Bab 11 : Perubahan

902 73 6
                                    

Mulut Safi diterkup oleh kain yang dituang klorofom, lalu Safi rebah pengsan di atas sofa.

" Heh, perempuan lembap, senang je kerja aku " kata Aiman sambil merautkan senyuman sinis di wajahnya.

" Tuan Putera Aiman, apa kita nak buat dengan dia ni ? " kata lelaki yang menerkup mulut Safi tadi.

" Bawa dia ke istana, Ratu Nad The Firelord pasti suka dengan apa yang kita jumpa ni " kata Putera Aiman.

Lelaki itu mengangkat Safi lalu membawanya ke istana Kerajaan Puak Api.

Setibanya di istana Kerajaan Puak Api.

Lelaki tadi yang mengangkat Safi ke istana, membawa Safi ke dalam istana, dia berjalan dan berjalan ke istana sehinggalah dia sampai ke satu ruang dimana Ratu Nad The Firelord
bersinggahsana. Dia membaringkan Safi di lantai.

" Yang mulia Ratu Nad The Firelord, patik bawakan sesorang, hadiah dari Putera Aiman " kata lelaki itu.

" Sesorang ? Siapa wanita ini ? " tanya Ratu Nad.

" Patik pun tidak tahu, maafkan patik " Kata lelaki itu.

" Tak mengapa, kamu boleh beredar, oh yea, sambil tu tolong panggilkan Putera Aiman untuk saya " Kata Ratu Nad sambil duduk di singgah sananya.

Lelaki tadi beredar dan beberapa minit kemudian Putera Aiman pun tiba di ruang singgahsana.

" Ye ibunda ? ibunda memanggil anaknda ? " tanya Putera Aiman kepada Ratu Nad.

" Yea, ibunda yang memanggil anaknda, ibunda nak menanyakan siapa yang anaknda bawakan di istana kita ini ? " Tanya Ratu Nad kepada anaknya Putera Aiman.

" Anaknda percaya perempuan nilah salah seorang Pahlawan The Suit seperti di dalam ramalan purba oleh nenek moyang unsur air. Perempuan ni dari Dunia Sakti, anaknda dapat merasakan chi api yang sangat kuat di dalam dirinya " Jawab Putera Aiman kepada Ibundanya.

" Bagus anaknda " kata Ratu Nad sambil tersenyum " pengawal tolong panggilkan ahli kimia diraja untuk datang kemari " arah Ratu Nad kepada pengawal yang sedang mengawal di dalam singgahsana.

Seorang pengawal di dalam singgahsana, keluar dari ruang singgasana untuk melaksanakan arahan Ratu Nad untuk memanggil ahli kimia diraja. Seketika kemudian datang ahli kimia diraja pun tiba.

Ahli kimia diraja tiba dan tunduk hormat, " Yea Ratu ? Apa yang patik boleh lakukan untuk Ratu ? " tanya ahli kimia tersebut dengan perasaan yang tersangat-sangat ingin tahu.

" Saya nak kamu menghilangkan ingatan perempuan ini untuk saya " pinta Ratu Nad kepada ahli kimia tersebut.

" Patik ada racun untuk menghilangkan ingatan itu, akan patik laksanakan " kata ahli kimia itu.

" Terima Kasih, pengawal bantu ahli kimia untuk membawa perempuan ini ke bilik uji kaji " Perintah Ratu Nad kepada pengawal.

Safi dibawa oleh pengawal menuju ke bilik uji kaji, setibanya mereka tiba di bilik uji kaji, Safi dibaringkan di sebuah meja dan pengawal pun beredar dari situ.

Ahli kimia tadi mengeluarkan picagari, dia mengambil satu cecair yang berwarna merah yang merupakan racun masuk ke dalam picagari lalu menusukkan jarum picagari itu ke dalam salur darah di lengan Safi lalu memancutkan racun itu ke dalam salur darahnya dan mengeluarkan jarum itu. Safi lalu dibawa kembali ke singgahsana.

" Ratu, racun telah dimasukkan ke dalam badannya, ingatannya tidak akan pulih selagi racun itu mengalir di dalam darahnya. Sebaik sahaja dia menyedarkan diri, Ratu haruslah
menceritakan dirinya yang palsu, Patik beredar dahulu " jelas ahli kimia itu lalu berlalu pergi.

