Berdenyut-denyut kepala yang dirasainya sekarang ini. Dia berada di pembaringan. Tangan dan kaki cuba digerakkan, tetapi tidak seinci pun ia bergerak. Diikat rapi dengan rantai besi yang sangat berat. Badannya yang terlalu kurus itu tidak mungkin mampu memutuskan ikatan itu.
Seketika kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka. Liyana terus melelapkan mata, cuba berpura-pura masih pengsan demi menyelamatkan diri.
"Eh, tak bangun lagi ke? Hmmm. Macam mana eh nak kejutkan orang daripada tidur ni? Guna cara ini lah," ujar lelaki itu sambil tangannya mengambil cawan yang dipenuhi asid lalu dititiskan di atas kaki kanan Yana.
"AHHHHHHHHH! Sakit! Sakit! Jangan .... jangan ..." Menjerit Liyana sambil esakannya terdengar kuat. Kelihatan kakinya mula menampak lubang yang dalam.
Pasti terlalu sakit. Tersenyum lelaki itu mendengarkan esakan itu. Namun, dia masih belum puas. Cawan tersebut diletakkan di atas meja. Kemudian, secara perlahan dia kembali mendekatkan diri kepada Liyana. Tangannya menyentuh lembut pipi Yana yang mulus itu. Lelaki itu tersenyum menawan.
"Apa ... salah aku ... pada kau? Kenapa..." Soalan itu membuatkan riak wajahnya berubah menjadi bengis. Seakan serigala yang mahu merobek isi mangsanya.
"Nak tahu salah kau apa? Nak tahu ke? Atau saja buat tak tahu. Hey! Pandang aku. Pandang! Pandang, aku cakap!! Kenal aku siapa? Kenal tak?" Terbeliak mata Yana apabila matanya mula terlihat satu imej yang sangat dikenalinya. Air matanya makin laju mengalir. Ya, lelaki ini! Lelaki yang sangat dikenali. Tidak akan pernah sekali pun wajah ini dia lupakan. Tidak, bukan hanya dia sahaja. Muka ini juga sentiasa menjadi corak kehidupan setiap perempuan yang masih hidup itu. Mengapa dia melakukan semua ini? Semua pembunuhan atas dasar untuk melampiaskan dendam? Atau ...
"HAHAHAHA. Kenal ke tak, huh?! Handsome tak aku sekarang ni? Alalala kenapa ni? Sakit ye? Takpe, nanti tidur ye. Abang taknak kacau hidup awak lagi. Tapi janji jangan jerit kuat-kuat. Shhh, jangan nangis. Muka awak cantik. Abang nak cantikkan lagi,"
Langkahnya kembali semua ke arah meja yang dipenuhi dengan alatan-alatan yang masih bersalut dengan darah itu. Cawan berasid digapai perlahan.
"Tolong. Aku minta ampun. Tolong aku. Lepaskan aku. Kenapa kisah lama dibangkitkan semula? Tolong... aku nak hidup," merayu Yana sambil meronta-ronta dalam air mata dan kesakitan.
Pergerakam lelaki itu terhenti. Mindanya seakan mengimbau masa silam yang perit baginya. Wajahnya sedih. Matanya yang mencerlung sebentar tadi mula menunjukkan tanda kesedihan teramat.
Tetapi, sememangnya tugas syaitan itu untuk menghasut anak Adam melakukan dosa. Menemaninya di akhirat kelak. Senyuman sinis mula terukir.
"Boleh. Aku akan benarkan kau hidup. Tetapi cuma hidup dalam kenangan!"
Hanya jeritan panjang kedengaran dan semakin lama semakin perlahan sehingga tiada lagi jeritan ngeri untuk didengarkan. Dia tersenyum puas. Tiada lagi kecantikan untuk ditatapi oleh para lelaki diluar sana.
"Aku dah selamatkan kau, Yana. Kau patut berterima kasih. Sekarang aku perlu selamatkan yang lain pula daripada mereka terus melakukan dosa," ujar lelaki tersebut meninggalkan gadis malang itu dalam berkeadaan yang tiada rupa untuk dilihat. Kecantikannya sudah memudar diganti dengan kengerian.
Cantiknya rupa parasmu,
Alangkah indah jika
Cantik juga budi hatimu.
YOU ARE READING
Fobia
Mystery / ThrillerSebuah percutian yang indah bertukar menjadi tragedi berdarah dalam masa satu malam. Siapa sangka persahabatan yang telah lama dibina, akhirnya diuji dengan pembunuhan. Seorang demi seorang meninggalkan mereka dengan cara kematian yang tidak disangk...