8 | Rentap Tangan

73.5K 1.4K 72
                                    

[ Media ]
Davika dan Marc

[ Terjemahan ]
mae emak
phaw ayah
nong adik

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Sikit hatiku terharap ianya ialah Marc, tapi apabila aku dengar suara Marc di mikrofon bergabung dengan pasukan koir tak bertauliah di ruang utama ini, aku tahu ia bukan Marc. Suasana yang kini hanya diterangi lampu disko membuatkan aku terkelip-kelip mata cuba mengecamkan wajah di depanku.

Isaac.

"Menari dengan I! Ni memang lagu wajib Marc bila ada parti, dia orang semua suka and mesti request Marc perform! So, malam ni dia orang nak kasi junior tengok salah seorang anak emas Flexi dari Flexian Muse!" Isaac yang juga bergoyang badan menjerit di telingaku, cuba melawan bising dari keliling kami.

Aku sikit pelik dengan Isaac. Bukan ke awal tadi dia macam bertegang urat dengan Marc? Sekarang, dia seperti mengagungkan Marc pula. Aku cuma tersenyum kecil, kekok mahu menari dengannya tapi tangannya pantas merangkul pinggangku.

"Menari je, I bukan nak fuck pun. Maybe later, but not right now." Bisik Isaac lagi.

"Awak, maaf. Saya memang tak faham Inggeris." Balasku, tapi Isaac cuma menarik senyum sinis. Aku cuba tolak perlahan-lahan rangkulan tangannya di pinggangku, tapi Isaac malah merapatkan tubuhnya padaku, tepat-tepat saat lagu tamat dan semua orang di sekeliling kami bersorak.

"You nak takut apa dengan I? I cuma nak menari je." Isaac masih dalam mood berbisik.

"Tapi, lagu dah tamat." Balasku, masih cuba melonggarkan rangkulannya.

"Lagu Marc dah tamat, lagu parti sambung balik." Dan serentak itu, DJ kembali memutarkan lagu rancak tadi. Melihatkan ketidakselesaanku, Isaac longgarkan pelukannya dan berbisik, "Menari dengan I, itu je yang I minta."

Aku akur akhirnya. Dengan penuh keterpaksaan, aku mengangguk dan kembali menari seperti awal-awal dengan Trish tadi. Lama-kelamaan, perasaan kekok menghilang sedikit apabila aku perasan semua orang pun sudah kembali menari.

Tapi, keselesaan itu tak bertahan lama.

Aku jadi canggung kembali apabila Isaac mula menyentuh tubuhku. Aku fikir dia tak sengaja, tapi apabila ia semakin kerap, aku jadi tak selesa. Bermula di pinggang, kemudian diturunkan ke bawah sikit, kadang ditekap di belakang pula. Tubuhnya juga makin merapat.

"Saya nak ke tandas sekejap." Bisikku di telinga Isaac. Aku kekalkan reaksi normal, tak mahu dia curiga apabila Isaac dengan selamba menarikku ke dalam pelukannya. "Pergi tandas je, kan? Lepas tu, you datang sini balik?"

Aku menarik senyuman palsu dan berbisik di telinganya, "Ya. Sekejap eh." Dan Isaac termakan umpan. Lambat-lambat dia melepaskan pelukannya dan aku terus meredah lautan manusia yang sibuk bergesel sambil menari untuk melarikan diri.

Dalam aku panik cuba memikirkan tempat untuk aku menyorok dari pandangan Isaac, tanganku direntap lagi.

"Marc?" Bagai nak luruh jantung apabila lelaki yang aku cari awal tadi sudah muncul di depan mata, malah sedang menarik tanganku juga. Tapi, kenapa kasar sungguh dia?

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now