Bab 6

117 3 1
                                    

"Aku rasa tak sedap hatilah, Hanis," ujar Fiqah. Badan dibaringkan ke atas katil. Kaki dilunjur lurus. Melepaskan lelahan akibat keletihan. Mereka sampai ke Resort Biru Kasih apabila maghrib menjelang. Kuliah perakaunan yang terpaksa dihadiri oleh Hanis menyebabkan mereka lewat sampai ke resort itu.

Mai dan Khayrin pula berada di bilik 739. Amat jauh daripada bilik mereka iaitu 719. Malah tingkat bilik mereka merupakan tingkat ketiga tertinggi. Hendak dikatakan hotel ini penuh, tidak kelihatan seorang manusia pun kecuali pekerja di kaunter yang agak suram.

"Kau yang ajak. Lepastu, kau sendiri yang seram. Nak kena Fiqah ni,"ujar Hanis. Tangan digayakan mahu mencubit Afiqah. Afiqah mengelak segera. Hanis yang terlepas peluang itu hanya tergelak kecil.

"Sis cakap je sis rasa seram. Bukan sis kata sis nak balik," balas Afiqah. Pandangan dihalakan ke siling dinding. Perasaannya masih lagi begitu. Berasa tidak selamat.

Belum sempat Hanis membalas, pintu bilik diketuk kuat. Hanis dan Afiqah yang sedang bersenang-lenang di atas katil mula berpandangan sesama sendiri. Hanis mengalah. Hendak menunggu Afiqah membuka pintu, alamat esoklah baru dibukanya.

"Sekejap. Ya, encik. Kenapa?" Seorang lelaki berada di hadapan pintu bilik mereka. Mukanya ditutup. Matanya menunduk ke bawah. Mungkin ada penyakit orang ni. Hanis bersangka baik.

"Cik dan kawan cik dijemput ke majlis perpisahan pada malam ni. Pada pukul 8 malam di dewan makan hotel. Disarankan untuk cik memakai seluar. Lagi senang untuk berlari," kata lelaki itu. Hanis mengerut dahi. Pelik. Buat apa hendak berlari dalam dewan makan? Ada sukaneka ke?

Belum sempat Hanis bertanya, lelaki itu berlalu pergi sesudah jemputan disampaikan. Hanis memanggil beberapa kali, namun lelaki itu tetap berjalan ke hadapan tanpa menoleh. Hanis membiarkan. Pasti ada sebabnya tersendiri mengapa mengenakan syarat pemakaian sedemikian. Pintu bilik ditutup dan kembali ke arah katilnya.

"Siapa tu, Hanis? Macam suara lelaki,"tanya Fiqah. Perasan ingin tahu membuak-buak.

"Malam ni ada majlis perpisahan. Kita dijemput. Aku pun tak tahu siapa nak berpisah. Ada lah tu kot. Pengurus dia agaknya nak berpisah. And dia suruh pakai seluar. Jangan tanya kenapa,"kata Hanis menyampaikan jemputan tadi.

"Bestnya. Mesti makan besar kan malam,"balas Afiqah. Di mindanya sudah mula terbayang udang, sotong dan makanan laut yang lain. Makin lapar jadinya. Tidak sabar mahu ke majlis itu pada malam ini.

~''~

Suasana di dewan makan itu agak suram. Kelihatan Mai dan Khayrin sahaja dikenalinya. Namun begitu, masih lagi timbul rasa was-was di hati Hanis. Semua yang hadir pada malam itu adalah berjantikan perempuan. Mungkin orang yang mengalami perpisahan itu adalah perempuan. Siapa tahu.

Masing-masing mengambil tempat duduk yang mempunyai tanda nama mereka di meja makan. Kerusi itu cukup 9 bilangannya. Afiqah duduk di kerusi tengah yang membezakan barisan kiri dan kanan. Atau lebih dikenali sebagai kerusi ketua.

Disebelah kanannya terdapat Yana, Iman, Aisyah dan Hanis. Manakala di sebelah kirinya pula ialah Fatihah, Asyiqin, Khayrin dan Mai. Suasana agak sunyi memandangkan mereka duduk bersebelahan dan berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Hanya bertemankan lilin di atas meja yang tidak diketahui fungsinya dan lampu yang terang menyala.

Secara tiba-tiba, lampu ditutup. Jeritan kecil kedengaran. Bertemankan lilin di atas meja, mereka masih lagi dapat melihat persekitaran di hadapan dan disebelah mereka. Itu sahaja. Penglihatan mereka agak terbatas.

"Welcome to the show, ladies. I guess all of you are too excited for this night, right? I'm so sorry, ladies. There is no food to be served," kata lelaki itu. Bayangan lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana. Cuma kedengaran suara sahaja. Mereka mendengar dengan teliti. Gimik show, rasanya. Cuba untuk menyedapkan hati. Mereka ternanti-nanti ucapan dari lelaki itu.

"Tapi, jangan risau. Saya dah sediakan games untuk awak semua. Cuba lihat di tempat duduk kerusi ketua," sambung lelaki itu lagi. Mereka menoleh ke arah tempat duduk yang dinyatakan sebentar tadi. Tempat yang sepatutnya diduduki oleh Afiqah. Kini sudah tiada!

Ada sesuatu yang tidak kena. Ya. Ini memang majlis perpisahan. Tetapi perpisahan antara mereka! Perkara ini harus dihentikan.

"Mana Fiqa? Pulangkan balik dia. Kau jangan nak buat magic kat sini. Aku taknak tengok. Mana Afiqah?!" Tempik Khayrin. Itu sahaja yang mampu dilakukan dalam situasi gelap ini.

"Sabar dulu, Khayrin. Permainan baru hendak bermula. Nanti pasti kamu semua menjumpai dia. Cumanya kamu ada permainan yang harus diselesaikan dahulu sebelum sahabat sejati kalian dijumpai,"sambung lelaki itu. Ada sedikit sindiran pada akhir ayat itu. Suaranya sinis.

Khayrin terkejut. Begitu juga yang lain. Lelaki itu mengenali mereka. Apa yang dimahukan lelaki itu? Tetapi yang paling penting, siapakah lelaki yang bertopengkan suara itu?

"Let the game begin!"

FobiaWhere stories live. Discover now