Bab 7

122 1 1
                                    

Masa yang diberikan untuk menyelesaikan permainan ini cuma 10 minit sahaja dan secara psikologinya, masa itu agak bergerak terlalu pantas apabila berada dalam situasi terdesak seperti kini. Masing-masing masih terkedu dengan kejadian sebentar tadi. Kehilangan Afiqah memberi kesan.

"Aku dah kata dah jangan pasang lagu tu. Kau degil! Sekarang ni kita semua kena sumpahan. Semuanya salah kau!" Iman meletakkan beban tuduhan di atas bahu Asyiqin. Nadanya keras. Sedikit menjerit di penghujung kata. Asyiqin tersentak dengan tuduhan Iman yang tidak berasas.

"Jaga sikit mulut kau tu, Iman. Jangan sampai aku sua lilin ni kat kau. Terbakar mulut kau nanti," Asyiqin marah bukan kepalang. Menuduh melakukan sesuatu yang berkemungkinan besar mampu mencederakan diri Afiqah dan mereka yang lain bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main.

"Hey, shut up! What the hell is going on here? Afiqah is missing. Korang boleh bantai bertekak pula kat sini? Otak letak kat lantai ke, huh?!" Maisarah menempik. Dirinya berasa amat risau dengan kehilangan Afiqah. Terlalu risau. Anak tunggal kelahiran Kuala Lumpur itu harus dicari semula. Tindakan Iman dan Asyiqin yang bertekak sesama mereka hanya menambahkan sakit di kepala.

"Kau fikir kau je ke yang risau, huh? Aku pun risau. Aku tak kenal siapa minah tu. Tapi sekarang kita semua dah terlibat," balas Asyiqin. Masih lagi dengan nada yang sama.

"Minah kau kata?! Watch your mouth. Ke mulut kau yang nak kena dengan api?" Khayrin membalas dalam keadaan berdiri. Kerusinya tertolak ke belakang menghasilkan bunyi geseran yang kuat. Pantang sungguh apabila kawannya digelar sedemikian. Seolah-olah merendahkan martabat Afiqah.

"Hei, perempuan! Kau...."

"Shut up! All of you!" Belum sempat Asyiqin ingin membalas perbalahan itu, Hanis sudah mengeluarkan amarahnya. Mukanya kemerahan menahan marah.

"We need to win this game. It already took 3 minutes. Now, all we have is another 7 minutes. Afiqah kena culik, bukan dibawa bercuti!" Hanis berhenti bercakap. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan lagi percakapannya.

"Sekarang tengok ni. Atas meja ni, ada 5 lilin. Kalau tengok dari sisi kanan meja ni, lilin kedua dan ketiga tak dinyalakan. Dan duit RM100 dijadikan perantaraan antara dua lilin ni. Kau orang rasa apa?" Hanis memandang setiap seorang yang turut terlibat di dalam permainan itu. Tiada jawapan yang diberikan. Hanis mengeluh halus. Permainan ini pasti sukar diselesaikan.

Asyiqin bangkit dari tempat duduknya dan beralih kepada kerusi Afiqah. Yang lain hanya melihat. Apabila punggung Asyiqin sudah dilabuhkan di atas kerusi, gadis-gadis yang lain mengeluh halus dan menoleh ke arah lain. Termenung. Memikirkan cara dan jawapan.

"Kenapa mesti dia letak duit kat situ? RM100 itu terlalu banyak,"ujar Asyiqin selepas seketika dewan itu sunyi.

"Kau boleh fikir duit lagi ke? Dalam masa sekarang ni, kau letak sejuta ringgit pun dah tak ada nilai. Keselamatan Fiqah tu nombor satu. Bear that in your mind. Dasar mata duitan," balas Aisyah dengan penuh kebencian. Asyiqin hanya memandang Aisyah dan mula mengangguk kecil. Seolah-olah ayat cemuhan Aisyah sebentar tadi tidak ditembusi hati Asyiqin.

"Hanis," Asyiqin memanggil. Hanis berpaling memandang Asyiqin.

