Ganjil sembilan,
Nombor kesukaan,
Pahit itu kan dirasakan,
Sejijik darah,
Yang diteguk minum,
Demi dendam kesumat.Mari ke mari,
Mari bersamaku,
Mati bersilih mati,
Kan ku tunggu detik itu!"Ish. Lagu apa kau buka ni? Mengarutlah. Dendam, mati. Creepy," kata Iman.
Liyana, Iman dan Asyiqin sedang menuju ke Gunung Ledang untuk menghabiskan masa mereka dengan percutian yang indah. Hasil persetujuan semua, mereka hanya menggunakan satu kereta sahaja iaitu dengan menggunakan kereta Liyana yang ternyata lebih besar dan selesa jika ingin dibandingkan dengan lain.
Dalam masa yang sama juga, kelihatan kereta Aisyah dan Fatihah berada di belakang kereta mereka bertiga. Asyiqin kerap memerhati kenderaan itu melalui cermin tengah pandang belakang memandangkan dia merupakan pemandu kereta untuk hari itu. Mindanya ligat berfikir kemanakah yang menjadi destinasi insan berdua itu.
"Biarlah. Lagu macam tu baru feel," bantah Asyiqin. Matanya difokuskan di jalan raya.
"Betullah tu. Feel scary nak mampus,"balas Iman dengan jawapan yang menusuk ke jiwa. Asyiqin tidak mengambil endah. Liyana di kerusi belakang tidak masuk campur dalam hal mereka berdua. Earphone dikeluarkan dan disumbat ke telinga. Memasang lagu yang lebih selesa didengari.
"Mana kau download lagu ni?" Tanya Iman lagi. Tangan kanannya cuba untuk menutup telefon pintar Asyiqin itu daripada terus berkumandang. Asyiqin dapat mengesan tindakan itu. Tangan Iman ditepis ke tepi. Iman menjeling.
"Aku tak download pun lagu tu. Ada orang hantar kat aku pagi tadi. Melalui whatsapp. Belum sempat aku nak tanya siapa, dia dah block aku dulu. Aku rasa dia peminat aku lagi. Hahahaha," gurau Asyiqin. Ketawanya menjadi terbahak-bahak mengenangkan kembali ayat pujian itu tadi. Dasar tak sedar diri.
"Baguslah kau ada peminat. Jangan pembunuh sudah. Buatnya lagu ni ada seru apa-apa ke. Kalau aku kena, aku salahkan kau," ujar Iman sambil berpeluk tubuh. Pandangannya diarahkan ke cermin sisi pandang belakang. Dahinya berkerut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya tika itu.
"Qin. Qin. Dengar lah ni," kata Iman. Matanya masih lagi memandang fokus ke arah cermin.
"Aku kenal kereta tu. Itu bukan kereta Fatihah? Budak acah sopan kat U kita tu kan? Eww, apahal dia ikut kita ni. Tahu lah kau hot, Syiqin," kata Iman sambil bergurau. Asyiqin yang mendengari setiap bait perkataan Iman itu hanya mampu memberi jelingan kurang senang. Ayat akhir Iman lagi menambahkan kurang senang di dalam hatinya.
Apakan daya, kekurangan sahabatnya itulah yang harus diterima dengan sepenuh hati. Tiada manusia yang lalai dari melakukan kesilapan. Sahabat itu bukanlah sahabat jika berpandukan 'kawan makan kawan'.
"Aku dah nampak dari tadi. Pelik juga. Ke mana dia orang nak pergi. Berhentikan kereta lah. Aku nak tanya diorang,"balas Asyiqin. Kereta dihentikan di bahu jalan. Tangan kanannya memberi isyarat kepada Fatihah dan Aisyah yang berada di dalam kenderaan itu. Isyarat itu ditangkap oleh mereka berdua.
"Eh, kenapa Syiqin tu? Ada masalah kereta ke?" Tanya Fatihah.
"Kau buat tak tahu je. Aku tak suka lah dia. Mulut macam puaka. Perangai pun sama je," kata Aisyah. Bencinya terhadap Asyiqin makin membara. Entah sebab apa dibencikannya, dia sendiri tidak mengetahui. Puas diingati sebab utama pembencian antara dua pihak itu, namun jawapan diminda cukup menghampakan.
