Bab 3 : Perjalanan Ke Dunia Alionik

1.3K 82 6
                                    

Waktu Persekolah Tamat

*Seperti biasa aku menunggu diorang di hujung awan sekolah menanti diorang keluar dari Sekolah*

" Sayang ! Lama tunggu ? " Sapa Safi dengan senyuman manisnya.

" Eh tak lamalah, satu jam je, mana Habib dan Anif ? " Pertanyaan aku.

" Tu diorang, baru nak keluar tu " jawab Safi.

" Korang berdua dah lama tunggu ? " tanya Habib.

" Tadelah baru satu jam aku tunggu, jom la pergi rumah aku, kita bincang kat sana" jawab aku lalu terus terbang menuju ke rumah.

Setibanya Di Rumah Aku

" Korang dah tanya ibunda dan ayahnda korang pasal penghijrahan kita ke Dunia Alionik ? " tanya aku kepada mereka semua sambil mengangkat sebelah kening.

" Dah " jawab mereka semua.

" Hmm, Safi , dah kaji lebih mendalam pasal kawasan untuk kita belajar mengawal kuasa kita ? " tanya aku kepada Safi.

" Dah, malangnya, di Dunia Alionik setiap rakyat membuat kawasan tertentu untuk setiap unsur tertentu, mereka menggumpulkan rakyat berunsur api di suatu tempat , air di suatu tempat, tanah di suatu tempat dan angin di suatu tempat. Mereka menggelarkan kawasan mereka sebagai Puak Api, Puak Air, Puak Tanah dan Puak Angin, dan ini bermaksud, setibanya kita di Dunia Alionik nanti, kita perlu berpisah untuk mencari guru masing-masing " penjelasan yang diberi oleh Safi tentang Dunia Alionik dengan raut wajahnya yang serius.

" Jadi maknanya kita kena buat haluan masing-masing lah sewaktu di Dunia Alionik nanti ? " tanya Habib.

" Tampaknya seperti itulah " jawab Anif sambil membuat muka yang sedih.

" Takpe ! sebaik sahaja kita dah mempelajari kuasa kita, kita dah boleh berjumpa semula " kata aku kepada mereka dengan muka yang tenang.

" Apa yang kita nak buat setelah mahir menguasai kuasa kita ? " tanya Anif.

" Kita boleh mengajarnya kepada Dunia kita, Dunia Sakti tentang unsur yang baru ini sekiranya tahi bintang kosmik yang seterusnya datang " jawab Habib.

" Yaa Betul Tu Habib " balas aku.

" Hmm, lebih baik kita pulang dahulu dan mempersiapkan barang untuk berangkat esok " Kata safi kepada mereka semua.

" Betul tu, semua berkumpul di rumah aku pada jam 8 pagi, jangan lupa untuk membawa helmet hidrogen, di angkasa lepas dalam perjalanan ke Dunia Alionik tidak akan ada bekalan hidrogen untuk kita bernafas jadi jangan lupa untuk bawa , jumpa esok ! " kata aku kepada mereka sambil melambai tangan.

Mereka terbang menuju ke rumah masing-masing. Aku segera ke bilik aku dan menyediakan barang untuk berangkat esok, dan terus masuk tidur.

keesokan Harinya
Jam 6:45 pagi

" Selamat pagi sayang, bagun la " kejutan lembut Safi yang cuba membagunkan aku dari tidur.

" mm, selamat pagi sayang " aku membalas dengan perlahan.

Aku bagun dari katil dan terus masuk ke bilik mandi dan bersiap. Aku menyarungkan pakaian aku dan keluar bilik mandi dan bertemu Safi.

" Sayang dah sarapan ? jom sarapan " pelawa aku kepada Safi.

" Jom " jawab Safi.

Jam 7.59 pagi

" Afizie ! Ohh Afizie " suara kedengaran dari luar rumah aku.

" Ouh, korang masuklaa " pelawa aku.

" Okay dah boleh gerak ke ? " tanya Habib.

" Hmm, dah boleh gerak dah " jawab aku.

Aku berjumpa dengan Ibunda dan Ayahnda untuk meminta izin untuk pergi. Lalu kami terus terbang menuju ke stesen perlepasan angkasa.

Stesen Perlepasan Angkasa (SPA)

" Korang dah bersedia untuk dilancarkan ke angkasa ? " tanya Anif.

" Dah ! " Jawab kami semua.

Kami memakai helmet hidrogen kami dan kami terus dilancarkan ke langit oleh tiub pemampatan udara. Sewaktu kami di angkasa lepas, aku dapati helmet Safi retak akibat perlepasan itu, aku menyuruh mereka semua berhenti terbang sementara.

" Korang, berhenti kejap, helmet S-safi, r-retak " jawab aku.

" Hah ?! " nada terkejut dari semua.

" T-tolong, s-susah nak bernafas " rayuan Safi.

Muka Safi mula semakin lama semakin pucat, dia mula tidak menyedarkan diri, mukanya semakin biru, kami semua buntu tak tahu apa untuk dilakukan.

Ini semua salah aku, kalau tak kerana aku beri cadangan untuk ke Dunia Alionik pasti ni semua tidak akan berlaku !

Aku menyalahkan diri aku tentang apa yang berlaku. Tubuh Safi semakin lemah, nadinya kelihatan semakin perlahan.

.... (Bersambung)


*Penulis*
Haa ? Apa yang berlaku pada Safi ? adakah ini penghujungnya bagi Safi ? kematian pengawal unsur api yang pertama di Dunia Sakti ?
Nantikan sambungannyaa =D
Read , Vote , Comment and Share !

The Benders (Buku satu)Where stories live. Discover now