Bab 8 : Tanah

1K 80 8
                                    

Habib beredar dari kawasan Puak Angin sebaik sahaja Afizie memberi arahan untuk beredar, Habib terus menuju ke arah barat untuk mencari kawasan Puak Tanah, sewaktu dalam perjalanan mengala ke arah barat, sekumpulan askar Puak Api menghalang laluan Habib.

" Hey ! Kau nak kemana ha ? " tanya salah seorang askar Puak Api itu.

" Aku hendak mencari Puak Tanah, jangan menghalang jalan aku " jawab Habib dengan nada berani.

" Budak ni berlagak ni ! " kata salah seorang Puak Api Itu " Apakata kalau kita bagi sikit pelajaran kat budak ni biar dia tahu siapa Puak Api yang sebenarnya " sambung monolognya lagi.

Salah seorang dari askar itu menggerakkan sebelah kakinya ke belakang, dan menolak kedua-dua tapak tangannya kehadapan dan mengeluarkan api melalui tapak tangannya. Habib yang masih belum tahu membendingkan kuasanya itu tidak mampu mempertahankan diri, dia hanya mampu mengelak dari serangan itu.

Dia terbang ke kiri megelak serangan itu. Kemudian askar yang lain pula membuka serangan. Mereka menyerang Habib secara terus menerus namun Habib mampu mengelak, tetapi dia semakin kepenatan. Secara tiba-tiba ada satu serangan yang dilancarkan dari belakang Habib, Habib tidak perasan akan serangan itu, dia terkena serangan itu lalu dia rebah terjatuh ke tanah.

" Hah ! Dah tak mampu nak mengelak ke ? "  kata salah seorang askar itu sambil ketawa.

" kau pengecut ! tengok la dengan siapa kau berlawan ! aku cuma remaja , dan aku berseorangan ! "  teriak Habib yang dalam kesakitan kepada askar-askar Puak Api itu.

" Kau nampak muka ni ? ada macam kesah ke ? "  kata salah seorang askar tu dengan nada sinis.

Habib hanya mampu membuat muka marah, namun tidak mampu menyerang.

" Dah kita habiskan je dia ni ! "  kata askar itu kepada rakan-rakannya.

Mereka semua membuat gerakkan yang selari dan serentak , mereka semua bersedia untuk melepaskan api melalui tangan mereka untuk membunuh Habib. Mereka melebarkan keluasan kaki mereka , dan mengerakkan tangan mereka membuat satu bulatan secara serentak dan kemudian menghalakan tangan mereka ke arah Habib.

Mereka menghasilkan api melalui gerakkan itu dan tembakan api mereka berfokuskan ke arah Habib. Habib tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya mampu berserah sahaja, lontaran api itu semakin hampir mengena Habib, Habib memejamkan matanya. Sebaik sahaja lontaran api tu hendak mengena Habib, secara tiba-tiba tanah di sekeliling Habib menaik dan membentuk dinding lantas menepis api serangan askar Puak Api itu, lalu mucul dua orang remaja, seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka merupakan Puak Tanah.

" Lepaskan remaja itu Fire benders ! " teriak remaja perempuan Puak Tanah itu.

" HAHAHAHAHAH ! CUMA BUDAK-BUDAK ? " gelak askar-askar itu mempersendakan remaja Puak Tanah itu.

" Adik pergi mintak bantuan, biar abang pergi tolong dia " kata perlahan oleh Earth Bender itu.

Remaja perempuan itu meninggalkan remaja lelaki itu untuk meminta bantuan, manakala remaja lelaki itu pula cuba membantu Habib untuk melepaskan diri.

" HAHAHAH ! KAU NAK TUNJUK HEBAT YE ?! AMBIL NI ! "  teriakan dari askar fire benders lalu menggerakkan badannya untuk menyerang.

Askar fire benders tersebut menggunakan chi dalamannya untuk membuat serangan, dia menundukkan kepalanya , lalu merapatkan kedua belah tapak tangannya, lalu matanya berubah menjadi putih kecahayaan, dia membuat bukaan sedikit demi sedikit di antara kedua belah tapak tangannya dan menghasilkan bebola api di antara kedua belah tapak tangannya, bebola api itu membesar mengikut bukaan tangannya.

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now