Bab 18 : Bab terakhir

840 69 0
                                    

Gnusmas itu betul-betul menghampiri kami berempat. Dengan keadaan separuh sedar Habib membuka mata dan melihat tapak kaki Gnusmas itu betul-betul sedang menghampiri kami. Tanpa berfikir panjang, Habib membawa kami ke bawah tanah.

Gnusmas itu memijakkan kakinya ke tanah, dan mengangkatkan kakinya kembali, terlihat ketiadaan kami di bawah kakinya, dia terus menyangkakan kami telah dihapuskan.

" Muahahaha, the suit penyelamat Dunia Alionik ? Ramalan purba mengarut ! Diorang semua dah mati ! Muahaha ! Sekarang ni dunia ni aku yang punya ! Hahaha " kata Gnusmas menyangkakan kemenangan telah menjadi miliknya.

Kami yang sebenarnya terselamat di bawah tanah baru tersedar dari keadaan pengsan.

"Korang ! Bagun ! Gnusmas nak menyerang rakyat-rakyat yang lain " kata Habib yang cuba meyegarkan kami yang sedang baru nak terjaga.

" Kita tak ada harapan lagi dah, dia terlampau kuat " Kata Anif dengan nada yang pasrah.

" korang, aku rasa aku tahu nak buat apa, masa aku baca ramalan purba tu, dekat bawahnya ada tertulis.."

" Gergasi jahat tiada kelemahan, dicederakan tiada cela, hanya satu sahaja cara, kuncikan selama-lamanya "

" Aku rasa maksudnya tu kita kena kurung dia dalam kurungan 'Tree Of Life' kurungan untuk selama-lamanya." Penjelasan Safi kepada kami.

" Habib cepat bawa kita ke atas semula " arah aku kepada Habib lantas disahut dengan anggukan kepala.

Habib membawa kami semua kembali ke permukaan. Kelihatan Gnusmas sedang menyerang rakyat-rakyat yang lain, askar-askar sedang cuba menyerang Gnusmas sedaya upaya.

" Cepat, kita tak boleh buang masa " Kata aku dengan nada yang tegas.

Lantas kami semua duduk dalam bulatan, aku letakkan ais krystal berbentuk kubah menutupi kami semua. Kami semua berpegang tangan satu sama lain dalam satu bulatan, bertukar kepada bentuk chi dalaman dimana mata kami semua bercahaya.

Lantas Safi membaca " Tree of Life com hep as, gow yow sef , gow yow pison, sow wi ken kaptur de Gnusmas " sedanh Safi membaca tanah ditengah bulatan kami bercahaya.

Sebuah pokok menumbuh dari kecil semakin lama menunbuh menjadi besar di tengah bulatan kami.

" Tree of life dah siap berjaya, sekarang kita kena kumpul chi dan menghasilkan Naga element masing-masing " Kata Safi.

Kami semua mengumpulkan tenaga chi kami, tiba-tiba kubah ais krystal di hentak-hentak dan menjadi retak, aku tersedar dari keadaan chi aku dan melihat Gnusmas cuba memecahkan kubah Ais itu.

" Korang teruskan dengan pengumpulan chi korang biar aku uruskan Gnusmas ni " Kata aku yang cuba menghalang Gnusmas.
Sementara yang lain sedang memgumpulkan chi, aku cuba sedaya upaya membentuk semula kubah ais yang asik cuba dipecahkan oleh Gnusmas tu.

" Aku ingat korang dah mati ! Biar aku bunuh korang kali ni ! Kau ingat ais ni boleh bertahan lama ke ah ! " teriak Gnusmas dalam keadaan marah.

" Memang tak lama pun " kata Habib.

Lantas naga tanah yang dikawal Habib memecahkan Kubah ais lantas menyerang Gnusmas, diikuti dengan Naga Api dan Naga Angin .

" Afizie cepat kumpulkan chi sementara kitaorang melengahkan dia " kata Anif lantas disahut dengan anggukan kepala oleh aku.

Sementara aku sedang mengumpulkan chi aku, mereka menyerang Gnusmas menggunakan Naga diorang. Gnusmas dihentam berkali-kali dengan Naga-Naga Element.

" Sampai bila korang nak serang aku ni ? Aku takkan kalahlah ! Hahahaha ! " kata Sinis Gnusmas lantas disambung dengan gelak jahatnya.

" Sampai kau dikurung selama-lamanya ! " jerit aku sambil menghalakan naga air ke arah Gnusmas.

Kesemua Naga Element telah tersedia, keempat-empat naga menyerang Gnusmas, Naga Api membelut badan Gnusmas lantas naga tanah pula membaluti tubuh Gnusmas, Kemudian naga api dan naga air mengelilingi badan Gnusmas, kini Gnusmas terikat dengan Naga-naga Element.

" Tak ! Tak ! kenapa aku tak boleh bergerak ! Lepaskan aku ! " jerit Gnusmas. Lantas kami semua mengawal naga element untuk mengangkat Gnusmas ke arah Tree of life.

Gnusmas diangkat ke arah tree of life lantas diserap masuk ke dalam pokok tu.

"Tak ! Kau tak boleh kurung aku selamanyaa, aku akan lepaskan diri dan aku akan membuat pembalasan ! Ingat kata-kata aku ni PAHLAWAN THE SUIT !" Teriak Gnusmas sebelum diserap masuk ke dalam pokok Tree Of life.

Kami semua rebah kepenatan terbaring ke tanah.

" Kita dah selamatkan Dunia Alionik " kata Anif kepada kami bertiga dengan nada yang perlahan akibat kepenatan.

" Yea, kita Hero " Kata Habib.

" Yea, kita Hero, Kita pahlawan The Suit " kata Aku dengan nada perlahan lantas disambut dengan riuk senyuman diwajah mereka semua.

------------------------------------
*Penulis*
Tamatlah sudah cerita ini. Maaflah dekat setahun baru nak update last chapter ni. Harap korang enjoy. Thanks kepada pembaca yang setia membaca dari awal sampai habis 💜

Like, Vote , Share =)

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now