Bab 12 : Misi Menyelamat

936 76 9
                                    

" Awak dah bersedia untuk berlatih " tanya Ratu Pavi kepada aku.

Aku bangun dari berehat dan terus mengikut Ratu Pavi ke tempat latihan. Kami menuju ke sebuah dewan yang lantainya diperbuat daripada besi dan mempunyai banyak lubang, disebalik lantai ini terdapat air, fungsi lubang itu adalah untuk membenarkan air melepasi lantai ini untuk digunakan sebagai latihan. Dewan ini terletak di dalam kawasan istana Puak Air.

Setibanya kami di dewan Ratu Pavi menyuruhku untuk duduk bersila di lantai, sementara itu dia berdiri beberapa tapak jauhnya dari aku dan membuat gerakan seperti tai chi.

Dia menggerakkan kaki sebelahnya kebelakang, menganggkat kedua belah tangannya dari arah kiri ke kanan, sejurus dia membuat pergerakkan badannya itu, air dari bawah lantai keluar dan menghala ke arah aku dan berpusing mengelilingi aku seiring dengan pergerakkan badan Ratu Pavi.

Selepas beberapa saat, air yang dikawal Ratu Pavi yang mengelilingi aku tadi seolah-olah mengepung aku seperti aku ditutup oleh sebuah mangkuk yang diperbuat daripada air yang bergerak laju. Lantas Ratu Pavi berkata.

" Saya akan memberikan kuasa saya kepada awak, kuasa untuk menyembuh dan merampas unsur seseorang, walaupun ia akan menyebabkan umur saya berkurangan, tetapi ianya berbaloi demi memenagi peperangan ini " kata Ratu Pavi.

Ratu Pavi merapatkan kedua belah tapak tangannya dan mengedipkan matanya, lantas matanya berubah bercahaya, dan sekali gus juga air yang mengepung aku juga bercahaya, Ratu Pavi menolak tangannya ke hadapan menghala kepada aku dan putaran air disekeliling aku mula merapat kepadaku dan menyentuh kulitku.

Sebaik sahaja seluruh kulit ku menyentuh air yang bercahaya itu, aku mengedipkan mata dan mata aku bercahaya, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat kuat memasuki tubuhku. Ratu Pavi yang mengawal air tadi jatuh pengsan, manakala air-air itu menyerap masuk ke dalam badanku. Aku dapat merasakan unsur air mula serasi dengan ku.

Aku mengedipkan mata aku sekali lagi dan mata aku menjadi biasa semula, aku terbang dengan pantas ke arah Ratu Pavi.

" Ratu ! Ooh Ratu, Ratu Pavi, bagunlah ! " teriak aku sambil menggoyangkan badan Ratu Pavi untuk cuba membagunkannya.

Kulit Ratu Pavi, wajahnya, ketiggiannya, saiznya semua berubah, Ratu Pavi bertukar menjadi semakin muda.

Apa yang diperkatakan oleh Ratu Pavi memang benar, dia semakin muda. Kata aku seorang diri.

Aku segera mengangkat Ratu Pavi dan membawanya ke Doktor Diraja. Aku memasuki bilik perubatan dan membaringkan Ratu Pavi di atas katil perubatan diraja. Doktor diraja memeriksa Ratu Pavi selama beberapa minit.

" Ratu Pavi baik-baik sahaja kan ? " tanya aku dengan risau kepada Doktor diraja itu.

" Awak tak perlu risau, dia cuma pengsan kerana kehilangan tenaga oleh kepenatan, saya akan berikan dia vitamin, dan dia akan sedar semula " kata Doktor itu dengan tenang.

Beberapa minit kemudian.

" Af-afizie " panggil Ratu Pavi dengan nada perlahan.

" Yea ? Saya ada dekat sini " balas aku atas membalas sahutan Ratu Pavi.

" Badan saya, dah jadi semakin muda, ni bermakna pemindahan kuasa saya ke atas awak berjaya. Awak dah bersedia untuk menyelamatkan rakan awak, maafkan saya, saya tak mampu menolong awak untuk menyelamatkan kawan awak, tapi saya akan hantar dua askar terbaik saya untuk  menolong awak menyelamatkannya "  kata Ratu Pavi dengan nada yang perlahan kerana kepenatan.

" Ta-tapi, saya masih belum tahu untuk mengawal air " kata aku kepada Ratu Pavi.

" Percayakan diri awak, awak hanya perlu merasakan air itu, rasakan seolah-olah awak sedang memegangnya, lakarkan pergerakan air di minda awak, gerakkan tubuh awak mengikut lakaran awak dan air itu akan bergerak mengikut apa yang awak bayangkan. Saya harapkan awak bernasib baik, selamat berjaya " terang Ratu Pavi yang sedang berbaring di atas katil dalam keadaan kepenatan.

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now