Bab 13 : Bersatu

874 66 0
                                    

Kami berlari jauh keluar dari kawasan Puak Api. Sebaik sahaja kami keluar dari kawasan Puak Api kami ternampak satu pondok kecil dan bercadang untuk berhenti berehat di sana.

" Habib ! Kau kata kau nak cerita apa jadi dekat Safi ! " kata aku dengan nada yang tinggi kepada Habib kerana terlampau ingin tahu tentang keadaan Safi.

" Yea, kau boleh bertenang tak. Masa dalam penjara Safi lalu depan sel penjara aku, aku teriak minta tolong dekat dia, tapi dia berkelakuan seperti dia tak kenal aku ! lepastu dia pakai baju askar Puak Api ! " jawab Habib untuk memuaskan pertanyaan aku.

" Bukan setakat baju askar biasa, dia memakai baju askar berpangkat VVP iaitu pangkat paling atas dalam carta jawatan askar " kata Harith dengan nada yang tenang.
" A-apa ? dia tak ingat kau ? macam mana kau boleh ditangkap Puak Api ? " tanya aku kehairanan kepada Habib.

" Sewaktu aku dalam perjalanan nak menuju ke Puak Tanah, askar Puak Api halang jalan aku, diorang hampir nak membunuh aku, tapi Harith datang cuba untuk selamatkan aku, kerana aku dia kena penjara sekali. Inilah aku perkenalkan Harith, Harith ni Afizie " penjelasan Habib tentang bagaimana dia dipenjara dan memperkenalkan aku dan Harith.

" Haii, Afizie " kata aku sambil menghulurkan tangan.

" Harith " kata Harith sambil menyambut huluran tangan aku.

" Aku rasa, baik kita berkumpul di satu tempat dan bincangkan tentang hal ini " kata Habib memberi cadangan.

" Yea, rasanya baik kita berkumpul di istana Puak Air. Kamu berdua pulang ke istana Puak Air dahulu, beritahu Ratu Pavi kami hendak mencari kawan kami di Puak Angin dahulu " kata aku kepada dua orang askar Puak Air itu.
" Harith, kau nak ikut kitaorang sekali ? " pelawa Habib kepada Harith.

" Nak, tapi aku kena balik ke Puak Tanah terlebih dahulu, aku kena bagitahu adik aku yang aku selamat " jawab Harith dengan nada yang muram.

" Kalau macam tu kita akan pergi ke Puak Tanah bersama-sama ! " kata aku dengan nada yang bersemangat.

Aku dan Habib mengendung Harith dan terbang memandangkan rakyat Dunia Alionik tidak boleh terbang dan sementara itu, dua orang askar Puak Air tadi pun beredar menuju ke istana Puak Air.

Tibanya Di Kawasan Puak Tanah.

Kami terbang memasuki kawasan Puak Tanah, dan Harith menunjukkan tunjuk arah jalan untuk ke rumahnya. Akhirnya kami tiba di rumah Harith. Harith merupakan orang bangsawan yang kaya, rumahnya begitu besar.

" Hello, abang da balik ni " kata Harith sambil mengetuk pintu rumahnya.

Pintu rumah Harith terbuka dan adiknya Alissa yang membuka pintu.

" ABANG ! " Alissa berkata dengan nada yang tinggi apabila melihat abangnya sebaik sahaja dia membuka pintu lantas memeluk abangnya.

" Hmm, abang dah balik dah ni " membalas Harith.

" A-adik ingatkan abang nak tinggalkan adik sorang-sorang kat rumah ni " kata Alissa sambil menangis.

" Ta-tak, kan abang dah balik ni, dah, adik kemas barang, kita pergi ke Istana Puak Air sementara waktu ni " kata Harith kepada adiknya.

Harith lantas menjemput kami masuk ke rumahnya dan menjemput kami duduk di ruang tamu.

" Korang tunggu kejap eh " kata Harith lantas dia pergi menuju ke biliknya.

Sementara itu, Alissa menghidangkan air untuk kami, Habib memberikan senyuman manis kepada Alissa sebagai balasan terima kasih. Harith datang ke ruang tamu dan berkata.

" Kita dah bersiap sedia untuk pergi " kata Harith dengan muka yang bertenaga.

Kami memimpin tangan dan terbang bersama, kami menuju ke barat untuk pergi ke Puak Angin mencari Anif, berjam-jam kami terbang akhirnya kami pun tiba di rumah Adilya.

Rumah Adilya.

" Adilyaa ouh Adilya ! " panggil aku sambil mengetuk pintu.

" Pistt, pistt " kedengaran bunyi dari belakang-belakang semak berdekatan rumah Adilya.

Aku dengan berasa pelik menuju ke semak itu dan disebalik semak itu Adilya dan Anif sedang bersembunyi.

" Korang, cepat masuk dalam semak ni ! " kata Anif dengan panik.

Dengan pantas kami bersembunyi di sebalik semak samun itu.

" Kenapa ni ? " tanya aku dengan hairan.

" Puak Api, diorang dah tawan separuh kawasan Puak Angin !, rakyat Puak Angin yang lain sedang memberi amaran kepada kawasan Puak Angin yang belum ditawan untuk bersiap sedia, kami tunggu di sini sebab tak nak awak semua susah untuk mencari kami " kata Adilya dengan panik.

" Kalau macam tu, awak ikut kami sekali ke istana Puak Air, segera " kata Aku dengan nada tegas.

Kami keluar dari semak dan kami semua bersiap sedia untuk terbang dan beredar, sebaik sahaja kami baru sahaja mengangkat kaki kami dari tanah untuk terbang beredar, satu semburan api ditembak dihadapan kami, kami mengelak dan terjatuh. Sekumpulan Puak Api mengepung kami.

" Tiada siapa dapat tinggalkan kawasan ni ! " teriak askar Puak Api itu.

(Bersambung)

* Penulis *
Haishh, Puak Api Lagi, kejam betul *-* dapat ke diorang pergi ke istana Puak Air dengan selamat ? Hmmm, nantikan di bab seterusnya.

READ, VOTE , COMMENT , SHARE ='D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now