"Apa yang kau nampak dari sisi kau? Sebab aku tak berapa nampak dengan jelas susunan lilin dari sini," sambung Asyiqin. Hanis mengangguk. Yang lain memerhati tanpa minat.

"Kalau dari sini, lilin dari tempat Afiqah tu aku namakan sebagai lilin pertama. Lagi senang untuk difahami. Okay?" Tanya Hanis meminta persetujuan. Asyiqin menaikkan ibu jari kanan tanda setuju.

"Lilin pertama lagi pendek daripada lilin kelima. Lilin kelima pula lebih pendek daripada lilin kedua yang ternyata lebih pendek dari lilin keempat. Lilin ketiga merupakan lilin tertinggi antara semua ni. Dan duit RM100," kata Hanis menerangkan kedudukan lilin dari sisi pandangannya.

"Cuba kau tengok tangan kiri kau Hanis dan bayangkan kau berada di tempat Fiqah," pinta Asyiqin.

"Kenapa dengan tangan aku?" Tanya Hanis sambil melihat tangan kirinya. Tangannya dibelek. Berkerut dahinya. Cuba mengaitkan tangan kirinya dengan penjelasan mengenai lilin sebentar tadi. Hanis tersentak. Dia sudah mengerti.

"Aku dah faham! Lilin ni hanyalah ilustrasi daripada tangan kiri. Kiri bermaksud arah!" Ujar Hanis sedikit menjerit kegirangan.

"Kau nak pergi kiri mana, huh? Dah lah, Asyiqin. Jangan bagi jawapan tak logik," Liyana menyampuk. Jawapan 'kiri' itu tidak meyakinkan dirinya. Apa guna memberikan arah kalau tidak tahu hala tuju?

"Tak, tak. Aku dah faham. Kita sekarang berada dalam hotel. Lilin kedua dan ketiga menunjukkan nombor bilik hotel. 2 dan 3,"kata Aisyah. Jawapan duit RM100 itu yang menjadi puncak permainan pada hari ini.

"Duit ni tiada nilai buat masa sekarang ni. Tiada nilai bersamaan dengan kosong!" balas Mai pula. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"203!" Teriak mereka serentak. Jawapan sudah diperoleh.

Secara tiba-tiba, lampu dinyalakan. Terpisat-pisat mata mereka berlapan mahu membiasakan diri dengan cahaya itu selepas bergelapan selama hampir 10 minit.

"Tolong aku!! To..long! Arghhhhh! Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Jangan! Jangannnn!!" Suara rintihan Afiqah kedengaran di pembesar suara dewan makan itu. Debaran di hati mula memuncak kembali. Ketakutan menyelubungi diri mereka.

"Masa anda tinggal lagi 59, 58, 57..."

Kiraan detik akhir sudah bermula. Mereka berlari ke luar dewan makan sebelum sampai ke arah pintu kecemasan dan menggunakan tangga untuk sampai ke tingkat dua hotel itu.
"8, 7, 6, 5, ..."

Kiraan masih diteruskan. Sampai sahaja di tingkat dua, laju sahaja mereka berlari ke arah kiri mereka. Bilik 203 dicari.

"2, 1," Pintu bilik 203 ditolak kuat oleh Fatihah. Dia menjerit kuat selepas melihat isi dalamnya. Kelihatan Afiqah tergantung di syiling dengan kesan torehan di seluruh badannya. Yang lain menyerbu ke arah Fatihah selepas terdengar jeritan itu.

"Game over," suara itu menjadi penamat permainan peringkat pertama. Hanis jatuh melutut. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya mati dalam keadaan yang begitu ngeri. Dia gagal menyelamatkan sahabatnya sendiri. Tangannya digenggam dan ditumbuk ke lantai berulang kali. Akhirnya, tumpah air mata gadis itu. Esakan mula kedengaran.

Begitu juga yang lain. Air mata menjadi luahan perasaan bagi mereka semua pada malam itu.

Tetapi, permainan tidak tamat disitu.

FobiaWhere stories live. Discover now