KRING! KRING! KRING!
"Aduh, bising lah bunyi loceng ni," marah si gadis yang berkulit putih itu. Tangannya mula dihulurkan untuk menggapai jam loceng itu namun hanya angin sahaja yang dirasakan. Bunyi itu masih berterusan.
"Ish! Aku bangun lah ni. Bingit lah!" marahnya lagi seolah-olah jam itu mempunyai telinga untuk mendengar setiap apa yang dibebelkan. Asyiqin mula bangun dari tempat baringan dan bergegas menuju ke arah jam itu
yang menunjukkan masa 9.20 pagi."Hmm, baru 9.20. Kecoh lah kau ni. Eh, huh?! Jap jap. 9.20 pagi? Ada kelas! Mati aku. Dah lambat, dah lambat."
Tuala yang kebiasaannya disangkut bersebelahan almari dicapai laju. Pantas sahaja dirinya memboloskan diri ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Seusai mandi, Asyiqin mengambil baju kemeja berwarna kuning dan seluar jeans merah untuk dipakai malah dipadankan dengan tudung crepe biru. Penggayaan warna yang tidak kena itu membuatkan lagi dia nampak lebih pendek daripada asal. Tidak kurang dari 15 minit, Asyiqin sudah bersiap untuk ke kelas walaupun penampilannya pada hari ini terlalu kelihatan sangat selekeh dan tidak berstail.
Tangannya menggapai buku-buku yang diperlukan sepanjang sesi pembelajaran dan mula memakai stoking kaki. Sebaik sahaja selesai, Asyiqin terpandang cermin di biliknya. "Eww, dah macam pelangi aku tengok. Biru, kuning, merah. Ni kalau aku pakai tudung merah, baju kuning dan seluar hijau, lagi haru aku rasa. Ah, mampuslah. Peduli pula aku kalau tak lawa". Selepas mengkritik penampilan diri, dia turun ke tingkat bawah rumah untuk menyalami nenek.
"Nek, syiqin pergi dulu tau. Dah lambat ni."
"Makan lah dulu kalau ye pun."
"Takpelah nek. Dah lambat betul ni. Pergi dulu nek. Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam". Nek Munah mengiringi pemergian Asyiqin ke kelas dengan pandangan mata.
Dia mula berlari dengan selaju yang boleh untuk mempercepatkan langkah. Jarak antara kolej dan rumahnya tidaklah terlalu jauh. Tetapi kelewatan masa membuatkan dia kelam-kabut sehinggakan orang ramai yang berada di hadapannya dilanggar sesuka hati.
"Sorry bro, sis! Nanti aku belanja korang lopipop okay!" Jerit Asyiqin. Bukan bermaksud untuk menengking tetapi masa amat bersifat kejam pada hari ini. Larian diteruskan.
Pintu dewan kuliah ditolak kuat. Termengah-mengah dia mencari nafas baru. Prof. Alina memandang Asyiqin dengan pandangan meminta sebab kelewatan hadir ke kelas.
"Maafkan saya, Prof. Tadi saya...saya dah nak ke kelas dah. Fuh penat... Awal saya bangun. Pu...kul 7 tadi saya dah siap dah. Lepastu, ada makcik ni minta tolong saya minta hantar ke hospital. Takkan saya taknak tolong kan. Betul tak prof? Saya pun... erk, prof?"
Prof. Alina memandangnya dengan pandangan pelik. Asyiqin mula melihat rakan sekuliahnya untuk memastikan bahawa hanya Prof. Alina sahaja mempamerkan riak muka sebegitu. Okay, tak. Satu kelas sedang memandangnya. Ada yang ketawa, ada yang menggeleng kepala. Ada pula yang berbisik sesama sendiri. Asyiqin mula melihat penampilannya hari ni.
'Eh, kenapa kaki aku rasa sejuk je ni? Eh, aku tak pakai kasut ke? Aduh, gawat!' detik hati Asyiqin. Mukanya merona kemerahan akibat malu.
Tiba-tiba, pintu dewan kuliah lagi sekali ditolak menandakan ada orang masuk ke kelas. "Syiqin, kasut kau ni. Tadi makcik yang minta tolong kau tu telefon aku. Dia kata kau tertinggal kasut kat hospital. Aku gerak dulu. Saya minta diri dulu ye prof," ujar Rezza pelajar di fakulti kedoktoran sambil membuat tanda peace ke arah Syiqin. Rezza, pelajar lelaki yang amat diminati oleh mahasiswi kerana rupa parasnya yang sangat mirip dengan pelakon Cina. Ditambah pula dengan ketinggian yang boleh dikatakan ideal menjadi pakej pujaan hati ramai orang.
'Oh, Rezza! Nasib baik kau ada," berkata hati Asyiqin.
"Dah. Awak pergi duduk. You just wasted my time. Alright class. Proceed. In part 32(1) has said..."
Asyiqin mengambil tempat duduknya. Kasut yang diberi oleh Rezza tadi dipakai kemas.
'Eh, apa atas meja aku ni? Siapa letak flyers atas meja aku. Suka kau je nak letak. Ingat ni meja kau punya ke? Kalau aku jumpa siapa punya angkara ni, memang kena lah. Eh, kejap. Promosi murah untuk bercuti? Menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan? Tapi kalau dah namanya pun kenangan, mana ada manusia lupa. Lain lah kalau amnesia ke apa. Tapi, hmm macam menarik. Eh, nantilah aku usya kau balik. Aku nak fokus kejap'.
"From this part, our country, Malaysia for sure, not Korea which kpopers choose more to lived in. I am sure some of you are kpopers who some of it are too obsessed with their 'idol'. Am I right, Tina?" Seisi dewan bergelak ketawa melihat Tina terkulat-kulat di tempat duduknya cuba untuk menghadam perlian yang disampaikan. Siapa tak kenal Tina. Budak perempuan yang sanggup menggayakan dirinya mengikut artis kesayangan setiap keluaran album terbaru. Kalau botak artis kesayangannya itu, akan dipakaikan apa sahaja di rambutnya untuk kelihatan sedemikian. Malah, beg galasnya juga mempunyai gambar sekumpulan artis korea yang ditampal olehnya. Kemaruk sungguh.
Dari kejauhan, terdengar seseorang menyanyikan sebuah lagu secara sayup.
Ada sembilan ekor anak ayam,
Tiga dah masuk perangkap,
Tinggal lagi enam.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...