"Today is going to be fun. Absolutely!" Sinis bunyi percakapan lelaki itu sambil kakinya melangkah perlahan ke bilik yang terletak paling hujung sekali tempatnya.
Pintu mula berkeriuk apabila dibuka. Bilik yang tercoret segala kisah hitam itu dipenuhi darah entah tidak ketahuan siapa pemiliknya. Dia berasa puas melihat darah itu. Ya! Dendam harus dilangsaikan. Hutang darah dibalas darah. Hutang nyawa akan ku cari sampai ke mati. Tiada siapa bakal terlepas lagi selepas ini.
"Pergi kau, setan! Pergi! Jahanam kau. Pergi!" Teriak gadis itu. Kelihatan gadis itu menangis dan meracau tidak tentu hala. Segala barang yang ada di sekelilingnya, dicampakkan ke arah pintu mencuba untuk menyelamatkan diri. Mata lelaki itu mencerlung, memandang tajam ke arahnya. Darahnya sudah mula mendidih. Tangan sudah mula bergetar, gigi sudah berketap. Kapak mula digapai dan tangisan itu menjadi semakin kuat, mengetahui bahawa ajalnya bakal tiba. Perlahan-lahan lelaki itu menutup pintu tersebut dan bunyi tangisan itu tidak kedengaran lagi. Bilik itu sekali lagi disimbah oleh darah sang manusia!
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...