15 | Jatuh Cinta

82.8K 1.5K 257
                                    

[ Media ]
Marc di Junior Gala Night

[ Terjemahan ]
tham-mai khun tham baeb ni khob chan kenapa awak buat macam ni pada saya
chan roo wa chan ngo saya tahu saya bodoh
karuna ngiab tolong diam
chan thong phud baeb ni saya mesti luahkan
chan khid wa khun mee khwam taek tang khan saya fikir awak berbeza
tae chan penh khun phid tapi saya silap pertimbangan
chan tokhlum rag krab khen thi mee thuk thong saya jatuh cinta pada orang yang salah
chan roo wa man pan khwam phid khong chan saya tahu ia silap saya

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Ya, aku sedar aku telah jatuh cinta pada bidang seni jauh lebih dalam. Ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan apabila penonton bersorak meriah selesai persembahanku.

Aku pandang Qiss dan dia turut menikmati perhatian tersebut. Jauh di sudut hati, aku sebenarnya berharap aku dapat berkongsi saat gembira ini dengan Marc yang telah banyak membantuku.

Balik di bilik persalinan, dia masih tak kelihatan di mana-mana. Hingga tamat Junior Gala Night tersebut, dia masih juga tak muncul. Kami semua kemudian bergerak ke Junior Gala After-Party di tingkat atas dewan.

"Memandangkan Marc tak ada kat sini, you pergilah berkenalan! You nak siapa? I dengan Nina boleh jadi wingmen you, kenen-kenenkan you dengan jejaka pilihan you! Tengok, ramai je yang asyik perhati you dari tadi." Qiss berbisik teruja di tepi telingaku.

Aku gelengkan kepala. "Saya rasa saya nak baliklah."

Qiss menarik muka. "Hei! Baru sampai parti, takkan dah nak balik??"

Aku menarik nafas. "Saya betul-betul letih. Awak dengan Nina berseronoklah, okay?"

Mereka cuba mengubah pendirianku, tapi aku tetap berkeras mahu pulang. Mataku yang dipasang bulu mata palsu terasa berat. Aku cuma mahu pulang, bersihkan diri dan tidur. Sudahnya, aku meminta van junior menghantarku pulang ke Flexian Muse.

Rumah itu sunyi tanpa penghuni. Pasti semua masih di parti. Aku terus naik ke bilik Marc, menanggalkan seluruh pakaian, mekap dan solekan sebelum berendam di dalam tab mandi. Kehangatan air dan wangi buih susu kambing hampir membuaiku tertidur.

Selesai membilas, aku keluar dengan hanya tuala terlilit di tubuh untuk mengambil baju di closet. Sambil mengelap rambut, langkahku yang pantas dibuka terus terhenti saat mataku tertancap sesusuk tubuh di kerusi rehat.

Marc mengangkat wajahnya memandangku. Perhatianku jatuh di tepi bibirnya yang berdarah.

"Awak!" Langkah ke closet dibatalkan, aku terus menghampirinya dan tunduk. "Kenapa dengan tepi mulut awak??" Aku panik sambil memeriksa segenap mukanya. Wajah kacak Marc telah ternoda dengan darah kering di tepi bibirnya bersama satu lingkaran gelap di bawah mata kanannya.

Marc menolakku ke tepi dan berdiri. "Pergi pakai baju, tak payah sibuk hal aku." Tanpa menoleh, dia terus masuk ke dalam bilik air. Aku dengar sinki dibuka, mungkin dia sedang membasuh lukanya. Aku masuk semula ke dalam bilik air bersama peti kecemasan di tangan.

"Saya sapukan ubat, ya?" Ucapku perlahan di belakangnya. Marc memandangku dari refleksi cermin dengan wajah basah.

"Aku suruh kau pergi pakai baju, kan? Tak payah sibuk hal aku." Getusnya dengan dahi berkerut. Aku buat tak endah pada amarahnya dan terus menarik dia keluar, duduk di sofa yang menghadap katil. Aku duduk di sebelahnya.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now