[ Media ]
Davika dan Marc[ Terjemahan ]
mi ploy hi pom jangan tinggalkan aku
pom thongkarn khun aku perlukan kau[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim* * *
"Davika!!" Pintu bilik Nina diketuk kuat. Bergema ruang bilik itu, menambah degup di jantungku. Nina di sebelah terus memelukku erat.
"Davika!! Aku tahu kau ada kat dalam!! Bukak pintu ni!!" Jerit Marc lagi, betul-betul naik angin.
Ya, aku telah pindahkan semua barangku turun ke bilik Nina dengan bantuannya dan Rosie tadi. Pasti Marc yang baru pulang dari acara gignya terkejut melihat closet sudah kosong tanpa pakaianku.
"I bukan nak cakap apa, Davika. Tapi, sekarang Marc dah tahu you ada perasaan pada dia, bahaya! Kalau you masih tidur dalam bilik dia, macam mana kalau tiba-tiba Marc bawak Isaac masuk, nanti Isaac apa-apakan you, siapa boleh tolong? Bilik super senior bukan boleh masuk sembarang." Tebak Nina apabila aku mengaku pada mereka, aku pernah terlepas meluah perasaanku pada Marc.
Cumanya, aku tak beritahu mereka yang Marc pernah meminta untuk cuba berkongsi perasaan denganku kerana aku sebenarnya masih ragu-ragu jika Marc berlaku jujur tentang perasaannya padaku. Sangat mustahil Marc suka padaku.
"Marc yang ada kelebihan sekarang ni, bukan saja sebab dia super senior you, atau sebab you tidur dalam bilik dia, tapi sebab dia dah tahu perasaan you pada dia. Lelaki kasanova macam Marc tu mesti pandai main kata-kata, manipulasi you supaya ikut cakap dia. Nanti, dia suruh you puaskan nafsu Isaac, you yang buta kerana cinta pun menurut je." Tambah Nina lagi.
Aku menelan liur. Bukan aku tak percaya pada Marc, tapi tak salah kalau aku berhati-hati, kan? Lagipun, perpindahan ini untuk nama baik kami berdua juga.
"Davika!!" Pintu dihentam lagi, menghentak lamunanku. Nina di sebelah menggosok lenganku. Aku pandang jariku— aku menggeletar.
"Marc!! Apa kecoh-kecoh ni??" Suara Jo pula memekik di luar. "Takkan sebab junior balik ke tempat dia yang selayaknya pun kau nak naik angin?? Sudah-sudah la—"
"Diam!! Kau jangan masuk campur! Sepatah lagi kau sebut, sumpah aku tumbuk mulut kau! Nina!!" Marc terus menyampuk percakapan Jo dan kemudian menjerit nama Nina pula. Usapan perlahan Nina di lenganku terus terhenti.
"Nina!! Kau bukak pintu ni sekarang!! Kalau tak, esok aku nampak kau, siap kau aku kerjakan!! Bukak!!" Jerit Marc lagi dengan dentuman lebih kuat di pintu. Membulat mata Nina memandangku, terkilas riak takut di wajahnya.
"Nina..." Aku seolah boleh mengagak maksud di sebalik pandangannya.
"Davika, I mintak maaf. I rasa lebih baik you bincang, settle baik-baik dengan Marc pasal hal ni." Nina melepaskan pelukannya dan turun dari katil. Jantungku bertambah pantas.
"Nina...!" Aku separuh berbisik, separuh menjerit. Nina terus menghampiri pintu yang masih berdentum dan sebaik ia dikuak, aku terus turun dari katil, mahu berlari mengunci diri di tandas.
"Dav!!" Marc panggil namaku dan belum sempat aku capai tombol pintu bilik air, tangan Marc sudah mengejap di lenganku dan aku terus direntap.
YOU ARE READING
PREVIU || Davika
RomanceThis is a preview version. Complete version should be available for purchase (while stocks last). Please read carefully the first part of this novel. Thank you! ◈◈◈ Aku Davika. Dan dunia kini jauh berbeza. Empat negara telah bergabung. Tiga bahasa m...