[ Media ]
Davika omaigadd still can't get over her beauty[ Terjemahan ]
-[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim* * *
Majlis bermula dengan perarakan masuk Badan Kehormat SAC ke meja VVIP. Kemudian, persembahan tarian tradisional Siam menjadi pembuka acara— acara wajib menurut Marc, agar para hadirin tak lupa pada asal-usul mereka.
"Termasuk kita." Tambahku dengan suara perlahan. Marc mengemam bibirnya tapi aku perasan senyuman sipinya. Selepas mengedipkan matanya beberapa kali, dia mengangguk kecil dan melepaskan senyuman lebarnya yang cuba ditahan tadi.
Melihat tarian tersebut dipersembahkan penuh lemah-gemalai buat aku rindu pada duniaku yang ringkas di Thailand dulu. Sewaktu bersekolah dulu, aku sendiri turun padang mempelajari tarian tersebut. Tipulah jika aku katakan aku tak rindu mahu menari sama.
Sambil persembahan pembukaan berlangsung, pembuka selera dihidangkan. Aku cuma ikut saja apa yang dilakukan Marc memandangkan aku tak biasa dengan protokol majlis sebegini. Salad buah ceri di dalam mangkukku sekejap saja sudah habis kerana sedap sungguh! Betul-betul membuka selera!
Marc mengereng sikit ke arahku dan berbisik di telingaku. "Nak salad lagi? Boleh ambik aku punya."
Komen Marc membuatkan aku spontan menjeling ke mangkuk orang lain. Masing-masing seakan masih tak terusik. Aku gigit bibir bawahku dan menggeleng kecil ke arah Marc. Mangkuknya masih berbaki separuh.
"Tak apa, aku dah tak nak. Tak suka ceri." Bisik Marc lagi sambil tangannya pantas menukar mangkuk kami. Mangkuk saladku yang sudah kosong telah beralih tempat di depan Marc. "Makanlah." Ujarnya seraya kembali duduk menegak di kerusinya.
Menyorok senyuman kecilku, aku habiskan pula salad Marc sesudu demi sesudu.
Usai persembahan tarian tradisional, VVIP Kehormat dijemput memberikan ucapan pula. Beliau merupakan generasi ke-3 pengasas pertama SAC. Intipati ucapannya banyak berkisar tentang kepentingan bangsa Thailand agar berusaha untuk bangkit daripada ditindas dan memperkaya diri dengan pendidikan.
Tepat jika aku katakan setengah jam pertama majlis ini cukup membuatkan aku terimbas memori di Thailand— memori yang sebolehnya aku tak mahu imbau kerana aku takut terperangkap dalam emosi.
"Dav?" Panggil Marc perlahan, sambil tangannya mencapai kakiku di bawah meja. Aku kedipkan mataku beberapa kali sebelum menoleh ke arahnya. "Kau okay tak?"
Aku hadiahkan senyuman buat Marc. Aku tak mahu nampak lemah di depan Marc. Masih aku ingat pesanannya dulu sewaktu awal-awal dia menjadikan aku juniornya— seorang Flexian harus punya semangat yang kental.
Selesai ucapan pembakar semangat daripada VVIP Kehormat, barisan gadis dan teruna yang diraikan pula diiring keluar secara berpasangan. Nama mereka disebut dan mereka berjalan keluar dari belakang tirai dan beriringan hingga ke hujung pentas peragaan.
"Cantiknya. Mereka semua cantik, macam puteri raja." Bisikku perlahan.
Marc mengereng ke belakang telingaku dan berbisik kepadaku, "Tak lawan puteri raja yang duduk sebelah aku jugak."
YOU ARE READING
PREVIU || Davika
RomanceThis is a preview version. Complete version should be available for purchase (while stocks last). Please read carefully the first part of this novel. Thank you! ◈◈◈ Aku Davika. Dan dunia kini jauh berbeza. Empat negara telah bergabung. Tiga bahasa m...