13 | Sungguh Sensual

93K 1.4K 86
                                    

[ Media ]
Davika selepas pulang dari raptai

[ Terjemahan ]
-

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Aku melarikan pandangan.

Apa kena dengan aku ni, sibuk perhati bibir Marc pula? Aku tarik dan hembus nafas beberapa kali dan terus berpaling, mengereng ke kanan. Aku pejamkan mata rapat-rapat dan cuba untuk menidurkan diri.

"Hmm, Dav..." Suara Marc menggeliat kedengaran dari belakangku. Aku menoleh dan kembali bertelentang saat katil berombak. Marc terus melingkarkan tangannya di pinggangku. Kakinya juga turut naik ke atas kakiku.

Betul-betul dijadikan aku bantal peluk malam ni.

"Baru balik?" Tanya Marc tanpa membuka mata. Kesempatan ini aku ambil untuk perhatikan bibirnya dengan lebih dekat.

"Hm, baru je." Jawabku perlahan, masih tak melarikan mataku dari bibirnya.

"Sorry, aku tak tunggu kau, aku balik awal. Aku rasa tak sedap badan." Adu Marc. Kemudian, dia menguap, lalu tangannya diangkat menekup bibirnya.

Dah tak nampak.

"Tak apa. Raptai kali kedua, Qiss ada. Dia mainkan gitar untuk saya bagi pihak awak. Awak demam ke?" Tanyaku seraya mengangkat sebelah tangan untuk merasa dahi Marc— reaksi spontan hampir 90% manusia apabila seseorang mengadu tak sihat.

Tanganku dicapai dan dirangkul di pinggang Marc. Dia malah menarikku agar mengereng menghadapnya. "Dah sihat dah, dah dapat peluk kau."

Terasa berbunga hatiku, menemani rona merah di pipi. Marc membuka mata. Matanya memandangku redup dengan sisa mengantuk. "Call me crazy but fuck do I love the way you blush when you're with me, and we're not even doing anything."

Kemudian, tangannya naik ke tepi wajahku, dan ibu jarinya mengelus lembut pipiku. "You're not like the others, there's something about you that I can't quite put my finger on. You're just... Breathtakingly beautiful, do you know that?"

Aku larikan mataku dari bibirnya, mencari matanya yang sibuk mengikut gerak ibu jarinya. Perasan aku melihatnya, dia kembali bertentang mata denganku dan degupan jantungku semakin mengasak.

"Awak bermonolog sendiri atau awak bertanya pada saya? Sebab ayat terakhir awak macam bertanya, tapi saya tak faham apa yang awak cakap." Sengaja aku lontarkan soalan itu untuk membendung perasaanku saat ini.

Marc tersenyum pahit. "I'm no good, Dav. In fact, I can never be good enough for you. I don't even know why I'm holding you hostage like this with me, whereas you deserve to be with anyone of your choice. I'm sorry I treated you this way. When the time's up, maybe it's best that I let you off the hook."

Aku tangkap perkataan sorry dalam monolognya, adakah dia meminta maaf padaku? Ah, biarkanlah Marc dengan monolognya, tak usah masuk campur. Menyedari dia tak menyambungnya, aku larikan semula pandanganku ke matanya.

Dia sedang memandang mataku. Alamak.

"Kau suka perhati bibir aku bila aku cakap Inggeris, kan?" Soal Marc, padu. Terkebil-kebil mataku, dan darah naik lagi ke pipi, malu teramat. Tangan Marc turun mengelus rambut di tepi telingaku pula.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now