"Tak baik lah cakap macam tu. Aku rasa dia ada masalah tu. Aku nak berhenti kejap," putus Fatihah. Kereta diberhentikan. Aisyah hanya merengus. Tiada apa yang boleh dilakukan. Fatihah yang memandu kereta. Tambahan pula, kereta itu milik Fatihah yang menjadi sebab segala tingkahlaku Aisyah dikunci. Fatihah melangkah keluar.
"Kenapa, Syiqin?" Tanya Fatihah. Jarak antara mereka didekatkan.
"Takde apa. Dari tadi nampak kereta kau. Kau nak ke mana?" Tanya Asyiqin pula. Persoalan di benak fikiran harus dipenuhi.
"Aku dengan Aisyah plan nak ke Gunung Ledang. Nak bercuti hilangkan tekanan. Otak aku dah sebu asik hadap buku," kata Fatihah berucap panjang. Asyiqin mengangguk kecil.
"Samalah kita. Aku pun nak ke sana juga. Moh ler kita gerak sekali. Ramai-ramai lagi meriah, ye dok?" Tawar Asyiqin sambil bergurau. Pantas sahaja Fatihah bersetuju. Lalu, kedua-duanya kembali ke arah kereta dan memandu ke destinasi yang dituju secara konvoi.
'Percutian ini pasti akan menjadi seronok. Pasti!' Getus hati Asyiqin. Manakala Iman yang mengetahui akan hal itu menyumpah seranah di dalam hati. Riak muka Iman menunjukkan dia kurang senang akan kehadiran Fatihah. Asyiqin juga begitu. Kurang senang dengan kehadiran Aisyah. Tetapi, lebih baik ego dibuang seketika. Destinasi mereka sama. Jadi susah senang boleh dihadapi bersama walau suasana agak dingin.
~''~
Hotel Biru Kasih
"Wah, bestnya! Kita dah sampai," teriak Aisyah kegirangan. Mereka berlima berkumpul bersama-sama dihadapan pintu gerbang hotel itu. Beg baju dan barang yang lain diletakkan di sisi tuan empunya. Asyiqin membuat muka meluat. Kebingitan suara Aisyah itu amat tidak digemarinya. Walaupun dia boleh dikatakan sebagai seorang yang optimistik bagi pandangan orang lain, tetapi tidak bagi Asyiqin.
"Dah habis memekak nanti, naik atas pergi dekat kaunter. Aku nak check-in kejap. Jangan ada yang tiba-tiba dah masuk dalam kolam sudah," perli Asyiqin. Barangnya diangkut ke dalam. Tidak berminat untuk mendengar balasan kata yang seterusnya.
"Eee, kurang ajarnya! Aku dah kata dah kan, Tehah. Mulut dia tu kalau aku bawa cili, memang aku cilikan juga," marah Aisyah. Tangannya digenggam kuat dan menumbuk angin. Membayangkan Asyiqin yang ditumbuknya. Sikapnya akan berubah setiap kali dia bersama Asyiqin. Aisyah bukannya seorang yang pemarah malah jauh sekali ingin bereaksi untuk memukul sesiapa. Ibarat ada sumpahan ada mereka berdua.
Iman dan Liyana yang menjadi penonton setia sandiwara itu memandang sesama sendiri. Langkah Asyiqin dituruti. Tidak mahu berlama-lama berdiri di situ. Takut nanti mereka pula yang dipukulnya.
"Dah, jom! Tak payah kau nak membebel kat sini," ajak Fatihah. Barang-barangnya juga diangkut bawa masuk ke dalam. Aisyah yang cemberut itu terus mengikuti langkah Fatihah. Tidak mahu ditinggalkan keseorangan.
~''~
"Tehah, tunggulah aku," rengekan Aisyah kedengaran dari bilik itu. Dari kejauhan, setiap tindak-tanduk dan percakapan mereka diperhatikan.
Masih belum cukup. Rancangan tidak akan berjalan selagi tidak cukup mereka yang harus dikorbankan. Lelaki misteri itu menumbuk dinding. Mukanya membengis. Sakit sudah tidak bermakna buatnya lagi. Beberapa saat selepas itu, dia tersenyum. Dia bergerak perlahan ke tempat penyimpanan perkakas tajam. Pisau dikeluarkan dan diasah perlahan.
Jangan risau. Mereka pasti akan datang.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...