Ruangan tingkat 5 itu direnung tajam. Memerhati sebarang pergerakan yang berlaku sebelum dia mahu bertindak. Nampaknya, ruang tingkat 5 itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti manusia di situ. Sunyi.
Langkahnya kembali besar. Nombor bilik diperhati laju. Bilik 505 menjadi tujuan utama kedatangannya ke situ. Matanya memandang lama nombor bilik itu. Pergerakannya terhenti. Tangannya perlahan-lahan menghampiri tombol pintu tetapi terhenti di situ. Tiada tanda pintu bilik akan dibuka.
Fikirannya melayang. Kakinya menggeletar kuat. Begitu juga tangannya. Badannya sedikit terhenjut akibat tangisan yang mula kedengaran esakan. Gentar dengan apa yang bakal dilihatnya nanti. Dia tidak mahu menjadi insan pertama yang melihat mayat Liyana. Mayat? Apakah Liyana sudah mati? Atau dia masih hidup di dalam bilik ini? Apakah yang Liyana rasa apabila berseorangan dengan pembunuh itu? Takutkah dia? Putuskah harapan Liyana untuk hidup? Adakah dia menantikan pertolongan aku? Oh, tidak! Aku tidak mahu berhadapan dengan apa jua yang tersimpan di sebalik pintu ini.
Tangan Asyiqin ditepis lembut oleh Aisyah dan terus tombol pintu itu diputar, membuka pintu yang menghalang pemandangan dalam. Aisyah memberanikan diri untuk masuk ke dalam tetapi sempat ditahan oleh Asyiqin.
"Biar...biar aku masuk...dulu. Aku...selamatkan dia...sepatutnya aku yang selamatkan...Liyana," Aisyah mengangguk tanda faham. Kaki kanannya ditarik semula ke luar, membenarkan Asyiqin untuk maju ke hadapan.
Langkahnya masih lagi perlahan tetapi tetap maju ke hadapan. Esakannya tidak juga hilang. Bilik itu, selain dihiasi dengan bunga rose yang bersepah di lantai, semuanya tampak kemas. Seperti tiada pergelutan yang berlaku. Mungkin saja bukan di sini biliknya.
Selepas melepasi bilik air, Asyiqin menghampiri katil. Ada seseorang yang sedang terbaring di atas katil itu. Mereka yang lain berada di belakangnya. Mengekalkan jarak 60 cm di belakang Asyiqin.
"Aku rasa biar aku yang patut tengok,"ujar Maisarah memecahkan suasana sunyi. Asyiqin menoleh.
"Tak. Dia kawan aku. Jadi, aku yang patut...," Kotak suaranya seakan tidak mahu mengeluarkan bunyi. Dia kelu. Tidak tahu apa sebenarnya yang dia mahu lakukan. Bukan. Tidak tahu sebenarnya apa yang patut dilakukan.
"Patut selamatkan dia? Kita semua tahu sekarang ini kita berada dalam permainan pembunuhan. Kau tak patut salahkan diri kau. Sebab kau bukan pembunuh,"balas Mai separuh merayu.
"Habis itu, siapa pembunuh? Kau?" Asyiqin memusingkan badannya. Kini, dia berhadapan dengan Maisarah sepenuhnya. Senyuman sinis kelihatan nipis di bibir Mai sebelum menghilang.
"Mungkin"Lelah berlari melintas titi
Berdarah terpijak akan duri
Percayalah jangan rasa hati
Kelak binasa memakan diri--------
Pendekkan sambungan kalini? Sorryyy. I'm stuck. Btw, Fobia sekarang berada di ranking ke-183 in Mystery/Thriller. Beberapa hari yang lepas, ranking 300 something. See? Naik mendadak. Mana tahu lepas ini dapat jadi top 10 :p Thank you readers. Thank you so much.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...