib, mereka kedepankan kaki kanan mereka ke depan, menunduk kan badan sedikit, mengangkat tangan mereka ke aras bahu, lalu menggerakkan kaki kirinya dan kedua tanggannya dari kiri ke kanan. Lalu mereka menarik nafas dengan dalam dan kemudian tanah di sekeliling kami meretak membentuk bulatan, lantas tanah yang kami menjejakkan kaki semakin menurun.

Keadaan semakin lama semakin gelap, kami semakin jauh kedalam tanah, disekeliling kami teramatlah sempit, seolah-olah kami sedang berada di dalam tiub yang disumbatkkan ke dalam tanah. Kemudian , mereka bertiga mengubah arah pergerakkan badan mereka, dari bergerak ke bawah, kini kami bergerak ke hadapan.

" Korang tahu tak arah tuju kita kemana ni ? " tanya Anip meragukan apa yang dilakukan oleh Harith, Habib dan Alissa.

" Jangan risau, earth benders ada speciality untuk melihat keadaan sekeliling melalui pergerakkan " jawab Habib atas pertanyaan Anif.

" Ouhh " jawab Anif sambil membuat muka yang menunjukkan yang dia faham.

Beberapa minit kemudian.

" Harith aku rasa kita dah jauh dari askar-askar Puak Api tadi, kita kembali ke permukaan dan menyambung perjalanan kita dengan terbang, pergerakkan kita perlahan di bawah tanah ni " kata aku kepada Harith meminta untuk kembali ke permukaan.

" Hmm baiklah " jawab Harith.

Harith merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, lantas Alissa dan Habib pun turut meniru pergerakkan Harith. Harith menarik nafas lantas mengedipkan matanya, Alissa dan Habib pun melakukan perkara yang sama, lantas mata mereka bertiga bercahaya di dalam gelap. Kemudian Harith mengangkat tanggannya ke atas dan membukannya, Alissa dan Habib sekali lagi melakukan perkara yang sama dan kemudiannya kami bergerak ke atas, kali ini kami bergerak dengan begitu pantas, sehinggakan aku, Adilya dan Anif terduduk akibat kelajuan itu.

Hanya beberapa saat sahaja kami tiba di permukaan, kami melihat di sekeliling dan kami baru sahaja keluar dari kawasan Puak Angin. Kami saling memimpin tangan, aku paling hujung belah kanan, disebelah aku Harith, disebelah Harith Habib, disebelah Habib Alissa , kemudian Anif dan Adilya, Kedudukan kami memudahkan kami untuk terbang bersama. Kami terbang bersama-sama menuju ke istana Puak Air di utara. Hari mula semakin malam.

Beberapa jam kemudian.

Akhirnya kami tiba di istana Puak Air. Hari sudah malam, tapi kami tetap terus pergi berjumpa dengan Ratu Pavi. Kami pergi ke ruang singgahsana Ratu Pavi.

" Ratu, kita harus pergi ke bilik perbincangan sekarang juga ! " kata aku kepada Ratu Pavi sambil kami menunduk hormat kepadanya.

Kami dan Ratu Pavi menuju ke bilik perbincangan dengan segera.

Bilik Perbincangan.

Sebaik sahaja kami tiba di bilik perbincangan diraja, kami duduk.

" Jadi dimana rakan kamu si Puak Api ? " tanya Ratu Pavi.

" Nampaknya, dia seolah-olah telah berpihak kepada Puak Api " jawab aku dengan nada yang muram dan sedih.

" Hm ! Puak Api mesti telah mercuni dia dan memanipulasikan dia, Puak Api dah ada salah seorang Pahlawan The Suit ! " kata Ratu Pavi dengan nada tegas dan marah.

" Puak Api telah menguasai separuh dari kawasan Puak Angin, Kawasan Puak Tanah pula dah lama ditawan oleh Puak Api, kita harua bertindak sekarang ! sebelum terlambat ! " kata Adilya dengan nada marah.

" Kalau begitu, saya dah tiada pilihan lain, selain dari mengistyihararkan Perang ! " kata Ratu Pavi dengan nada tegas namun muram.

(BERSAMBUNG)

*Penulis*
Nampaknya dah hampir tiba di penghujungnya, mampukah Puak Api di kalahkan dengan seorang Pahlawan The Suit ditangan mereka ? . Nantikan di bab seterusnya.

READ, VOTE, COMMENT AND SHARE =')

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now