Keadaan yang sebentar tadi penuh dengan pergelutan dan kekacauan emosi nampaknya sudah mula reda. Kelihatan mereka berada dalam jaraknya yang tidak terlalu jauh antara satu sama lain. Mencari ketenangan, barangkali.
"Girls, come here. I think I've found the solution," ujar Mai sambil menyusun kertas contengan di hadapannya. Mereka yang lain memandang sekilas sebelum seorang demi seorang menghampiri Mai.
"Okay. Ini adalah nombor-nombor yang terdapat dekat seluruh badan mayat Afiqah. And kita jumpa satu persamaan yang menggunakan simbol sahaja," Mai berhenti seketika. Cuba menarik nafas baru sambil memandang seorang demi seorang.
"Simbol ^ melambangkan dahi sebab dia berada paling atas sekali dalam kelima-lima torehan. Simbol I> pula ialah simbol untuk lengan kanan, dan bertentangan dengan simbol I< untuk lengan kiri. Manakala, simbol L> bermaksud kaki kanan dan L< ialah kaki kiri.
Dalam persamaan tu, (I> + L<) - I< - ^. Kalau kita gantikan kepada nombor, (0302 + 1704) - (0607 - 0107) yang membawa kepada jawapan akhir iaitu ... 505. Aku rasa," ujar Mai perlahan, meruntuhkan semangat mereka yang lain.
"Kau rasa?! Kau cakap aku rasa?! Kau buat lawak ke sekarang ni, huh?!" Tempik Fatihah. Kertas-kertas di hadapannya dipijak sehabis lumat. Aisyah berdiri di sebelah, memegang tangan Fatihah.
"Sabar, Teha. Sekarang ni kita main dengan nyawa orang. Kita takkan yakin dengan jawapan kita ada. Kalau kau berada di tempat dia pun, kau tak akan yakin dengan diri kau. Macam mana kalau jawapan tu salah? Nyawa Yana yang hilang dekat si jahanam tu. So, please. Don't act like this," Fatihah terdiam. Tidak tahu mahu kata apa lagi. Tidak tahu sama ada mahu meneruskan amukan atau menerima seperti apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu.
"Dah habis drama dekat sini? Aku nak pergi bilik 505. Aku nak selamatkan Yana. Teha, kalau kau nak jadi gila, kau boleh duduk sini tunggu giliran kau pula untuk mati. Aisyah, kau boleh temankan dia. Tapi kalau kau rasa nak ikut, hentikan semua drama bodoh ni," kata Asyiqin sambil berlalu pergi menuju ke arah tangga. Sudah 3 anak tangga didakinya, namun masih tiada siapa yang bergerak dari tempat mereka.
Ah, aku tak peduli. Dalam dunia ini, manusia hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Jadi, aku tidak hairan dengan semua ini. Sama ada Yana ada atau tidak dalam bilik itu, aku akan cara sampai jumpa. Walaupun hanya dapat bertemu dengan mayat.
Namun begitu, tumpuan Asyiqin dihalang. Langkahnya terhenti.
"Who's there? Pem. Pem what? Pembunuh you HAHAHAHAHAHAHA." Sengaja si pembunuh itu bersuara di pembesar suara untuk memeriahkan dan menceriakan suasana. Sungguh, dia nampak terlalu bahagia dalam situasi sebegini.
'Aku akan pastikan kau mati, bedebah!' Satu dendam telah terukir dalam hati Asyiqin kala ini. Jari-jemarinya digenggam erat.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...