Pinggan yang diisi dengan nasi putih yang menggunung, 2 ketul ayam masak merah, sayur sawi, sedikit belacan, papadom dan air teh ais itu diletakkan di atas meja. Sedikit terhentak bunyinya. Untung sahaja nasi tidak bertaburan.
Rezza tersenyum nakal. Hidangan itu amat membuka seleranya. Lantas, dia terus menikmati hidangan tersebut tanpa melihat wajah si gadis yang menghantar makanan itu. Kerusi dihadapannya ditarik.
"Kau beruntung tahu dapat kawan macam aku ni. Kalau ikutkan, tiada siapa nak layan kau dengan nafsu makan kau yang besar ni. Nasib aku kenal kau dari kecil. Besar kecil, besar kecil je aku tengok kau ni," rungut Asyiqin sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia cukup tidak gemar untuk beratur panjang semata-mata untuk beli makanan. Lebih baik dia mengkaji sejarah negara. Sekurang-kurangnya berfaedah juga daripada menghabiskan masa dengan beratur sahaja.
Tetapi pada hari ini, dia terpaksa juga menggagahkan diri untuk membeli makanan sebagai upah kerana Rezza telah menolongnya melepaskan diri dari cengkaman Prof. Alina. Sudah puas dipujuk suruh meminta upah yang lain, namun tidak berhasil. Rezza lebih menggemari makanan daripada benda-benda yang menghiburkan dan tidak sepatutnya di luar sana.
Rezza hanya tersenyum. Mengetahui kelemahan rakannya itu merupakan satu kemudahan yang terbesar bagi dirinya. Kalau diikutkan rancangan jahatnya, dia boleh sahaja meminta Asyiqin untuk menyiapkan tugasan yang berlambak itu. Pasti Asyiqin tidak akan menolak. Tetapi otak Asyiqin yang lagi penuh dengan muslihat itu yang ditakutinya. Silap-silap semua tugasan itu dibuang di dalam tong sampah. Rezza menggeleng kepala. Tidak sanggup memikirkan kemungkinan itu. Meminta upah makanan merupakan jalan terbaik. Sekurang-kurangnya dapat juga dia berjimat pada hari itu.
"Apa kau geleng-geleng kepala? Nak je rasanya aku campak buku ni kat kau," ujar Asyiqin.
"Kau ikhlas tak ni?" Tanya Rezza. Suapan dihentikan. Cuba menimbulkan rasa bersalah di hati Asyiqin.
"Ikhlas lah. Alaah, aku bising sikit pun kau nak sentap lebih. Dah lah. Makan lah kau puas-puas. Aku nak ke library. Apa-apa hal, whatsapp aku tahu," kata Asyiqin sambil berlalu pergi dari cafe menuju ke perpustakaan yang terletak terlalu jauh dari situ. Rezza hanya mengangkat tangan kiri sebagai tanda mengerti.
~''~
Helaian demi helaian di selak. Buku rujukan Law of Malaysia Act 574 Penal Code itu diteliti dengan fokus. Sesekali mulutnya akan membaca perlahan setiap bait perkataan yang terdapat di dalam buku itu. Sudah menjadi tabiat buat dirinya. Konsep membaca sahaja tidak akan membantu menguatkan ingatan seseorang individu.
"Whoever does anything with the intention of causing wrongful
gain to one person, or wrongful loss to another person, irrespective
of whether the act causes actual wrongful loss or gain, is said to
do that thing “dishonestly”," Asyiqin membaca perlahan kandungan isi yang berada di dalam buku rujukan itu. Dahinya mula berkerut. Dishonestly?"Sorry for disturbing you. Can I seat at here?" Insan yang bersuara lembut itu menanyakan soalan. Fokusnya kepada ayat itu sudah hilang. Kepala Asyiqin dinaikkan sedikit untuk melihat siapa yang berani mengganggunya di saat otaknya sudah mula mahu berkerjasama dengan keinginan hati untuk mengkaji. Jika dilihat dari sudut pandangan gadis yang tinggi lampai dan putih mulus itu, riak muka Asyiqin terlalu seram untuk digambarkan. Seolah-olah ada isyarat lain yang menyuruh gadis itu ke meja lain. Padan sahaja kerusi di meja ini kosong. Seboleh-boleh mereka yang lain mampu menyempit di meja yang sempit.
"Duduk jelah, Yana. Kerusi dekat library ni pihak Universiti yang punya," ujar Asyiqin memberi izin. Lalu Yana yang ditemani oleh Iman mengambil tempat masing-masing.
"Scary-nya muka kau, Syiqin. Muka macam nak makan orang. Kalau jodoh kau nampak kau buat muka macam tu, lari tahu tak jodoh kau," bebel Iman. Asyiqin dan Yana hanya tersenyum. Mahu sahaja mulutnya membalas apa yang dikatakan oleh Iman tetapi buku dihadapannya itu lagi penting untuk dipersoalkan. Buat seketika, meja itu kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi kerusi ditarik, pelajar yang mengeluh dan buku yang dibuka tutup. Lumrah apabila duduk di perpustakaan. Senyap itu menjadi kepastian.
Tiba-tiba, Iman mengetuk meja itu dengan kuat sehingga menarik perhatian pelajar lain untuk memandang kearahnya. Iman tersengih memohon maaf. Insan yang bertubuh genit itu terlalu teruja untuk menanyakan soalan yang disimpannya dari tadi.
"Syiqin. Kertas apa kat bawah buku kau tu?" tanya Iman. Jari telunjuknya ditunding ke arah bawah buku Law of Malaysia.
"Oh. Kertas ni. For vacation. Wanna come along? Alang-alang aku pun takde member nak gerak sekali," kertas iklan itu beralih tangan. Iman dan Yana merapatkan bahu mereka untuk melihat kertas itu dengan lebih jelas dan terperinci.
"Nak lah ikut!!!" Jerit Iman. Lagi sekali reaksinya yang tidak diduga itu menarik perhatian pelajar lain. Bunyi shhh kedengaran seketika. Iman hanya mampu memberikan sengihan sekali lagi.
"Ikut jelah. Boleh lah tu gerak sekali. Senang sikit kan. Okay tak, Yana? Atau kau ada hal penting?" Tanya Asyiqin. Nur Liyana Khairani atau lebih digemari dengan panggilan Yana merupakan antara pelajar yang banyak menghabiskan masa dengan belajar. Entah macam mana perkembangan otak dia, tiada siapa ketahui. Mungkin Yana mempunyai perkaitan dengan Albert Einstein.
"Aku okay je. Tapi jangan cancel last minute sudah. Aku malas nak susun baju dua tiga kali," kata Yana.
Kata putus sudah diberi. Iman tersenyum gembira. Asyiqin kembali menoleh ke arah buku perundangan Malaysia dan Yana tidak sudah lagi diusik Iman. Manakan tidaknya, Yana yang banyak menghabiskan masa dengan buku telah memilih untuk meluangkan masa dengan bercuti. Pasti berita itu cukup hangat diperkatakan jika ditampal di papan penyata. Terbayang oleh Asyiqin seketika akan saat itu berlaku.
Sembilan sudah ku kejar,
Datang ke mari,
Bakal ku tunjukkan,
Memori gelap buatmu
YOU ARE READING
Fobia
Misterio / SuspensoSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...