Bab 8

124 3 1
                                    

Fatihah terkedu. Seluruh badannya terketar melihat mayat Afiqah yang tergantung di dalam bilik itu. Menjadi insan pertama yang melihat sesuatu keburukan itu, bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Pandangannya dihalakan seketika ke arah mayat itu. Namun pantas ditoleh semula. Dia tak berani. Mukanya yang pucat tanpa darah itu sudah terlalu cukup untuk menggambarkan betapa takutnya dia ketika itu.

Pandangannya dihalakan pula ke arah rakannya yang lain. Ada yang menangis tersedu-sedan, ada yang hanya merenung kosong ke arah lantai. Dan Hanis, masih berdiri memandang tanpa berkelip ke arah mayat Afiqah. Air matanya kelihatan mengalir laju tanpa dikesat. Bunyi mikrofon kedengaran. Mereka yang lain mula untuk memandang ke arah siling dinding untuk mencari sumber suara. Perhatian diberikan.

"Anak tunggal kepada Abu Hassan dan Rozita telah menghembuskan nafasnya buat kalinya terakhir pada jam 8.10 malam. Semoga Nur Afiqah tenang hendaknya di sana." Kata lelaki itu. Tawa kecil kedengaran setiap kali bait-bait perkataan itu diucapkan.

"Baiklah. Jangan habiskan masa kalian dengan air mata pada waktu sekarang. Kerana ada banyak lagi maut yang menanti. Kita akan beralih ke peringkat yang seterusnya. Seperti yang anda lihat, kini anda hanya tinggal bertujuh," kata lelaki itu lagi.

Tujuh? Selepas kehilangan Afiqah, sepatutnya berlapan. Siapa yang hilang?

"Oh. Mesti kalian tidak sedar, bukan? Meratapi pemergian Afiqah sehingga tidak sedar kehilangan sahabar di sisi. Kasihan Liyana," sambung lelaki itu. Suara mengejek yang sengaja dibuat menambahkan rasa marah di hati Asyiqin.

"Bedebah kau! Mana kau sorokkan Yana, huh?! Dasar banjingan" tempik Asyiqin. Badannya di pusingkan ke kiri dan kanan kerana tidak mengetahui dimana suara lelaki itu berada. Mukanya bengis.

"Sungguh berani. Nampaknya cik adik tidak gentar dengan kebolehan saya untuk membahagiakan Yana. Begitu?"

"Jangan kau sentuh dia, syaitan!" Tempik Iman pula.

"Syaitan? Nama yang menarik. Jadi, dalam tempoh 30 minit, syaitan ini mengumumkan peringkat kedua bermula dari sekarang!"

Peringkat seterusnya bermula. Apa yang harus dilakukan oleh mereka? Tidak siapa yang harus mati lagi. Liyana mesti diselamatkan!

FobiaWhere stories live. Discover now