Beberapa jam kemudian.

Safi menyedarkan diri, dia bagun dari berbaring dan memegang kepalanya.

" Sa-saya kat mana ? Si-siapa saya ? " Kata Safi dengan peningnya.

" Awak di ruang singgahsana, nama awak Safi, awak askar terbaik di Puak Api, awak tercedera lalu pengsan apabila awak cuba untuk menyelamatkan seorang budak dari terjatuh gaung lalu sekumpulan earth, water dan air benders menghalang dan menyerang awak sehingga awak hilang ingatan " kata Putera Aiman.

" Safi, sekarang kita sedang dalam peperangan, Puak Air, Tanah, dan Angin cuba memupuskan Puak Api kerana kita Puak Api tidak menyukai keganasan mereka, awak, awak askar terbaik kami, awak mesti cuba sedaya upaya untuk memenagi peperagan ini " kata-kata propaganda Ratu Nad.

" Ke-kejamnya diorang " kata Safi dengan nada terkejut.

" Hmm, mereka memang kejam. Awak ikut ananda saya, awak tukar pakaian awak, dan dia akan bawa awak melihat sekekiling istana dan melatih awak menggunakan kuasa " Kata Ratu Nad.

" Mari, saya tunjukkan awak bilik awak " kata Aiman sambil tersenyum.

Mereka keluar dari bilik singgahsana dan menuju ke sebuah bilik. Mereka tiba di sebuah bilik.

" Inilah bilik awak, ni baju awak, baju askar Puak Api " kata Aiman.

Safi mengambil bajunya lalu menukarkannya di dalam bilik pakaian, Safi menukar pakaian lalu keluar dari bilik pakaian.

" Awak dah siap, jom saya bawa awak keliling istana ini " kata Aiman lalu keluar dari bilik.

Safi mengikut Aiman keliling Istana, Aiman membawa Safi dan menunjukkan keadaan di sekeliling istana, dia menunjukkan pusat latihan, ruang makan, dan sebagainya. Akhirnya lawatan terakhir adalah ke penjara.
" Di sinilah penjara untuk kami letakkan orang yang menentang kami, selepas sebulan kuasa mereka akan dihilangkan untuk mengelak ancaman " penjelasan Aiman kepada Safi tentang penjara itu. Mereka berjalan keliling penjara sehinggalah mereka melalui penjara di mana Harith Dan Habib ditangkap.

" Sa-safi ? " kata Habib sebaik sahaja Safi berjalan tiba di depan sel penjara mereka.

Safi berhenti berjalan sebaik sahaja dia terdengar Habib memanggil namanya.

" Si-siapa awak ? " tanya Safi kepada Habib.

" SAFI TOLONG KITAORANG ! PUAK API ZALIM NI MASUKKAN KITAORANG DALAM PENJARA TAK GUNA NI ! " Teriak Habib kepada Safi.

" Ehh ! jangan cuba untuk menghasut Safi ! " Marah Aiman kepada Habib.

" Si-siapa diorang ? " tanya Safi kepada Aiman.

" Me-mereka cumalah penentang yang hilangkan ingatan awak ! Diorang cuba mempengaruhi ingatan awak, baik kita teruskan berjalan dan pergi ke pusat latihan dan memulakan latihan awak " kata Aiman kepada Safi lalu dengan segera membawa Safi pergi dari situ.

----------
" Kenapa dengan Safi ? dia seolah-olah tak mengingati aku ? " Kata Habib kepada Safi.

" Dia memakai pakaian askar Puak Api, berpangkat paling tinggi, dia mesti dah berpuak dengan Puak Api " kata Harith kepada Habib dengan tenang.

" Tak.. Tak mungkin ! Safi takkan berbelot ! " kata Habib dengan nada kecewa.

" Tapelah, baik kita lepaskan diri dari penjara tak guna ni " kata Harith kepada Habib.

(Bersambung)

*Penulis*

Mereka bakal kehilangan Safi selamanya ke ? Mampukah Habib dan Harith keluar dari penjara ? Nantikan di Bab seterusnya.

-Sebarang typo atau kesalahan ayat tolong senaraikan di komen, terima kasih.

READ, VOTE, COMMENT, SHARE =D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now