Bab 11

83 2 0
                                    

"What the hell is going on here?!" teriak Fatihah.

"I came here for a vacation. Not for this fucking blood. I must be dreaming. Yeah, sure. Gonna wait for me to wake up and everything will be over," ujar Fatihah sambil memeluk lututnya dan menyandarkan badan ke dinding. Mukanya ditekupkan ke arah kepala lutut.

Dia tidak mahu memikirkan segala petunjuk yang diberikan. Dengan memandang mayat Afiqah sahaja sudah cukup memberikan trauma untuknya. Khayrin, Asyiqin dan Mai sedang berada di dalam bilik itu. Kelihatan bersungguh mencari petunjuk seterusnya.

Petunjuk? Ya. Petunjuk untuk satu lagi nyawa. Nyawa menjadi taruhan permainan. Dilihat pula dari sisi kirinya, Hanis sedang termenung jauh sambil matanya menatap sayup ke arah mayat itu. Air mata seakan kering sehingga tiada lagi titisan untuk dicurahkan. Manakala Aisyah dan Iman hanya duduk tidak jauh dari Hanis. Iman bersiul indah, seolah-olah tiada apa yang sedang terjadi. Aisyah kelihatan muram dan tidak bermaya.

Lalu, ditekupkan semula mukanya. Semua yang terjadi ini terlalu ekstrem. Darah, pembunuhan, dendam. Bukan ini yang diidamkan untuk sebuah percutian yang indah. Bukan ini yang diimpikan untuk mengurangkan beban belajarnya. Bukan ini yang diperlukan untuk menghiasi harinya.

'Siapa lelaki itu? Siapa dia? Apa yang dia tahu pasal aku dan mereka? Apakah kami semua pernah bersahabat? Atau apakah kami melakukan dosa yang sama? Tapi, dosa apa? Arghhhh!' Sakit kepala memikirkan segala persoalan yang tidak mungkin dijawab itu.

Tiba-tiba, Hanis meluru ke arah Fatihah dan menghentakkan kedua-dua bahu Fatihah ke dinding. Fatihah terkejut. Sedikit tersentak dan terasa peritnya bertambah lagi apabila dihentak secara mengejut.

"Hei, perempuan! Aku tak ada masa nak tengok kau jadi gila kat sini. Aku perlukan otak kau untuk berfikir, sayang. Sayang jangan macam ni ye. Aku ... aku nak hidup! Aku nak hidup, setan!!! Dan kalau kau rasa nak berpura-pura jadi gila, silakan. Dan aku takkan tersegan-silu untuk..." ujar Hanis separa berbisik. Pisau yang disorokkan di bahagian belakang baju dikeluarkan perlahan, mencuba untuk mencari sasaran.

Fatihah kaget. Matanya meliar mencari ruang untuk melarikan diri tetapi Hanis sudah terlebih dahulu mengecilkan segala ruang yang ada. Cuma ada satu cara sahaja. Bunuh Hanis sebelum dia dibunuh!

~"~

Sehelai kertas daripada longgokan kertas yang bertaburan itu sudah tidak menampakkan rupa sebenarnya. Berulang kali ayat itu dibaca. Berulang kali juga keluarnya persoalan yang sama. Mai memandang Asyiqin yang masih tekun mencari segala petunjuk yang ada. Mai mengeluh panjang. Berat sekali bunyinya.

"Syiqin," panggil Mai.

"Apa?!" balas Asyiqin, tidak menoleh. Suaranya dikeraskan. Tidak suka andai tumpuan yang diberikan sepenuhnya hilang gara-gara gangguan kecil. Sekarang bukan masa untuk berborak kosong.

"Eh, kau tak reti nak jawab elok-elok ke? Dasar mulut puaka! Kira bernasib baik lah Mai tu nak tolong kau cari kawan kau yang kepeng tu. Siapa nama dia? Hana? Rana? Kana? Ah, sesiapa jelah," sampuk Aisyah. Menambahkan minyak di atas api yang membara.

Asyiqin meletakkan kertas yang berada di tangannya ke lantai. Kaki yang dilunjurkan tadi, mula diangkat lutut sebelah kiri membolehkan lengan kirinya berada di atas lutut. Tangan kanan digenggam erat membentukkan penumbuk yang dipenuhi kemarahan. Mukanya menatap ke lantai. Masih mencari kewarasan.

Aksi itu dilihat dengan baik oleh Aisyah. Tetapi, itu tidak mampu menggentarkannya. Senyuman sinis dilayangkan.

"Kenapa, Syiqin? Kau nak bunuh aku ke? Entah-entah kau yang rancang semua ni. Bagitahu aku dengan lelaki mana kau berkomplot. Dasar murah. Bitch!"

Asyiqin terus berlari menerpa ke arah Aisyah. Kaca yang entah mana datangnya menjadi senjata. Luka ditangan yang mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak tidak diendahkan. Marahnya bukan kepalang. Darahnya mendidih sampai ke kepala.

Aisyah takut. Terlalu takut. Seakan melihat malaikat maut di hadapannya. Peluh dibadan seakan hujan yang menimpa. Dirinya mula menyesal ekoran kelantangan suaranya berbicara kasar. Tetapi, dia bukanlah seorang yang mampu berlari dengan kadar laju yang baik. Aisyah tersadung selepas beberapa langkah dimulakan. Asyiqin mendapatkannya dan duduk di atas perut Aisyah. Tangan kanan mula dilayangkan ke udara.

"Mati kau, sialan!" Teriak Asyiqin menggila.

Namun begitu, belum sempat kaca yang berdarah itunditikam ke arah Aisyah, Mai menahan tangan itu daripada melakukan pembunuhan yang kedua. Mai merampas kaca itu dan mencampaknya jauh daripada tempat mereka. Khayrin tergamam. Berkira-kira untuk campur tangan atau lepas tangan.

"Kau dah gila ke huh?! Kau betul-betul nak bunuh orang? Bangun, Syiqin. Bangun. Tolong lah. Kawan kau perlukan kau, Syiqin. Dia sakit kat sana. Please. Wake up!" Ujar Maisarah. Menenangkan orang yang dikawal oleh perasaan ini bukanlah suatu langkah yang baik. Tapi, itu sahaja yang mampu dilakukan.

Asyiqin terdiam. Matanya mengalir lebat akan titisan keperitan. Dia melangkah bangun dari Aisyah dan menangis semahu-mahunya. Dia terlalu penat. Sayangnya pada sahabatnya itu mengatasi segalanya. Aisyah mengesot ke tepi. Mengesali tindakan bodohnya itu dan bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup.

"Wow! Wow! Wow! Aku dah agak dah. Cerita ini pasti akan jadi menarik. Tapi, tidak aku sangka semenarik ini. Those girls are superb," kata suara itu perlahan.

Berada di kalangan manusia yang terlalu sayangkan persahabatan dan menyaksikan segala-galanya memang satu kepuasan terindah. Tiada satu pun akan ku lepaskan hidup. Hapuskan anganmu itu, wahai jelita. Sebentar lagi temanmu itu juga akan mati. Senyuman jahat disimpul kecil.

FobiaWhere stories live. Discover now