Bab 6 : Angin¹

1.1K 75 8
                                    

Tampaknya mereka semua dah pergi ke destinasi masing-masing , Kata Anif sendirian.

Sebaik sahaja kami meninggalkan Anif dan pergi ke haluan masing-masing, Adilya membawa Anif ke rumahnya untuk memberikan masa kepada Anif untuk berehat.

Keesokan Harinya

Anif masih lagi nyenyak tidur di atas katil walaupun hari sudah pagi. Secara tiba-tiba satu tiupan angin yang sangat kuat menolak Anif sehingga dia terjatuh dari katil dan terbagun dari tidurnya.

" Selamat Pagi ! dah bersedia untuk berlatih unsur angin ? " Tanya Adilya sambil memberikan senyuman di wajahnya.

" Emm, agak bersedia dah " jawab Anif sambil mengeliat.

Anif masuk ke bilik mandi dan mula bersiap sementara Adilya menyediakan tempat latihan untuk Anif dibelakang rumahnya. Anif keluar dari bilik mandi dan terus menuju ke belakang rumah Adilya untuk memulakan latihan.

" Sebagai guru unsur awak saya akan mengajar awak mengikut gaya saya ! " Kata Adilya sambil ketawa perlahan.

" Baiklah " jawab Anif dengan nada tegas.

" Latihan pertama, sebelum mahir mengendalikan unsur angin, pertama sekali, kita mesti bersatu dengan angin terlebih dahulu, oleh itu, awak perlu pergi bertapa di atas Gunung Nepali di mana di situlah sewaktu ketika dahulu kura-kura gergasi berunsur angin menetap, awak perlu bertapa selama sehari untuk sebati dengan angin-angin di sana " jelas Adilya kepada Anif.

" Tapi dimana terletaknya Gunung Nepali ? " tanya Anif sambil menyengetkan kepalanya.

" Biarlah angin yang menunjukkan arah, saya pulang dahulu " Adilya menjawab

" Tapi, macam mana ang- " pertanyaan Anif terhenti apabila Adilya tidak menghiraukannya dan terus pulang ke rumah.

Macam mana angin nak membawa aku ke Gunung Nepali ? tanya Anif kepada dirinya. Secara tiba-tiba angin bertiupan menuju ke arah timur, angin itu seolah-olah ingin menarik Anif terbang bersamanya. Dengan mengikut deria hatinyanya, Anif pun terbang ke arah timur. Penerbangannya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke kawasan pergunungan.

Setibanya Anif di kawasan pergunungan, dia bingung dan tidak mengetahui dimanakah Gunung Nepali berada, apabila dia terbang melalui sebuah gunung, dia merasakan sesuatu yang sangat kuat yang memberikannya tenaga di gunung itu, dengan yakinnya dia memilih gunung untuk bertapa, selama sehari dia bertapa dan tidak makan dan minum di gunung itu.

Sebaik sahaja dia menghabiskan masanya seharian bertapa di gunung itu, dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza di dalam dirinya, seolah-olah dia boleh merasakan seperti angin di sekelilingnya hidup. Dia segera menuju pulang ke rumah Adilya untuk meneruskan latihan seterusnya.

Di Rumah Adilya

" Adilya oh Adilya " panggil Anif dari luar rumah.

Adilya keluar dari rumah dan berkata " Nampaknya awak jumpa Gunung Nepali tu, saya dapat rasakan kelahiran Chi di dalam diri awak " kata Adilya.

" Ye , seperti yang awak katakan, angin yang menunjukkan arah kepada saya, jadi apa latihan seterusnya ? " tanya Anif dengan penuh keterujaan.

" Memandangkan awak dah mempunyai chi di dalam badan, sekarang awak hanya perlu belajar cara gerakkan untuk membendingkan unsur angin dan mengeluarkan chi dalaman awak sepertimana yang awak lihat sewaktu mata saya berubah dua hari lepas semasa hendak menyelamatkan kawan awak " Kata Adilya dengan nada yang sedikit bangga.

Adilya melatih Anif gerakkan-gerakkan yang dia ketahui selama berjam-jam sehingga Anif semakin mahir dalam membendingkan unsurnya.

" Nampaknya awak dah semakin mahir " Kata Adilya dengan wajah kagum.

" Nampak gayanya macam tulah, saya memang seorang yang cepat belajar, kagum ? " kata Anif sambil mengangkat sebelah keningnya.

" Yea, agak kagum, nak cuba berlawan ? " pelawa Adilya mengajak Anif berlawan mesra.

" Yea , boleh cuba " jawab Anif dengan nada berlagak.

Adilya berdiri berhadapan dengan Anif hanya beberapa langkah sahaja jarak antara mereka berdua, Adilya memulakan perlawanan dengan menembak udara ke arah Anif dengan melibaskan tangannya ke arah Anif. Anif menepis dengan mengeluarkan angin melalui kedua-dua tapak tangannya.

" Tepisan yang bagus " puji Adilya.

" Terima Kasih " jawab Anif , lalu terus melancarkan serangan.

Anif membuat bebola angin lalu membalingnya ke arah Adilya, dengan mudahnya Adilya menolak kembali bebola angin itu kembali ke arah Anif , Anif terkena berbola angin itu.

" Argg " bunyi lepasan kesakitan oleh Anif.

" Nak berlawan lagi ? " tanya Adilya sambil membuat muka riak melihat Anif.

Tanpa berkata apa-apa Anif membuat belahan angin yang kencang menggunakan kakinya dan mensasarkannya ke arah kaki Adilya. Adilya mengelak, dia melompat namun lontaran angin Anif tadi terkena juga kaki Adilya dan membuatkan lompatan nya tidak stabil dan Adilya seakan-akan akan terjatuh ke tanah, namun Anif sempat menyambut Adilya.

Mereka bertentang mata seketika, Adilya segera berdiri, dan mereka berdua tersipu malu.

" Terima kasih sebab sambut saya dari terjatuh" jawab Adilya dalam nada yang perlahan dan malu.

" Hmm, hal kecil je " balas Anif.

" Saya rasa cukuplah untuk harini awak pun dah semakin mahir , mari pulang " ajak Adilya.

" Adilya, walaupun hanya baru 3 hari kita berjumpa, tapi saya ada sesuatu nak cakap...... (bersambung)


*Penulis*
Haa :0 ? Apa yang nak dikatakan oleh Anif ? Dia jatuh cinta dengan Adilya ? ketahuinya di bab seterusnya.

Read, Vote, Comment and Share ! =D

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now