Bab 10 : Air

938 78 0
                                    

Sama seperti Habib dan Safi, aku terbang beredar dari kawasan Puak Angin, aku terbang ke arah selatan untuk mencari Puak Air. Aku berasa begitu bersemangat untuk belajar menggunakan kuasa air aku.

Aku berazam untuk menjadi Water Bender yang paling hebat yang pernah wujud di alam semesta. kata aku dalam hati sambil terbang ke arah selatan.

Selama berjam-jam aku terbang, akhirnya aku tiba di kawasan bersalji. Aku terbang lagi untuk mencari kawasan penempatan, namun aku tak dapat melihat sebarang rumah pun. Apa yang kelihatan di sekeliling aku cumalah gunung-gunung ais, salji dan air sejuk di sekeliling ku. Aku mula kesejukkan. Aku duduk termenung di sebelah air laut yang sejuk.

Dari jauh aku ternampak pergerakkan di laut, kelihatan seperti sesuatu yang panjang, aku yang sedang kesejukkan terbang menuju ke objek itu untuk melihat dengan lebih dekat, apabila aku mula semakin hampir, rupanya ianya sebuah sampan yang dinaikki lapan orang, mereka menggerakkan bot itu dengan menggerakkan air.

Semestinya diorang tu Water Benders !. Kata aku di dalam hati.

Aku terbang menuju ke diorang, badan aku sudah mula menggigil, tangan aku mula mengebas, belum sempat aku sampai ke sampan itu, aku rebah, aku pengsan jatuh ke dalam laut, aku tidak menyedarkan diri.

Beberapa jam kemudian.

Aku menyedarkan diri, aku membuka mata, aku melihat sekeliling, aku berada di sebuah bilik yang kelihatan begitu mewah dengan pelbagai barang purba yang dijadikan hiasan di sekeliling bilik itu, aku sedang terbaring di sebuah katil, tiba-tiba seseorang menegur aku.

" Awak dah terjaga ye, saya nurse di sini, sebentar ye, saya pergi panggil ratu " kata seorang nurse yang sebentar tadi sedang duduk di sebelah aku, lalu beredar keluar dari bilik.

Ratu ?. Tanya aku dalam hati.

Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu, pintu mula terbuka dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an memasuki bilik yang sedang aku diami. Dia memakai pakaian cantik berwarna biru dan memakai mahkota yang mempunyai lambang air yang menandakan dia adalah ratu puak air. Aku segera bagun dari kedudukan aku yang sedang berbaring untuk menunjukkan hormat walaupun badan aku terasa lemah.

" Tape, silakan duduk, saya tahu badan awak masih lemah. Nama saya Ratu Pavi . Askar saya kata mereka nampak awak pengsan dan jatuh ke dalam air sewaktu awak menghampiri mereka, mereka segera mengeluarkan awak dari dalam air dan membawa awak ke sini. Siapa awak dan apa tujuan awak datang kemari ? " tanya Ratu Pavi kepada aku.

" Memperkenalkan diri " aku menunduk menunjukkan tanda hormat lalu bagun semula dan menyambung monologku " Nama saya Afizie, saya dari Dunia Sakti, sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyelamatkan saya. Tujuan saya datang kemari adalah untuk mempelajari unsur air kerana di Dunia Sakti unsur air tidak wujud di sana, oleh itu saya datang ke Dunia Alionik. Saya memperolehi unsur air daripada Tahi Bintang Kosmik yang jatuh di atas saya dan kawan-kawan saya. Saya amat perlu untuk belajar unsur air. Saya harap Ratu dapat menolong saya " jelas aku kepada Ratu Pavi dengan nada yang begitu sopan.

Ratu Pavi terkejut mendengar penjelasan tu " A-awak lah yang dalam r-r-amalan tu " Kata Ratu Pavi sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah ukiran batu di dalam bilik itu.

Ukiran di atas batu itu tertulis (sekumpulan remaja dari sebuah dunia yang berunsurkan cahaya dan gelombang, membawa perubahan kepada dunia mereka apabila mereka merupakan benders pertama bagi unsur api, tanah, air dan angin di dunia mereka, mereka memperolehi kuasa mereka daripada Tahi Bintang Kosmik dan mereka akan datang ke Dunia Alionik untuk belajar menggunakan kuasa mereka dan menamatkan perang di sini, mereka penentu bagi kemenangan bagi sesebuah pihak dalam peperangan ini, mereka mempunyai chi yang sangat kuat dari Tahi Bintang Kosmek dan merekalah PAHLAWAN THE SUIT)

" Awaklah salah seorang Pahlawan The Suit itu ! Mana rakan awak yang lain ? " tanya Ratu Pavi dengan perasaan risau bercampur dengan keterujaan.

" Kami semua berpecah untuk belajar menguasai kuasa kami di setiap unsur puak di dunia ini " Kata aku kepada Ratu Pavi dengan nada yang tenang.

" Hah ?! Bagaimana pula dengan rakan awak yang berunsurkan api ?! " tanya Ratu Pavi dengan nada yang panik.

" Dia pergi ke selatan untuk ke kawasan Puak Api, salah seorang rakan kami di Dunia Alionik ini, Adilya mengatakan yang Safi boleh mencari pemberontak di kawasan Puak Api untuk dia berguru " kata aku dengan tenang supaya untuk tidak menambahkan panik Ratu Pavi.

Ratu Pavi menghembuskan nafasnya dan merautkan wajah yang kelihatan risau namun sedih " Hmm, itu dulu, pada era sekarang ni agak mustahil untuk jumpa pemberontak di Puak Api, semua yang memberontak akan dihilangkan kuasanya oleh Nad The Firelord yang kejam. Sekiranya kerajaan Puak Api mendapati rakan awak itu adalah Pahlawan The Suit seperti dalam ramalan, pasti mereka akan cuba memperalatkan rakan awak atau mereka akan membahayakan nyawa rakan awak. Sekirannya rakan awak jatuh ke tangan mereka, sudah pastinya kita akan menerima tentangan hebat dari Puak Api kerana setiap Pahlawan The Suit mempunyai chi yang tersangat hebat dan tersendiri. " kata Ratu Pavi dengan nada yang muram dan perlahan.

" Kawan saya dalam bahaya ?! Ratu kena tolong saya bantu kawan saya !! " kata aku dengan panik sekali.

" Sudah pastinya saya akan membantu, tapi sekarang bukan waktunya, awak belum terlatih lagi, awak berehat dahulu, besok kita mulakan latihan, sebaik sahaja awak mahir menggunakan unsur awak, kita akan menjalankan misi menyelamat " Kata Ratu Pavi yang kini pula cuba untuk menenangkan keadaan.

(Bersambung)

*Penulis*

Pahlawan The Suit ? •_• Wow ! Saya berharap mereka sempat menyelematkan Safi, nantikan bab seterusnya.

Read , Vote , Comment , Share =D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now