"Bosannya. Asik ngadap buku pun tak boleh jugak. Otak aku ni bukannya boleh serap semua ilmu ni macam tu je. Kalau boleh rebus, aku dah rebus dah buku ni," bebel Fatihah sambil pen di tangan mengetuk buku rujukan Biology di hadapannya. Cermin mata dibetulkan. Gadis yang berketinggian 5'4 kaki dan berkulit sawo matang ini mengeluh halus. Tingkap yang berada tidak jauh dari tempatnya itu mula ditenung kosong. Memikirkan aktiviti-aktiviti yang mampu mengurangkan tekanannya sepanjang menjadi pelajar Matrik. Ah, kehidupan tidak pernah mudah. Semua kejayaan mesti ada usaha yang setimpal sebelum hasil boleh diperoleh. Andai kejayaan itu datang bergolek, aku pasti tiada lagi kisah hidup mereka yang miskin di luar sana.
"Hoi, Fatihah! Kau termenung apa? Ohh, kau dah ada boyfriend eh? Kau tak story kat aku pun. Macam ni lah kau sekarang kan. Mana nak ingat aku. Yelah, aku ni siapa je un..." Belum sempat Aisyah menghabiskan omelannya, sebiji bantal kecil berwarna ungu hinggap di mukanya. Aisyah mendengus tanda tidak puas hati. Tubuhnya yang agak berisi itu dengan ketinggian yang hampir sama dihenyakkan di atas katil.
"Haaa, dah habis dah kau membebel? Macam peluru berpandu. Mulut tu nyot nyet nyot nyet. Bak balik bantal aku."
"Ambillah bantal kau ni. Aku tak hingin pun lah. Weh, kau tak bosan ke? Aku bosan lah."
"Bosan lah jugak. Tu aku termenung tengok tingkap. Fikirkan idea nak beraktiviti, bukannya berangan nak berlaki," sempat perlian diselitkan dalam percakapan itu. Aisyah tergelak mengetahui salahnya sebentar tadi memberi kesan sementara buat kawannya itu. Apakan daya, mulutnya terlalu becok bila berkata-kata.
"Alaaa kau ni pun. Aku gurau jelah. Itu pun nak simpan dalam hati. Haa, weh! Jom lah. Kita bercuti nak?"
"Bercuti ke mana pula kau ni. Banyak lah pakai duit. Buku ni aku tak hadam lagi. Taknak aku," ujar Fatihah sambil menggeliat keletihan.
"Boleh lahhh. Alaaa kita pun jarang kan pergi bercuti sama-sama. Jom lah. Kita bercuti kat Gunung Ledang. Kat Johor tu. Aku teringin lah nak ke sana. Kau study macam mana pun tapi kalau dah otak kau tu taknak terima, payah jugak weh. Your brain needs to rest from studying. It's just a brain not a sponge which can absorb a lot of water in it," pujuk Aisyah.
Hm. Betul jugak apa Aisyah cakap tu. Asik pakai otak je, mahu gila aku jawabnya nanti. Buku dihadapannya dan Aisyah di sebelah bersama muka penuh mengharap dipandang bersilih ganti.
"Yelah yelah. Haih, nampak gayanya lebih bajet lah aku bulan ni. Kau better cari tempat yang fun. Pay me twice if the place is just like hell."
Aisyah melompat kegirangan. Akhirnya dapat juga keluar bersama kawannya itu. Fatihah yang melihat reaksi Aisyah mula tersenyum nipis. Buku ditutup, dan beg kelas mula dikeluarkan untuk menyimpan peralatan belajar.
Walaupun begitu tanpa disedari oleh mereka, sebuah senyuman sinis mula kelihatan dan secara senyap ia menghilang.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...